Sedih sekali bila YouTuber Sugu Pavithra memadamkan kesemua video masakan dalam saluran YouTubenya. Tak dapatlah lagi netizen melihat resepi masakan India yang begitu popular bukan saja di kalangan rakyat Malaysia malah Jepun.
Ramai sebenarnya yang berasa simpati apabila Sugu Pavithra membuat keputusan membuang kesemua video masakannya di saluran YouTube. Kerana, sedia maklum itulah saja sumber pendapatan pasangan suami isteri ini buat masa ini.
Mahu Jadi Orang Biasa
Namun, seperti yang pernah dikongsikan oleh Pavithra sebelum ini. “Kami tak kisah pun kalau esok lusa tak lagi popular atau YouTube tak lagi mampu beri pendapatan. Kami memang asalnya susah, jadi kalau susah semula tak akan mematahkan semangat.”
Baca sini : Memang asal susah, kalau susah semula takkan patah semangat.
Barangkali pegangan inilah yang menjadi pasangan ini memilih langkah sebegini. Demi untuk pasangan ini meredakan konflik rumah tangga yang dihadapinya baru-baru ini.
Penganugerahan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020, dikatakan menjadi titik punca pergaduhan. Apabila Pavithra tak menyebut nama suami dalam majlis anugerah berkenaan.
Berentetan M Sugu dalam keadaan mabuk, mencederakan Pavithra di kawasan hospital. Tindakan itulah yang membawa kepada penahanan M Sugu.
Bagaimanapun, Pavithra kemudiannya bertindak menarik balik laporan polis yang dilakukannya dan bersedia memberi kemaafan kepada suaminya.
Baca sini : Sudah maafkan suami, Pavithra tolak anugerah, mahu fokus YouTube saja
Video Masakan Sugu Pavithra Sudah Kosong
Namun, sehingga hari ini tiada lagi kenyataan daripada Sugu Pavithra akan tindakannya memadamkan kesemua video di saluran YouTube Sugu Pavithra. Memandangkan sebelumnya, mereka pernah menjelaskan mahu fokus pada penghasilan video masakan di YouTube sahaja.
Barangkali ini salah satu cara terbaik yang dipilih mereka untuk kembali hidup seperti orang normal yang lain. Kita.. doa saja yang baik-baik untuk keduanya.
Kerana sebelum-sebelum ini pun, pasangan ini memang dikenali dengan kerendahan budi dalam menyantuni pada peminatnya.
MW : ‘Mahal’nya harga yang perlu dibayar untuk sebuah populariti. Semoga pasangan Sugu Pavithra semakin kuat untuk melayari bahtera perkahwinan yang dibina bersama.
Sumber/Foto : Sugu Pavithra
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI