'Sebelah Tempurung Kepala Dibuang, Lebih 92 Hari Koma' Bantulah Gadis Terlantar Ini

Sayu kisah gadis terlantar koma di wad hospital ini. Selepas alami kemalangan, langsung dia tak sedarkan diri malah kecederaannya membuatkan tempurung kepala Siti Hanisa Binti Busu ini terpaksa dibuang.

Kata teman yang berkongsi cerita, Nurul Shifa, ini kisah kawannya. “Harap dapat tolong viralkan. Saya kasihan dengannya. Dia nak sambung belajar.”

Dan anak kepada seorang ibu tunggal, adik kepada seorang abang OKU ini masih lagi terlantar di atas katil dengan alat bantuan pernafasan.

 

‘Sebelah Tempurung Kepala Dibuang, Lebih 92 Hari Koma’ Bantulah Gadis Terlantar Ini

Kemalangan Di Tengah Malam, Ini Yang Gadis Koma Terpaksa Lalui

Siti Hanisa, anak bongsu kepada seorang ibu tunggal yang tidak mampu bekerja. Faktor usia ibu menghalangnya untuk cergas bekerja.

Dia juga mempunyai seorang abang OKU. Walau usia masih muda, gadis ini mengambil alih tugasan mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan harian dan yuran pelajaran.

Besar impiannya mahu berjaya dalam bidang pelajaran. Dan semangat itu tak pernah luntur dalam dirinya.

IKLAN

Tanggal 19 Ogos 2018, jam 12.30 malam, Hanisa mengalami kemalangan di tempat kerjanya di Kuala Perlis.

 

‘Sebelah Tempurung Kepala Dibuang, Lebih 92 Hari Koma’ Bantulah Gadis Terlantar Ini

Tempurung Kepala Terpaksa Dibuang

Rentetan daripada kemalangan itu, Hanisa alami kecederaan di bahagian kepala sehingga menyebabkan pendarahan yang serius.

Sebelah tempurung kepalanya juga terpaksa dibuang akibat keretakan serta patah tulang selangka di bahagian kiri.

IKLAN

Dikhabarlah sudah lebih 92 hari, Hanisa tak sedarkan diri. Hanya bergantung pada mesin bantuan pernafasan di Hospital Tengku Fauziah, Kangar, perlis.

Kecederaan dan koma itu membuatkan gadis ini memerlukan barang keperluan ini untuk keluarga menyempurnakan urusan hariannya.

Hanisa perlukan :

  • Bekalan susu (1 tin untuk sehari)
  • Lampin pakai buang
  • Alatan menyedut kahak
  • Tiub saluran susu
  • Dan lain-lain keperluan asas

 

Ibunya Tidak Mampu Dari Segi Wang Ringgit

Setiap bulan ibu cuma bergantung dengan pendapatan bulanan bersih yang diperoleh dari Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM450. Untuk keperluan ibu tunggal ini dan bagi abang yang kurang upaya (OKU).

IKLAN

Jumlah itu, menjadi semakin teramat kecil selepas anak gadis ini terlantar sepenuhnya di atas katil hospital.

Sungguh, Hanisa tidak pernah minta untuk menjadi seperti ini.

Anda yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan ikhlas, baik dalam bentuk kewangan ataupun keperluan asas boleh berbuat demikian dengan memberikan bantuan pada ibu atau boleh menghubungi kakak kandung beliau:

SITI NORLIA BINTI BUSU (KAKAK)
09010020816414 (BANK ISLAM)

SITI NORLIA BINTI BUSU (KAKAK)
016 620 0457

MW : Semoga sumbangan ikhlas anda itu dapat memudahkan urusan keluarga yang sedang diuji ini.

Kiriman info/foto dari : Nurul Shifa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI