Ammar Alfian

Satu demi satu kes curang artis tular di laman sosial dan kali ini isteri kepada pelakon, Ammar Alfian pula terlanjur dedah kisah peribadi.

Isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam memuat naik status di akaun insta miliknya mendakwa suaminya telah berlaku curang ketika dia sarat mengandung enam bulan. Tulisnya…

“Ramadan kali ini saya diuji dengan cara yang saya tak pernah duga saya akan diuji.

“Suami yang saya kahwini selama tiga tahun bertindak curang ketika saya sedang mengandung enam bulan.”

Sebab Marah Dan Sakit Hati

“Bukanlah cara saya untuk mendedahkan kepada publik tentang kisah peribadi. Ia tercetus kerana perasaan marah dan sakit hati. Lukanya masih baru dan emosi saya didorong oleh situasi saya yang sedang berbadan dua. Bagaimanapun, apa yang sudah berlaku biarkan berlalu.

Ads

“Ini waktu yang sukar bagi saya dan keluarga saya,” Nelissa Nezam yang menyifatkan perbuatannya membuka kisah rumah tangganya ekoran perasaan marah dan sakit hati menerusi Instastory.

Malah, wanita itu akui situasi yang berlaku amat sukar bagi dirinya dan keluarga. Petang semalam, Nelissa tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa suaminya curang ketika dia sedang hamil anak sulung mereka.

Nelissa berharap kemelut rumah tangganya boleh diselesaikan antara dia dan suami dengan baik.

Ads

“Saya sangat menghargai sokongan anda semua tetapi saya fikir adalah lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini secara privasi dan saya mengutamakan kandungan bayi saya. Semoga saya dan Ammar akan menyelesaikan masalah ini antara kami berdua dan sesungguhnya mahu menjadi ibu dan bapa yang terbaik,” tambahnya.

Luahan Dari Ammar Alfian

Menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Ammar berkata isterinya iaitu Nelissa Nezam turut mengakui kesilapan selepas menghebohkan dakwaan berkenaan di media sosial.

Ads

“Saya memilih untuk berdiam diri kerana anda tak layak untuk mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu.

“Untuk pengetahuan anda, isteri saya telah memohon maaf atas setiap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

“Saya juga memaafkan dia seperti mana saya maafkan anda atas spekulasi serta fitnah terhadap saya,” luah Ammar.

Sedikit rumit bila diketahui orang luar namun MW mendoakan moga pasangan ini dapat selesaikan masakah rumahtangga dengan cara yang lebih manis. Seperti yang diketahui umum, Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan kandungan ini merupakan kehamilan pertama Nelissa semenjak berkahwin.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI