Mungkin ada sesetengah lelaki rasa, “buat apa nak ambil tahu pasal haid, itu masalah orang perempuan.” Tetapi tolonglah ubah pemikiran itu, tambah pula bila anda bakal bertukar status jadi suami orang.
Tak boleh lah lepas tangan, kalau betul sayan bini dan anak-anak. Situasi ini lebih jelas dan boleh dilihat seperti yang Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar kongsikan dalam status facebook miliknya…
Pertamanya, kita yg lelaki ni perlu ambil tahu juga hal berkaitan haid & hukumnya. Sebab kita wajib mendidik isteri dan anak perempuan kita. Walaupun isteri dah sedia maklum/ dah belajar, menjadi tanggungjawab kita ajar juga pada isteri, dan kita dengar penjelasan isteri kot kot ada yg salah kita betulkan ( maklumlah, kadangkala info yg isteri belajar ialah masa zaman sekolah dulu, mungkin silap dengar or salah pemahaman).
Keduanya, sebagai seorang doktor, acapkali aku terima kes wanita yg tak ingat tarikh berkaitan haid. Bila ditanya ” bila last period? ” Jawapan nya ‘ krikkk krikkk “.
Tak boleh macam ni ya … selain penting untuk tahu tarikh bila hari pertama period terakhir ( Last Menstrual Period, LMP) dalam kes pregnancy, tarikh-tarikh berkaitan haid juga penting dari sudut fikh wanita. Ustaz menjelaskan :
Wanita di anggap matang ( baligh) samada dengan datangnya haid( menarche), atau apabila cecah usia 15 tahun.Makna nya by 15, kalau masih tiada haid, dia di anggap telah baligh. Dari sudut perubatan, jika umur 15-16 tahun masih belum menarche, bawa anak untuk pemeriksaan.
Usia paling awal untuk mula datang haid ( menarche) dari sudut pandang fikh wanita ialah 9 tahun. Jika menarche sebelum 9 tahun, itu tidak dikira haid. Dari sudut pandang perubatan, jika kanak-kanak perempuan ada heavy bleeding, jangan anggap ia biasa / akan normal seiring dgn usia. Ia mungkin petanda kanak22 tu ada masalah pembekuan darah ( coagulapathy), watch out for other symptoms like easy bruising, gum bleeding, nose bleed.
Pada usia 60 di anggap dari sudut pandang fikh sebagai usia maximum / last bagi seorang wanita tu untuk ada haid. Maknanya age 60 patut dah menopause. Dari sudut pandang perubatan, kalau ada bleeding setelah menopause, kena alert segera… .sebab ia boleh jadi tanda kanser rahim.
Kiraan usia berapa tahun ialah menurut tahun qamari / hijriah, bukan tahun masehi
Kebiasaan wanita utk haid ialah sehari semalam, dan paling lama 15 hari. Setelah hari ke 15 jika masih ” haid”, maka ia dianggap darah istihadah, dan wajib utk solat & puasa (jika Ramadan). Ustaz turut pesan utk ingat EXACT time bila datang haid…eg dtg haid jam 1.35pm dan waktu zohor 1.19pm, dan dia belum lagi solat zohor. Maka nanti kena qada zohor tu. Kiraan utk tempoh darah istihadah ( > 15 days) pun kena kira exact time & date. Eg start haid 1 April jam 2pm. Maka if continuous bleeding sampai 16 April 2pm, selepas jam 2pm ke atas di anggap istihadah. Ustaz jelaskan ramai yang salah kira 15 hari tu, dia kira sampai 15 April. Ini salah.
Dari sudut perubatan, prolonged bleeding di panggil abnormal uterine bleeding or dysfunctional uterine bleeding (DUB). Antara definisi DUB ialah:
➡ tempoh haid > 7 hari (average 4-6 hari)
➡cycle yg cepat kurang 21 hari atau cycle yg lambat > 35 hari ( average cycle 21 – 35 hari)
➡flow yg heavy dari biasa
➡ senggugut yg teruk / bukan kebiasaan
Jika kerap jadi simptom DUB tu, rujuk doktor utk pemeriksaan lanjut. Banyak punca DUB seperti polyps, fibroid, kanser, PCOS, masalah hormon yang diganggu ubat, masalah penyakit medical yang lain. Tak tertulis kat post ni kalau aku nak describe…panjang lebar nanti jadinya.
Bagaimana nak tahu haid dah betul-betul kering? Menurut mazhab Syafie, perlulah lalukan kapas putih bersih di situ. Jangan hanya bergantung dengan tengok pad yg dipakai tu bersih. Jika kapas yg dimasukkan sikit tu bersih, tiada calitan darah warna merah / coklat / warna gelap / kuning, maka telah keringlah haid.
Dalam kes DUB umpamanya, seorang wanita tu boleh haid sampai 5 hari, lepas tu kering betul ( stop) let say 3 hari. Tup tup hari ke 9 datang balik haid.
Menurut pendapat yang muktabar dalam mazhab Syafie, dalam tempoh 3 hari kering tu, solatnya & puasanya( jika Ramadan) adalah tidak sah. Dan setelah betul-betul bebas haid, puasa itu wajib diganti, namun solat tak perlu diqada.