Sebaik Baligh Latih Anak Lelaki Solat Berjemaah, Kahwin Nanti Taklah Gugup Jadi Imam

Lembutkan hati anak lelaki melalui solat berjemaah. Ini tugas mak ayah, supaya bila anak lelaki dah bertemu jodohnya, dia tak gugup menjadi imam untuk isteri malah anak-anaknya kelak.

Banyak permasalahan dalam rumah tangga gagal diselesaikan dengan baik, apabila suami isteri gagal menunaikan kewajipan solat yang Allah perintahkan.

Ustazah Rohamiah Muda merungkaikan mengapa pentingnya mendidik anak lelaki solat berjemaah. Ada rahsia besar, yang mak ayah kena tahu.

 

Sebaik Baligh Latih Anak Lelaki Solat Berjemaah, Kahwin Nanti Taklah Gugup Jadi Imam

Pesan Rasulullah SAW, Orang Lelaki Wajib Solat Berjemaah Di Masjid

Sebelum kahwin, si gadis sibuk mencari bakal imam sendiri. Tetapi, apabila selamat diijabkabulkan, tidak pula paksa suami menjadi imam.

Ataupun, suami sendiri tidak mampu atau segan menjadi imam kepada isteri.

Sebenarnya, anak lelaki mesti dilatih menjadi imam sejak baligh. Nanti setelah berkahwin, tidak lagi rasa gugup kerana telah biasa menjadi imam.

Ads

Jika ikutkan pesanan Rasulullah SAW, orang lelaki wajib solat jemaah di masjid. Tetapi, sesekali boleh juga suami menjadi imam kepada anak serta isteri di rumah atau ketika musafir.

Jika boleh, jadikan solat jemaah antara aktiviti mingguan bersama keluarga.

 

Sebaik Baligh Latih Anak Lelaki Solat Berjemaah, Kahwin Nanti Taklah Gugup Jadi Imam

Ini Manfaat Bila Suami Jadi Imam Dalam Rumah Tangga

Banyak kebaikan suami menjadi imam dalam rumah tangga.

Ads

Antaranya:

1. Satu cara yang sangat relevan untuk meleraikan pergaduhan antara suami dan isteri. Ini kerana, selepas selesai berdoa, suami bersalaman dengan isteri dan mencium dahi isteri. Manakala, isteri pula mencium tangan suami.
Masya-Allah, saat itu, pasti hati pasangan akan rasa lembut dan mudah memaafkan. Akhirnya, pergaduhan terhenti dengan sendirinya.

2. Suami yang boleh menjadi imam kepada isteri dan keluarga, dia lebih dipandang hebat oleh si isteri. Isteri akan rasa bangga kerana mempunyai suami yang mampu menjadi ketua yang berkualiti.

3. Suami lebih dipandang mulia oleh isteri kerana mampu menjadi imam buat keluarga.

4. Rasa hormat isteri kepada suaminya akan lebih tinggi dan secara automatik hadir ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suami.

Ads

5. Rasa cinta dan kasih sayang antara pasangan lebih menebal.

6. Rahmat Allah memayungi rumah tangga tersebut. Insya-Allah, dengan adanya rahmat Allah, syaitan tidak sempat untuk menghasut.

7. Suami akan rasa dirinya berada di kedudukan yang tertinggi dalam keluarga. Kerana dalam solat jemaah, isteri mengikut setiap pergerakan suami. Dan, di luar solat, isteri akan mudah taat juga kepada arahan suami.

8. Anak-anak juga akan lebih menghormati ayah mereka sebagai ketua keluarga.
Sebenarnya, banyak masalah hari ini berpunca daripada pengabaian solat dalam keluarga. Bagaimana cara kita solat, begitulah perjalanan hidup kita.

Jika seorang suami dapat menjaga solat dengan baik, pasti isteri dan anak-anak akan mengikuti jejak langkahnya.

Lelaki hebat bukanlah yang pandai mengeluarkan arahan, tetapi dia bijak mengajak keluarganya mengenali Tuhan.

Sumber/Foto : Rohamiah Muda, sentiasa mencari redha-Nya.

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI