‘Sebaik Kahwin Duduk Asing’ Rumah Tangga Bukan Hanya Sebelah Pihak Mengalah

Share

Wanita ini meletakkan syarat dalam perkahwinannya. Sebaik kahwin duduk asing daripada keluarga baik ibu bapa mahupun keluarga mentua.

Kerana, dia sedar bahawa dalam rumah tangga kelak banyak hati yang perlu dijaga oleh suaminya. Baik isteri mahupun ibunya sendiri. Kedua-duanya perlu disayangi dengan sebaik-baiknya.

Jadi, untuk mengelakkan bermasam muka di kemudian hari, selepas kahwin duduk asing itulah menjadi pilihannya untuk mencipta keharmonian.

Hanya Sebelah Pihak Mengalah

1) Pada 18 tahun lepas akak letak syarat, nak kawen mesti duduk asing. Lantaklah kita perlu ikat perut dan belajar berdikari, tapi mesti tinggal berasingan.
2) Adat bila menumpang orang. Aurat susah nak jaga

. Buat apapun semua salah. Buka je mata belum subuh dah duduk dapur. Esok orang masuk kerja lah. Eh! #apeni?
3) Wanita zaman dulu mampu. Kerana kehidupan dulu simple. Apa yang suami bawa balik, itu dah cukup. Kalau tak cukup? Petik je daun ubi kat belakang rumah. Petik je pucuk paku buat ulam.

Suri Rumah Berniaga Online, Buat Dropship..

4) Wanita hari ini? Surirumah bukan sebenarnya surirumah. Mereka bekerja berniaga online, buat dropship, bina empayar perniagaan. Nak harap gaji suami sorang? Minyak masak RM40 hengget jaman now tahu? Nak petik pucuk apa kat bandar besar?
5) Jadi… Suami isteri perlu saling membantu. Isteri bantu ekonomi keluarga. Suami bantu hal rumahtangga. Dah tak sesuai nak letak kasta di dalam rumahtangga. Saling meringankan tugas lebih bahagia.

Sebab Itulah Sebaik Kahwin Duduk Asing

6) Ya… Akak tak salahkan budaya. Orang lama berfikir cara lama. Pelapis kedua berfikir cara zaman hari ini. Berbeza kerana keperluan zaman juga berbeza.
7) Sebab itulah, sebaiknya kawen terus tinggal berasingan. Supaya anda sebagai suami mudah nak balance antara ibu dan isteri. Jangan nanti terpaksa memilih kerana kedua-dua wanita penting ini.
8 ) Tinggal asing dan melawatlah ibu bapa juga. Anak orang nak disamakan dengan anak sendiri, selamanya tak sama. Isteri anda dibesarkan oleh ibu bapa yang berbeza.
9) Ibu anda betul. Isteri anda pun betul. Sebab itulah asingkan aja. Supaya lebih mudah untuk diuruskan. Rumahtangga bukan semudah, HANYA SEBELAH PIHAK MENGALAH.
10) Wanita… diamnya bahaya. Pada hari dia penat mengalah, hatinya mungkin telah tawar. Di waktu itu? Tidak ada sesiapapun yang mampu menghalang dia dari berlalu pergi.

Akak pesan je,
Tak nak dengar, sukati korang.

Salam Sayang
#marliaramli_loves
#kongsiilmu
#learnfromobservation

Baca : Duduk Asing Lepas Kahwin, Ini 9 Cara Bahagia Buat Laki Bini Yang Bercinta Jarak Jauh

Sumber/Foto : Marlia Ramli

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Netty Ah Hiyer