Dalam membesarkan anak-anak dalam dunia mencabar begini bukanlah satu tugas yang mudah bagi seorang “mak”. Tidak kiralah bagi mak yang bekerjaya mahu pun bergelar suri rumah masing-masing berdepan dengan pelbagai masalah dalam mendidik anak-anak.
Rasa marah atau mahu memukul anak kadang-kadang menjadi kebiasaan pabila sang ibu berdepan dengan tekanan atau situasi memenatkan kerana mak-mak juga manusia biasa. Tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Sebagai ingatan bersama, sebelum angkat tangan pada anak, ingatlah siapa pemilik mutlak mereka, barulah kita merasa takut dengan Allah. Mak, ayah hanyalah pemegang amanah anak-anak yang belum tentu masanya Allah akan mengambil mereka semula.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli dan jadikan ingatan kita bersama:
Teringat pesan seseorang pada saya,
Sebelum rasa mahu marah atau mahu angkat tangan memukul anak, ingat siapa pemilik mereka.
Walaupun kita ini ibu yang berpenat, bersakit mengandung dan melahirkan anak-anak, tetapi anak-anak bukan hak milik kita.
Allah adalah pemilik mutlak anak-anak. Kita sebagai ibu bapa cuma peminjam dan pemegang amanah.
Ya, memang ada masa kita terlepas. Astaghfirullahal adzhim. Namun, kalau boleh jangan biarkan berlalu tanpa taubat, dan kalau boleh jangan jadikan kebiasaan kerana pukulan tak mengeraskan tubuh mereka tetapi hati anak-anak.
Sebagai ibubapa, tanamkan rasa takut kepada Allah. Anak-anak kita adalah amanah kita. Barulah kita dapat mendidik anak-anak yang juga kelak akan takut mengkhianati amanah mereka kepada Allah. InsyaAllah. Allahu musta’an.
MW: Mak,ayah tak lari daripada membuat kesilapan, namun setiap kali tersalah langkah kembalilah dekatkan diri dengan Allah. Memukul anak dalam mendidik anak-anak bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian. Masih banyak lagi jalannya yang lebih baik dan berkesan dalam mendidik anak yang merupakan amanah besar Allah buat mak, ayah.
Tanggungjawab seorang ayah itu cukup berat. Tak semudah meletakkan nama pada bin atau binti di surat beranak atau kad pengenalan. Jiwa ayah itu sendiri perlu dipasakkan dalam hati anak-anaknya. Biar sampai ayah jadi hero.
Sayangnya tak semua ayah berusaha untuk ambil kesempatan itu. Melepaskan tanggungjawab besar itu pada isteri, ibu atau mak untuk melaksanakannya. Jangan begitu wahai ayah!
Dengarkan dan hadamkan perkongsian Maleq Ismail, ayah anak 5 ini. Ada 20 tip penting yang mahu disampaikan ketika dirinya mengikuti sesi ilmu parenting. Pengisiannya tentang betapa pentingnya ayah kena menjadi hero pada anak-anaknya.
Tuan Zaid Mohamad panel pertama, seorang ‘Parenting Coach’ yang cukup dikenali dalam membangunkan ilmu keibubapaan.
Manakala, panel Kedua, seorang Perunding Pendidikan Awal kanak kanak, Dr. Catur Setiawargo.
Jadikan Diri, Ayah Hero Anak-anak
Selesai hari ini sesi menambah ilmu keibubapaan bersama dua insan hebat, Tuan Zaid Mohamad dan Dr Catur Setiawargo bagi mendepani cabaran membangunkan kekeluargaan dan mengenali potensi diri anak anak.
“Menjadi seorang yang bergelar ‘ Papa, Abi, Ayah ‘ Bapa bukan lengkap hanya bila ianya tertulis diatas kad pengenalan dan surat kelahiran sahaja. ”
20 poin berharga dalam proses memberi pendidikan di awal kehamilan, kelahiran dan hingga ke peringkat remaja.
1. Bapa adalah ‘hero’ buat anak anak. Walaupun ibu sering dekat bersama mereka, namun sentuhan bapa bagi seorang anak mampu membina memori yang sangat hebat dimasa hadapannya.
2. Usah membanding bandingkan setiap perkembangan anak anak. Mereka dilahirkan sangat unik didunia.
3. Perkembangan mereka ada yang cepat dan ada yang lewat. Biarkan mereka memilih cara mereka sendiri.
4. Walaupun kehidupan kita hari ini sangat bagus, dan berada pada kedudukan yang baik, usah menyalahkan potensi anak yang kurang baik perkembangannya.
5. Ingat, bilamana kita berkahwin, kita tidak tahu anak anak itu terpilih dari ‘sel sperm’ beribu yang dilancarkan dari sikap kita yang mana. Hanya satu yang berjaya menjadi benih kepada pasangan mungkin dari gen yang bijak atau mungkin yang sebaliknya.
