Berita

Sebak Bila Achey Dedah Isteri Serahkan Wang Gaji Ketika Bekerja Sebagai ‘Cleaner’ Demi Bantu Keluarga

Share

Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya tetap dikenang sampai sekarang.

Sekadar info, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya atau Anne pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.

Sebak Bila Achey Dedah Isteri Serahkan Wang Gaji Ketika Bekerja Sebagai ‘Cleaner’

Rupanya isteri Achey, Anne pernah bekerja sebagai seorang tukang cuci di sebuah syarikat bank terkemuka selama tiga bulan sewaktu dirinya menyertai program realiti Bintang Mencari Bintang pada tahun 2013.

Dalam program realiti itu, Achey memaklumkan isterinya tidak menggunakan sesen pun daripada gaji dan berkorban menyerahkan kesemua untuk kegunaannya.

“Apa yang dia (isteri aku) dapat sekarang adalah hasil titik peluh dia dengan aku selama ini.

“Dia pernah kerja sebagai ‘cleaner’ selama tiga bulan selama aku masuk pertandingan ‘Bintang Mencari Bintang’, semua duit gaji itu dia bagi aku.

“Dia kerja ‘cleaner’ untuk suami dia (Achey) yang tak tahulah menang atau tidak pertandingan pada waktu itu.

“Sebab itu bila ada orang usik isteri aku walaupun sikit, aku tak boleh. Aku paling pantang dengan perkara itu,” ungkap Achey.

Tidak Kisah Jika Ada Pihak Yang Melabel Dirinya ‘Menunggang’ Nama Anne

Sambung Achey lagi, susulan pengorbanan isteri kesayangan itulah membuatkan beliau tidak kisah jika ada pihak yang melabel dirinya ‘menunggang’ nama Anne.

“Dan kalau orang nak cakap aku sekarang ini ‘menunggang’ isteri, aku akan cakap, ‘Ya aku menunggang’ sebab aku saja yang ada keistimewaan itu.

“Kalau aku tak buat macam ni, siapa nak ingat dia? Dan sebab apa aku ‘menunggang’ isteri aku sebab nama dia perlu diuar-uarkan supaya orang tahu dia.

“Bila orang ramai tahu, lagi ramai orang akan mendoakan dia,” kongsinya.

Baca Disini : Isteri Pelakon Senior Harun Hashim Meninggal Dunia, Derita Kanser Payudara Tahap Empat

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

Published by
Norhayati Suboh