Sebelum Bandingkan PASANGAN Dengan Orang LAIN, Check Dulu Kita Sempurna Ke?

Share
Sudah namanya pun manusia, manalah sempurna termasuklah pasangan kita. Jadi sebelum bandingkan pasangan dengan orang lain, check dulu kita sempurna ke?
Jangan nampaknya lebihnya pasangan orang lain hingga memburukkan pasangan sendiri di mata. Setiap manusia ini berbeza, kalau dia pandai memasak mungkin dia kurang cekap mengemas.
Tetapi itu tidak bermakna dia bukan pasangan yang baik. Sama-sama belajar untuk perbaiki kehidupan agar kehidupan berumah tangga lebih bahagia. Hargailah perbezaan pasangan.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik.
Apa yang pasangan orang lain ada, mungkin pasangan kita tidak ada…
Tapi itu tak bermakna pasangan kita itu banyak kekurangan, kelemahan serta keburukan…
Setiap perbezaan antara manusia itu ada hikmahnya, ada kelebihannya, ada kegunaannya…
Cuma kadang-kadang, kita menilai perbezaan itu sebagai kekurangan, kelemahan dan keburukan pasangan…
Kita lebih nampak yang negatif berbanding yang positif…
Baca Juga Di Sini:
Untuk INFO Lebih Menarik Klik Saja Di Sini.

Check Diri Sendiri, Sebelum Bandingkan Pasangan

Maka mulalah kita nak menyalahkan pasangan, tak nampak kebaikan pasangan dan rasa layak untuk dapat yang lebih baik lagi…
Sebelum kita bersikap macam ini, sebelum kita nak menghukum pasangan di atas “perbezaannya” dengan orang lain, tanya dulu diri kita, kita ini sudah cukup sempurna ke…
Kita tidak ada kekurangan? Kelemahan? Keburukan? Kita mungkin tak nampak sebab kita tak bandingkan diri kita dengan orang lain, kita cuma tahu untuk bandingkan diri pasangan kita sahaja…
Kita pun ada cacat celanya…
MW: Sebelum bandingkan pasanngan kita dengan orang lain, periksa dahulu diri sendiri di mana cacat celanya. Jangan hanya memandang kekurangan pasangan hingga diri sendiri tak sempurna tak perasan. Sebaiknya tak perlulah bandingkan pasangan dengan orang lain, tak puas hati berterus-teranglah.
Published by
Syazwani Mehat