6. Lihat setiap sesuatu kejadian itu ada keunikkannya yang tersendiri. Bangunkan potensi mereka.
7. Anak anak adalah ‘ investment’ kita untuk bekalan di akhirat kelak. Seberapa banyak pelaburan yang baik untuk mereka. Itulah kesudahan yang akan kita kecapi di akhirat kelak.
8. Setiap anak perlukan ‘ pelukan’ antra 8-20 saat stiap hari. Inilah kunci untuk lahirkan anak yang berjiwa besar, berdisiplin, dan tidak sesekali melakukan dosa dibelakang kita.
9. Mengapa anak anak menjadi seorang yang kasar, pemarah, tidak menghormati sama ada ibu bapa mereka sendiri, adik beradik atau persekitaran mereka. Jawapannya, lihat bagaimana mereka dibesarkan dalam struktur kehidupannya.
10. Jika bahan herdikan, tengkingan jadi ramuan harinya, maka itu jualah yang akan mereka bawa pada kareaktornya untuk pihak yang lain.
11. Jika Seorang bapa yang stress dan ditunjukkan kepada isterinya, dan isteri pula tujukkan kepada anaknya, maka kitaran itu akan jadi bahan yang berputar putar didalam keluarga. Anak anak akan lahir menjadi seorang yang stress didalam kehidupannya.
12. Cari keharmonian dalam keluarga dengan perasaan kasih dan sayang.
13. Andai ada kesilapan yang anak anak lakukan. Berbincang dengannya. Terangkan apa yang betul dan apa yang salah. Kemudian tunjukkan cara yang betul untuk mereka.
14. Tukarkan perasaan marah dan geram kepada perasaan kasihan kepada anak anak. Mereka dilahirkan suci, kesilapan yang mereka lakukan kerana didikan kita yang tidak cukup sempurna buat mereka.
15. Anak anak dibawah umur 2 tahun tidak sama sekali diberikan gajet sebagai peneman untuk mengunci perhatian mereka dari melakukan tidakan dibawah kawalan kita.
16. Ia bukan langkah yang baik untuk memberi mereka senyap, tetapi dalam diam kita sedang mengunci daya kreativiti mereka dengan menggunakan otak di bahagian hadapan.
17. Lebih menarik formula dari Tuan Zaid Muhamad untuk membantu anak anak berdisipilin dalam penggunaan gadjet diatas 2 tahun.
18. Formula 2 X 5.
• penggunaan gadjet hanya 2 tahun keatas
• maximum dibenarkan bermain gadjet 2 jam
Sehari.
• konsep 2 hala.( fahami konsep pinjam fon)
• sekurang kurangnya mereka boleh belajar 2 bahasa saat gunakan telefon itu.
19. Solat berjemaah menjadi rutin didalam keluarga untuk mempupuk rasa kasih sayang dan bertanggungjawab.
20. Kasihi isteri, maka seluruh kehidupan keluarga akan bahagia.
Menjadi seorang Hero kepada anak anak perlu menjadi role model yang baik juga untuk mereka.
Jadilah pendengar yang setia, bukan menjadi hakim, tetapi jadilah peguam yang sentiasa membela kehidupan mereka.
Dari kiri : Tuan Zaid Mohamad, Maleq Ismail dan Dr Catur Setiawargo.
Ramai isteri beri repons. Ada yang bersyukur suami bawa berjalan-jaln walau sekadar cuci mata di kedai Eco, ada juga yang pilih tak perlu pun nak bawa jalan-jalan. Sebab lepak di rumah itu lebih menenangkan.
Apa pun alasan yang isteri beri, reward daripada suami itulah yang paling isteri harapkan. Walau simple, isteri tetap bahagia.
Ada juga yang sudah terima reward ‘jalan-jalan’ daripada suami tapi hati masih terasa pedih. Seolah-olah suami cuma berusaha keras mahu isteri bahagia tapi kurang ikhlas hatinya.
Tak ramai isteri yang meluahkan perasaan ini sebenarnya, namun realiti inilah yang jadi. Dan jika tak diselesaikan cara baik lama-kelamaan susah nanti nak dicantum rasa sayang yang dah sedia retak.
Bila Suami Bawa Jalan Tapi Tangannya Setiap Saat Di Telefon
Ramaikan yang macam ini. Suami bawa ke tempat kesukaan isteri. Sayangnya seolah-olah isteri berjalan sendirian. Sebab di tangan suami tak lekang telefon.
Nampak tak? fokus suami dah kelaut. Tak beri perhatian pada isteri. Paling pantang bila duduk di meja makan, sepatutnya samalah berbual dengan isteri.
