Bila berdiet, mulalah berkira-kira untuk makan. Bukan apa, takut berat badan bertambah dan hilang terus program diet yang dilakukan selama ini. Semua jenis makanan dikawal dan hanya ambil makanan yang sihat sahaja.
Tak perlulah berkira-kira untuk makan atau sekat sampai tidak ambil langsung. Kalau nak diet, cubalah ikut jadual makan yang betul. Barulah program diet yang kita amalkan itu berjaya dan ktia tidaklah terlalu mengikat nafsu untuk ambil makanan kegemaran.
Perkongsian daripada Arif Sukri ini bole membantu anda yang ingin berdiet. Jangan takut untuk makan yer.
Baca Lagi DI Sini: Mak-Mak Yang Nak Kurus, Boleh Try Menu Diet Seminggu Tanpa Nasi
Cara Diet Intermittent Fasting Ibu Menyusu, Susu Badan Mantain Tak Berkurang
Info Lebih Menarik DI SINI
Jaga Kalori
Sebenarnya kita tidak perlu takut untuk makan pada bila-bila masa sekali pun sewaktu diet. Ini kerana diet bukan kira waktu bila ditegah, waktu bila tak boleh makan.
Apa yang paling penting adalah bila kita tahu dan jaga kalori. Itu pun sudah cukup.
Kawal kalori, jaga kualiti, Insya-Allah masih boleh kurus walaupun makan malam lebih dari jam 8. Tak adalah susah sangat kalau ikut jadual sendiri kan?
Begitulah. Buat ikut mampu.
MW: Kalau kita tahu jaga kalori pun dah cukup membantu. Jangan disekat nikmat makanan tu.
Sumber: Arif Sukri