Kini ramai yang dah mula keluar negara sama ada urusan kerja, peribadi pergi bercuti dan sebagainya. Salah satu syarat wajib apabila kembali ke tanah air adalah kuarantin diri. Malah kelonggaran juga diberikan untuk memohon kuarantin di rumah bagi yang lengkap vaksinasi serta negatif COVID-19 Ujian PCR.
Permohonan kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman melalui Portal Home Quarantine Application (HQA) ini boleh dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum ketibaan pengembara ke Malaysia.
Sangat penting untuk memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan serta betul-betul mengikut arahan yang diberi bagi mengelakkan permohonan ditolak.
Ini antara pesanan dan pengalaman yang dikongsikan oleh Penceramah Bebas Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sendiri. Beliau ketika ini berada di Tanah Suci Madinah, dalam mengerjakan umrah.
Permohonan untuk kuarantin di rumah kena reject biasanya sebab dokumen yang diperlukan tak ikut standard sedia ada.
- Pastikan saiz dokumen tu tak lebih dari 250kb dan guna format fail PNG, JPEG atau PDF sahaja.
- Mohon dalam tempoh 4 -10 hari sebelum balik dari tanah suci.
- Anak-anak dan keluarga terdekat boleh bantu mohon dari tanah air di laman berikut. https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index
Laptop ni banyak membantu Alhamdulillah!
Permohonan kuarantin di rumah yang kena REJECT dengan perbagai sebab, boleh buat permohonan semula, tidak kurang dari 4 hari sebelum balik. Proses approval makan masa 3 hari bekerja.
Contoh permohonan yang tak berjaya. Boleh tengok remarks sebab apa tak berjaya –
Andai tak sempat buat permohonan semula, dalam kes di atas ni, sediakan dokumen yang diperlukan untuk pengesahan masa tiba di Airport nanti.
Contoh permohonan yang berjaya. Berjaya atau tidak kita akan terus dapat surat melalui email.
IMPORTANT! Memang sangat penting dokumen-dokumen yang tersebut dan baca ‘Note’ berulangkali. Jika betul-betul ikut arahan diberi, permohonan kuarantin secara online ini jadi sangat mudah InshaAllah.
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan kriteria yang perlu dipenuhi, serta nak buat permohonan di sini:
https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index
Baca Lagi Di Sini:
Tiga Benda Penting Kena Ada, Bila Positif Covid-19, Kuarantin Di Rumah
Jujur Bila Ke Luar Negara, Balik Buat Ujian Covid-19, Atau Kuarantin 14 Hari
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat sesiapa yang berada di luar negara dan akan kembali ke tanah air dalam masa terdekat, boleh buat permohonan untuk kuarantin kendiri di rumah. Pastikan betul-betul ikut arahan diberi, barulah permohonan kuarantin secara online ini jadi sangat mudah.
Sumber: Isfadiah
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI