Allahurabbi… mana-mana ibu pun redha cuma sedih bila sekelip mata diuji tentang kehilangan anak. Bila baca cerita sudut kaum mak-mak ini, memang rasa dekat di hati. Ini salah satunya, perkongsian dari saudara Zack Rahim yang berada di lokasi kebakaran pagi tadi…
“Tolong ustaz, mana Syafiq ustaz. Saya nak jumpa Shafiq” raung seorang ibu dipagar surau pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah. “Anak puan nama apa?”. “Syafiq bin…(saya tak dgr sgt)”. Ustaz pun jawab “Masyallah puan, Allah lebih sayang Syafiq puan. Allah dah….” belum habis ustaz ni cakap, si ibu kata “Saya nampak Syafiq lalu tadi dengan jubah putih dia ustaz. Saya nampak dia tadi. Saya nak jumpa dia ustaz. Panggil dia sini ustaz…”.
Ustaz terkedu dan tergamam. “Insyallah, cuba puan lihat di dalam surau tu kalau2 Syafiq ada kat dalam…pelajar lain semua ada didalam…” sambil ustaz berlalu dan mengelap airmatanya. Ketua Pengarah JAIS yang berjalan seiringan dengan saya turun tangga surau memandang saya sambil kata “kesian…trauma dia..” saya hanya mampu angguk. YDP MPAJ Datuk Hamid hanya mampu tunduk. Dah tak mampu nak kata sebab ibu ini jugak awal tadi buatkan saya dan ramai disitu menitis airmata. Dia sentiasa panggil nama anak dia. Ibu mana yamg mampu merelakan anak dia pergi apatah lagi pergi dengan sebegitu rupa.
Itu sebahagian dari suasana yang saya sendiri lihat dan dengar. Nak sabarkan dia pun tak mampu maka saya biarkan saja. Anak lelaki dia puas sabarkan dia dan suruh dia diam. Tak apa, tu anak dia dan wanita tu ibu dia. Wanita2 lain juga turut minta dia sabar.
Ads
Seorang pelajar yang terselamat berkata, bila dia bangun tidur lebih kurang 5.20pg, dia lihat api sudah marak di pintu masuk dorm mereka tidur. Katil dia di belah hujung dan masih jauh dari api. Kawan2nya tak dapat lari keluar sebab pintu dorm sdg marak dgn api. 2 ustaz yang tidur ditingkat sama (ground floor + 2 lagi tingkat. Yang terbakar tingkat atas sekali) sibuk bantu anak2 utk selamatkan diri. Pelajar yang selamat ni cuba pecahkan grill tingkap. Itu sahaja laluan keluar. Sebaik dapat pecahkan grill, dia panjat keluar dan menggelongsor turun melalui paip air luar bangunan. Hanya murid besar sahaja mampu keluar ikut tingkap. Sebab berpusu-pusu, ada yang terus terjun dengan bantuan orang kampung dibawah. Orang kampung jerit suruh terjun. Mereka tak boleh masuk sebab api dah sangat marak. Tak ramai yang bangun diwaktu begitu.
“Kalau aku boleh masuk, aku dah masuk. Tapi aku pun tak tahu macamana mau masuk sebab api dah selimut pintunya. Aku cuma mintak dia terjun aje. Mana yang dah terjun aku tolong tarik keluar. Ada yang patah, ada terseliuh, ada yang sudah melecur..” kata seorang jiran dengan telo Jawa. Anaknya sangat rapat dengan murid2 tahfiz ni. “Aku sedih tak dapat tolong, aku hanya mampu dengar mereka jerit minta tolong. Lepas 20 minit dah senyap, tak ada lagi suara jerit dan tingkat atas udah hangus. Bomba pun udah sampai…”
Ads
Saya berbual dengan petugas PPIM. Berjiran dengan pusat tahfiz adalah HQ PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Dia selalu layan anak2 tahfiz ni. “Kadang2 mrk mintak saya, bang ada singgit bang, nak beli air…saya bagi la duit sikit. Mereka dah macam adik2 kami sebab mereka sebelah je dgn kami. Kami sgt rapat dgn mereka. Hari ni ramai mereka dah tak ada. Kami sangat sedih” Pejabat PPIM hari ini jadi Markaz Operasi Bomba.
Ads
Pusat ini adalah sementara kerana pusat asal mereka terletak diatas bukit Jalan Keramat Hujung sedang diubahsuai. Mereka baru berpindah kesini setahun lalu.
Pihak MAIWP akan membantu keseluruhan proses urusan jenazah dan rawatan di hospital. Mereka telah meletakkan seorang pegawai kepada setiap satu keluarga mangsa. MB Selangor juga telah tawarkan apa sahaja bantuan diperlukan dan keluarga atau mana2 pihak boleh berhubung terus dengan Ketua Pengarah JAIS.
