Sebak Bila Anak Bongsu Arwah Faziani Tanya ‘Kenapa Mami Masuk Syurga Awal’

Share

Anak sulung allahyarham Faziani Rohban Ahmad, Iqbar Hakim Jasman tentunya perlu menjadi abang yang cekal untuk tujuh orang adik-adiknya. Selepas ibu meninggal dunia dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada 13 Ramadan lalu, tanggungjawab menjaga adik-adik terpikul di bahunya.

Paling terkesan tentulah adik bongsunya, Qaseh Khadijah yang baru berumur 6 tahun. Sungguh anak kecil ini begitu merindui ibunya.

Tulisnya, “Mami kenapa tinggal adik.. mi.. adik nak duduk ngan mami.. adik rindu mami.. nanti kita jumpa di syurga ya mami

.”

Malah kongsi abangnya, adik bongsunya itu semakin banyak bertanyakan soalan kepadanya. Dan pertanyaan adiknya itu tetap mengundang sebak di hati.

 

Adik Bongsu Tanya Kenapa Mami Masuk Syurga Awal

Kata adiknya, “Abang kenapa mami masuk syurga awal. Kenapa dia tak masuk sekali ngan kita.” Bila adik dah tanya macam itu, abang pun terangkanlah dari A sampai Z.

Adiknya juga bertanyakan hal ini, “abang siapa yang nak ganti mami

.” Yang mana pertanyaan adik itu buat abangnya jadi petak atau stuck sekejap nak jawab.

Tapi saya cakap abang ada.. kakak ada.. semua ada. Lepas saya jawab, dia pun cakap. ‘I am bongsi abang, adik lah ganti mami. Sebab adik pun garang (sambil dia cubit saya)

Ya Allah, abang akan cerita ataupun selalu mengingatkan adik tentnag kemuliaan Mami kita. Kita kena ikut itu ialah pedoman dan ikhtibar.”

 

Hadiah Duit Raya Untuk Staf DNARS

Sememangnya keluarga ini mewarisi kemuliaan dan kebaikan hati arwah ibu mereka. Hari ini, DNARS meraikan kakitangan syarikatnya dengan memberikan hadiah duit raya kepada mereka.

Tulis Iqbar lagi, “Alhamdulillah selesai penyerahan duit raya kepada staf-staf DNARS. Semoga Allah SWT merahmati keluarga DNARS.”

MW : Al-Fatihah.. semoga roh allahyarham Faizni Rohban Ahmad ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Iqbar Hakim , Qaseh Kha

Published by
webadmin