Ini tidak, suami macam nampak bahagia bebenor melayan kawan-kawan dalam telefon. Sudahnya terkulat-kulatlah isteri. Kalau ada anak-anak terpaksalah isteri paksa relakan hati layan anak-anak saja. Makan hati sungguh dapat suami perangai rupa ini.
Bukan Suruh Romantik Pun, Cuma Janganlah Tinggal Isteri Jauh Sangat
Dah tipikal lelaki Melayu memang macam ni Cik Gayah! Nak buat apa lagi. Tahu tak apa tu?
Kalau jalan berdua, nah sorang di timur, sorang di barat. Apalah salahnya jalan beriringan. Kenapalah nak malu. Awakkan suami isteri.
Masa bercinta kan main berkepit. Bila dah lama-lama jemu ke bang! Janganlah macam itu. Isteri awak ini, bukan takat rindu nak keluar bersama awak, tapi dia rindu juga nak merasa mesranya suami melayan dirinya.
Bukan selalu pun.. sesekali. Sebulan sekali pun dah cukup. Kalau dapat jalan pegang tangan, lagilah bahagia.
Baik Dekat Rumah Atau Ketika Jalan Jalan, Tetap Nak Minta Isteri Layan Anak Anak
Bukan nak berkira, tak pun macam itu. Sudahlah sepanjang seminggu isteri tak sudah-sudah layan anak-anak di rumah. Ini sampai bawa isteri berjalan pun, isteri juga yang kena jaga mereka.
Suami? Dah penat sebab jadi pemandu. Jadi dia cuma bagi arahan saja. Alahai! Anak merengek nak beli permainan, isteri kena layan belikan. Anak nak makan, isteri juga yang kena turun carikan.
Kalau itulah istilah bawa jalan-jalan suami. Lebih baiklah duduk rumah saja. Hati pun tak sakit, otak pun tak penat.
Kesimpulannya wahai suami isteri, dalam urusan nak bahagiakan hati pasangan, apa yang paling utama adalah saling bertolak ansur.
Jadilah isteri yang sentiasa damai jiwa demi kemurahan rezeki untuk suami dan jadilah suami yang sentiasa memberi tanpa berkira agar semakin lebat rezekimu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ini, Khairunnisa Kamarudin dalam kesedihan. Apabila anak kecilnya yang seusia setahun sebulan itu doktor sahkan masih tinggi kuman dalam darah. Semuanya kerana ASAP ROKOK.
Biar pun suami mahupun ahli keluarga tidak merokok di dalam rumah, malah ada yang cuma merokok di kedai mamak. Hakikatnya, asap rokok itu tetap melekat pada tubuh perokok selama 3 hari.
Selepas itulah baru asap rokok itu hilang. Ya, asap rokok itulah yang buatkan permata hatinya terus batuk selsema on off dekat 3 minggu lamanya.
Bila doktor terangkan kondisi terkini anaknya, Muhammad Rayyan, ibu ini semakin luruh jantungnya.
Jika Sayang Anak, Minta Ayah Berhenti Merokok
Semalam Mama bawa Muhammad Rayyan repeat blood test. Muhammad demam batuk selsema on off sejak raya haji. Jika dicongak harinya hampir 3 minggu.
Masuk saja bilik, soalan pertama doktor tanya.
“Ayahnya merokok ke?”
“Iya doktor.” Mama dah tak keruan masa ni.
“Kuman dalam darah anak puan masih tinggi, jadi dia memang akan on off demam batuk selsema selagi mana ayahnya merokok.”
Ramai Orang Keliling Muhammad Yang Merokok, Apa Pilihan Mama?
Allah, Mama rasa nak nangis time ni. Terbayang mMuhammad tak lena tidur malam, batuk-batuk kadang sampai termuntah-muntah.
“Jika sayangkan anak minta ayah berhenti merokok ya.”
Meruntun hati ibu, salah orang lain tetapi orang lain yang menangung.
Ya, ramai orang keliling Muhammad merokok. Bukan sekadar ayahnya. Atuknya, pakcik-pakciknya. Apa pilihan mama ada? Jauhkan Muhammad dari mereka yang merokok?
Asap Rokok Cuma Akan Hilang Dalam Masa 3 Hari
Ya, mama tahu mungkin ada faktor lain selain asap rokok, tapi salah satu sebab adalah asap rokok. Asap rokok yang melekat di tubuh perokok akan hilang dalam masa 3 hari.
“Sayang kan Muhammad berhentilah!”
Disclaimer : Suami dan family member yang smoker merokok di luar rumah, dan ada yang hanya merokok di mamak sahaja. Tapi the fact is, asap rokok melekat dibaju-baju selama 3 hari.
Di sebuah bilik, seorang anak bersama emak sedang mengemas kotak lama yang mengandungi baju dan tudung lama.Anak:- Mak… semua ni tudung dan kain batik...