Minggu terakhir persekolahan, sebelum cuti Tahun Baru China, guru ini, Maisarah Hannan memanggil murid-murid tingkatan 2 kelasnya. Mahu serahkan surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk sertai program di luar sekolah.
Bila tiba giliran murid yang seorang ini, gurunya perasan sesuatu.
“Macam ada benda yang pelik bila saya pandang dia. Saiz badan dan kasut macam tak seimbang. Bila tengok lagi dengan jarak dekat, bahagian depan kasut tu seperti menggelembung.”
Guru ini bertanya pada muridnya, “kasut kamu ni sempit ka?”
“Ya cikgu, sempit sikit,” balas muridnya.
Setelah guru ini selidik lagi, rupanya kasut yang sama dan koyak itu, pelajarnya sudah pakai sejak dari darjah 6 lagi.
Bermakna sudah tiga tahun murid ini memakai kasut yang sama. Allahu..
Murid tingkatan 2 ini, mempunyai latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan. Dari situlah, timbul hasrat hati cikgu Maisarah mahu membelikan kasut baru yang selesa untuk anak muridnya.
“Tapi sebab kekangan masa dan tugas lain, tak dapat saya lakukan dengan kadar yang segera. Masa itu pula dah nak cuti Tahun Baru Cina.”
“Sekolah buka balik pada 29hb. Tapi masa ni 4 hari saya tak masuk sekolah, sebab terlibat dengan aktiviti luar.”
“Pada 3hb tu saya masuk sekolah. Dengan kertas A4 dan marker pen di tangan, saya panggil semula murid tu. Minta dia buka kasut sebab nak ambil anggaran ukuran
.”“Masa dia buka kasut tu.. tersentak saya jadinya. Sebab tak menyangka keadaan kasutnya yang sangat meruntun hati.”
“Tak sangka saya sampai begitu sekali tahap koyaknya bahagian belakang.”
“Saya tanya murid tu, adakah ini kasut dari tahun lalu (tingkatan 1). Tapi murid tu kata tu kasut yang dia pakai dari darjah 6. Maksudnya, memang dia jaga betul-betul kasut tu.”
“Tu yang boleh bertahan sampai tahun yang ke-3.”
Ketika ditanya sama ada, guru ini masih memerlukan dana untuk membantu pelajarnya yang dalam kesusahan. Ini jawapan cikgu Maisarah.
“Tentang dana tu.. ramai sebenarnya insan-insan berhati mulia yang berikan saya sumbangan untuk murid-murid yang memerlukan. Nilainya taklah besar sangat, tapi sangat-sangat membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik.”
“Mungkin sebab saya selalu kongsikan kisah-kisah murid saya dan projek-projek kecil di sekolah yang memfokuskan pada golongan seperti ini, yang membuatkan rakan-rakan dalam facebook terutamanya turut menyumbang dana untuk mereka. Alhamdulillah
.”MW : Tahniah cikgu Maisarah kerana menjadi salah seorang guru yang prihatin dengan kebajikan anak-anak murid. Semoga dipermudahkan urusan cikgu dan dimurahkan rezeki cikgu untuk terus berbakti pada pelajar yang lainnya.
Baca juga : Mari sini tidur saja diriba, kalau ayah awak datang cikgu kejutkan
Sumber/Foto : Maisarah Hannan