Ini sebahagian dari pelbagai suasana selama 3 jam saya berada di lokasi kebakaran pagi tadi. Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh 22 pelajar dan 2 ustaz pusat tahfiz ini. Pergi mereka membawa bersama amalan2 yang mereka pelajari. Syurga lah tempat mereka. Takziah kepada semua ibubapa pelajar2 dan ustaz2 tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan minyak non halal, hanya pengesahan sijil halal tamat tempoh. Di media sosial berlegar mengenai satu jenama minyak paket yang dipercayai mengandungi minyak babi.
Hal ini menimbulkan ketakutan kepada orang ramai bahawa minyak paket itu tidak halal.
Bukan Minyak Non Halal
Ekoran gambar minyak paket tersebar luas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyerbu kilang minyak masak didakwa tidak halal di Balakong di sini, pada 11 Mac lalu.
Ia susulan penularan di media sosial gambar minyak masak bersubsidi daripada syarikat terbabit dengan tulisan ‘non halal’ yang didakwa minyak masak babi.
Hanya Pengesahan Sijil Halal Tamat Tempoh Sebenarnya
Memetik laporan Harian Metro, Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, tindakan pihak syarikat tidak meletakkan logo halal ke atas bungkusan minyak masak adalah disebabkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) syarikat tamat tempoh.
“Pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) sudah mengambil tindakan kes di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 ke atas syarikat berkenaan kerana menggunakan logo halal Malaysia tanpa kebenaran pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati minyak masak keluaran syarikat terbabit diperolehi daripada sumber yang sah dan pengilang berlesen.
“KPDN Selangor memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan ke Whatsapp 019-848 8000, Aplikasi Ez Adu KPDN, hotline KPDN 1-800-886-800 atau Portal e-aduan KPDN,” katanya.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sungguh kasihan tengok keadaan seorang wanita yang parah selepas ditoreh di muka oleh lelaki warga Bangladesh dekat pusat beli-belah di Jalan SS 20/27, Damansara Jaya, Petaling Jaya.
Rasa betapa kejamnya orang yang sanggup melakukan perbuatan ini pada golongan wanita dan alau tengok keadaanya, lukanya hampir lima sentimeter bermula dari bibir hingga ke bahagian pipi kanan selepas lelaki warga Bangladesh terbabit bertindak menoreh bahagian muka dengan objek tajam.
Wanita Ditoreh Dikejarkan Ke Hospital
Susulan kejadian mangsa dikejarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis.
Mangsa yang berumur 24 tahun dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di PPUM dan dia dibenarkan keluar sehari selepas kejadian.
Berdasarkan maklumat, pihak polis berjaya menahan suspek berusia lingkungan 20-an terbabit, Jumaat lalu.
Siasatan awal mendapati suspek terbabit adalah bekas teman lelaki mangsa dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca lelaki berkenaan bertindak menoreh muka wanita itu.
Suspek Direman 7 Hari
Apa pun suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.
Buat golongan wanita, berhati-hati ya dan dindinglah diri dengan ayat-ayat suci Al-Quran setiap kali mahu keluar dari rumah. Minta padaNya untuk perlindungan dari segala kejadian buruk dan gangguan.
Surah Yasin Ayat Ke 9
Untuk amalan, wanita boleh baca ayat ini setiap kali selepas solat. Ditiup di telapak tangan dan diusap ke seluruh badan dengan niat untuk pendinding benteng pertahanan diri dari segala gangguan.
Malah, anda boleh juga dibacakan pada garam kasar atau air dan ditabur atau direnjis ke sekeliling rumah dengan niat sebagai benteng pertahanan diri dan harta benda dari segala gangguan jin mahupun manusia.
Terjemahan ayat:“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.(9)
Kejayaan demi kejayaan terus diraih oleh penyanyi Ernie Zakri apabila merangkul anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di acara SCTV Music Awards anjuran stesen televisyen (TV)Indonesia, semalam.
Menerusi perkongsian Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32 di laman Instagram miliknya, ibu kepada seorang cahayamata ini teruja apabila lagu nyanyiannya, Masing Masing yang menjadi runut bunyi drama di stesen TV Indonesia itu meraih pengiktirafan.
“Terima kasih semua, alhamdulillah. Ini pertama kali saya masuk TV Indonesia.
“Masya-Allah, rezeki yang luar biasa. Terima kasih SCTV, Universal Music Malaysia dan Indonesia,” katanya selepas menerima anugerah.
Lagu Masing-Masinh merupakan ciptaan Ade Govinda dan Nabila V itu berjaya merangkul anugerah tersebut menerusi sinetron berjudul Luka Cinta.
Pelantun lagu Aura ini juga merupakan artis Malaysia kedua memenangi anugerah dalam SCTV Music Awards selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meraih trofi Artis Asing Paling Ngetop pada 2004.
Masing Masing berjaya mengenetepikan lagu Cinta Pertama Dan Terakhir ‘soundtrack’ bagi sinetron My Heart, Ku Dengannya Kau Dengan Dia (Di Antara Dua Cinta), Kehilanganmu (Naik Ranjang) dan Takkan Berpaling Darimu (Saleha).
Dalam masa sama, Ernie dan Ade sempat membuat persembahan di atas pentas penuh gemilang tersebut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...