“Sebagai ibu bapa, kami sentiasa doakan yang terbaik untuk anak dan menantu (Puteri Sarah Liyana)” begitulah yang diungkapkan oleh Datuk Yusof Haslam. Antara cara untuk mendapatkan keberkatan adalah melalui doa ibu bapa. Doa ibu bapa sangat mustajab lagi-lagi doa untuk anaknya.
Seperti diketahui umum, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu.
Mengulas kontroversi membabitkan anaknya, Syamsul yang didakwa sudah bernikah dengan wanita dikenali sebagai Ira Kazar Datuk Yusof enggan memberikan sebarang komen.
Ini kerana menurut produser terkenal itu anaknya Syamsul sudah cukup dewasa dan matang untuk memikirkan baik dan buruk sesuatu perkara.
Menyentuh tentang rumah tangga anaknya, seperti mana yang dipetik menerusi BH Online, sebagai bapa Datuk Yusof mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya iaitu Puteri Sarah Liyana.
“Saya tidak boleh komen.
“Sebaiknya, biarlah kenyataan itu keluar daripada mulut Syamsul kerana ini membabitkan hal rumah tangganya.
“Sebagai ibu bapa, kami sentiasa doakan yang terbaik untuk anak dan menantu (Puteri Sarah Liyana).
“Bagi saya, pada usia 38 tahun, Syamsul sudah cukup dewasa untuk memikirkan apa yang baik dan buruk,” kongsi Datuk Yusof.
Sebelum ini isteri Syamsul, Puteri Sarah memberi bayangan Syamsul dan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangganya, Ira Kazar, sudah berkahwin, melalui hantaran Instagram Instagram Storie.
“Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.
“Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan toksik.
“Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik,” luahnya.
Menerusi Instagram stories yang lain pula, Puteri Sarah turut memuat naik kata-kata;
“Apa yang saya tahu ia berlaku sehari sebelum Sarah melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia.
“Orang sekeliling kita ada masanya boleh menjadi sangat narsistik dan manipulasi. Pilihlah orang sekeliling dengan bijak.
“Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir, hipokrit,” tulisnya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam yang berusia lima tahun dan Sumayyah, tiga tahun.
Baca Disini : Perut ‘Baby Bump’, Puteri Sarah Nafi Hamil “Sedang Bahagia. Doakan Syaikul, Sumayyah Dapat Adik “
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Sumber : BH Online
Foto : Instagram Puteri Sarah Liyana
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’