Sebab Tak Sanggup Biarkan Anak Kecil Memimpin Ayah Buta Di Tepi Jalan, Lelaki Ini Mula Bertindak

Share

Bayangkan anda terpandang anak kecil setia memimpin tangan ayah yang buta di tepi jalan di tengah terik mentari. Terkontang-kanting seolah-olah mencari sesuatu dengan pakaian seragam sekolah.

Apa yang anda akan lakukan? Jika anda seorang warga prihatin, anda akan bertindak sama seperti guru sekolah ini. Ikuti kisah yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh yang ketika ini giat menjalankan kerja-kerja Projek Beg Sekolah bagi tahun 2018

Anak kecil ini petah sekali tutur katanya.

Anak Kecil Dan Ayah Buta Di Tepi Jalan

Hari ni tergerak hati nak ke sekolah dengan kereta. Aku bawa terus 60 buah beg sekolah untuk simpan kat sekolah dan agih lepas peperiksaan akhir tahun nanti.”

Ketika melewati depan Pasar Gombak, kelihatan seorang budak perempuan sedang memimpin tangan ayahnya dan menyekat teksi belakang kereta guru itu.

Melalui cermin pandang belakang, guru itu perhatikan teksi berwarna hijau itu tidak berhenti! Bermakna anak kecil dan ayah buta itu terpaksa berdiri lebih lama di bawah terik mentari itu.

Terus aku memberhentikan kereta

.”

Walau dah terlepas jauh, tak sanggup aku nak biarkan anak kecil dan lelaki buta berpanasan di tepi jalan macam ni. Aku undur kereta dan berhenti betul-betul di depan mereka.

Oh, kereta biasa. Ingatkan teksi,” kata si ayah selepas anaknya berbisik di telinga.

Abang nak pergi mana? Meh saya hantarkan.”

Saya nak hantar anak saya ni ke Sekolah Danau Kota. Lepas tu tunggu anak darjah 5 pula pulang dari sekolah,” balas si buta jujur.

Aku buka pintu kereta, dan pelawa mereka masuk. Dalam kereta kami berborak. Tentang kehidupan dia, tentang apa saja. Kadangkala kami gelak bersama bila aku bergurau dengan dia.

Anak dia ada 4. 3 perempuan satu lelaki. Yang sulung tingkatan 1, yang bongsu 2 tahun.

Yang dalam kereta ni, namanya Hadini Fatihah. Tahun 1 Gemilang. Cantik dan petah budak ini. Jalan ke sekolah dia yang tunjuk, tanya apa saja tentang keluarga dengan lancar anak kecil ini jawab.

Sebelum turun kereta, aku sempat beritahu dia tentang Projek Beg Sekolah yang aku lancarkan.

Anak kecil inilah yang tunjukkan jalan ke sekolah dekat Cikgu Fadli.

Allah Yang Gerakkan, Cantik AturanNya

Kejadian aku tiba-tiba tergerak hati nak bawa kereta, nak bawa beg, teksi hijau tak berhenti dan aku memberi tumpang anak kecil dan ayah buta itu bukan kebetulan. Ini perancangan Allah taala. Cantik dan sempurna kan?

Sebaik turun kereta, aku serahkan 3 buah beg untuk anak-anak dia yang bersekolah serta sedikit sumbangan wang untuk perbelanjaan harian. Lepas tu aku minta izin untuk ambil gambar dia dan Hadini Fatihah.

Alhamdulillah, keluarga ini tidak pernah aku kenali. Tapi Allah aturkan agar keluarga mereka merupakan penerima pertama Projek Beg Sekolah untuk kegunaan 2018.

Senyumlah pengirim sumbangan sekalian, ada doa yang baik-baik dititipkan buat kalian dari si buta dan anak-anaknya ini. Dan pahala yang berterusan mula mengalir ke akaun simpanan pahala kalian.

Tenang dan yakinlah dengan janji Allah.

Kita mungkin tidak ditakdirkan untuk bersua di dunia, namun aku mohon pada Allah taala agar kita berjumpa di taman-taman syurga kelak. InsyaAllah, amin.

Projek Agihan Beg Sekolah Dah Bermula

Menurut cikgu Fadli lagi, projek agihan beg sekolah untuk tahun depan sudahpun bermula.

Jadi orang-orang sekitar Gombak yang rasa dirinya layak, atau nak ambil untuk jiran/saudara yang betul-betul layak sila berhubung dengan beliau.

MW linkkan status beliau dan boleh klik di sini.

Oh ya. Sesiapa sahaja yang layak, boleh mohon dan hubungi saya. Tak kira kaum, agama, mahupun warna kulit. Hubungilah, InsyaAllah ada bahagian untuk anak yatim dan murid miskin.” Tambah cikgu Fadli yang giat menjalankan projek beg sekolah 2018 dalam statusnya itu.

Yang Nak Menyumbang Baca Sini

Aku nampak gambar ini yang di post oleh salah seorang sahabat beberapa hari lepas. Dia cerita tentang anak dia, tapi aku teruja melihat gambar beg ini.

Ini beg jenama Swan. Salah sebuah beg dari 918 beg yang aku agih pada mereka yang layak tahun lepas. Alhamdulillah, beg ini kukuh dan elok kualitinya. Tahan sampai akhir tahun.

“Seronok kan dapat lihat pemberian kita dapat digunakan dan kukuh. Tahun ini pun beg Swan juga. Dah tahun ke empat kami berurusan. Deal harga terbaik untuk dapatkan beg berkualiti agar dapat digunakan sepanjang tahun.”

Alhamdulillah, untuk tahun ni, cikgu Fadli dah tempah 1420 buah beg Swan yang berkualiti untuk diagihkan pada mereka yang layak dan memerlukan.

Memberi, biarlah yang tahan lama dan berkualiti. Sepertimana yang anak-anak kita pakai, seperti itu juga kita beri kat orang. Ye tak? “

Projek Beg Sekolah masih dibuka hingga 31 Disember 2017. Jika masih ada yang ingin mengirim sumbangan, boleh pm cikgu Fadli di sini.

Semoga usaha yang cikgu Fadli lakukan ini dapat memudahkan urusan mak ayah yang kurang berkemampuan dalam memenuhi keperluan beg sekolah anak-anak mereka.

Seperti anak kecil dengan ayah buta yang telah dibantu itu, anda tentu mahu menggembirakan mereka yang lain juga.

Nota: Silalah share kisah ini andai anda merasakan ianya memberi manfaat yang besar kepada ramai orang di luar sana.

Sumber/Foto : Facebook Mohd Fadli Salleh

Published by
Netty Ah Hiyer