Tahu tak sebenarnya mewarna ini membantu untuk melatih anak kecil menulis garisan penuh berulang kali, dan paling penting dalam ruang yang ditetapkan.
Ini juga bagus dari aspek koordinasi mata-tangan, skill melihat dan menentukan warna yang lebih sesuai macam awan warna apa, baju nak kaler warna apa dan sebagainya.
Jadi skill ini mungkin akan jadi aset anak-anak bila dia dewasa yang mana kita sendiri pun tak tahu apa minatnya nanti. Ini samalah seperti yang dikupas oleh Puan Ainizal Abdul Latif
tentang kepentingan anak belajar mewarna.Okay mommies… seperti dijanjikan saya akan explain kaitan antara hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar. Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah then bagi arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut… just arahan “warnakan bulatan itu”
Untuk anak 3 hingga 6 tahun ye.
Take note ye parents, fokus adalah kemahiran… bila sebut kemahiran ni, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dan lain-lain yang penting kita dapat tahu keupayaan dan tahap fokus anak. Jangan compare antara satu sama lain.
Jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.
Bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.
Ini bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.
Tidak perlu ambil kira faktor kekemasan @ kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukuan ke atasnya.
Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka… fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus, pelbagaikan aktiviti untuk tingkatkan fokus mereka!