Percaya atau tidak, makhluk halus yang disebut dalam Al Quran seperti jin, syaitan dan sebagainya memang wujud. Malahan, tidak semua orang pula dianugerahkan dengan deria keenam atau mungkin diberi kelebihan melihat benda-benda halus.

Melihat dan mendengar benda-benda pelik waktu malam cukup menyeramkan. Peristiwa dan pengalaman ini memang menakutkan. Tetapi, jika ia kerap berlaku dan terkena pada diri, ia umpama tidak memberi kesan dan sudah kalis. Cuma perlu diberi kekuatan agak tidak memudaratkan diri.

Bertukar Kerja
Nina (bukan nama sebenar) baru sahaja mendapat kerja di tempat baru. Kali ini dia memilih untuk bekerja menjaga kanak-kanak di sebuah taska di sebuah perumahan yang terletak di Klang. Sebelum ini, dia bekerja di sebuah pasar raya di bahagian Khidmat Pelanggan. Mungkin kebetulan dia suka dan mesra dengan anak-anak, sesuai sangatlah dengan kerjanya itu.

Lagi pun, dia tidak perlu memikirkan tempat tinggal kerana semuanya telah disediakan di taska tersebut. Dia hanya perlu bawa baju dan tinggal di tingkat atas taska tersebut.

IKLAN

Bunyi Mainan

Sepanjang dua minggu bekerja di situ, Nina selesa menguruskan anak-anak. Maklum sahaja, dia memang suka dengan kanak-kanak. Namun, apa yang membuatkan dia kurang selesa apabila tibanya waktu malam.

IKLAN

Setiap malam dalam lingkungan jam 12.00 tengah malam ke atas, dia akan tersedar kerana terdengar bunyi kanak-kanak bermain dengan alat-alat mainan yang ada di situ. Ada masanya, dia sayup-sayup terdengar seperti budak berlari dan menangis.

Pernah, dia cuba memberanikan diri dengan mengintai untuk melihat apa yang dia dengar itu. Tetapi bila dia membuka pintu, terus senyap. Keesokkan harinya, dia cuba bertanyakan kepada kawan sekerja yang tinggal bersamanya di situ. Peliknya, kawan sebiliknya langsung tidak mendengar sebarang bunyi.

Begitulah yang dialami oleh Nina sepanjang tinggal di taska tersebut. Dia pernah memberitahu pemilik taska tersebut tetapi dia hanya mengatakan, itu semua adalah bayangan rasa takut Nina sahaja.

IKLAN

Malahan, setiap cuti hujung minggu, kawan sekerjanya akan pulang ke rumah orang tua. Jadi, Nina tidak betah tinggal di taska. Dia akan berusaha untuk keluar sama ada ke rumah ibu saudaranya atau tidur di rumah kawan-kawannya.

Cuba Bertahan

Hampir enam bulan bekerja di situ, Nina masih lagi bertahan. Pelbagai perkara yang dialami, baik bunyi kanak-kanak bermain, kadang-kadang bunyi pinggang mangkuk berlaga di tingkat bawah dan macam-macam lagi.

Daripada apa yang Nina tahu, keadaan ini berlaku kerana taska itu ‘dicemburui’ oleh pemilik taska yang berdekatan. Oleh kerana tidak mahu melihat taska tempat Nina bekerja lebih maju daripadanya, sanggup dia berjumpa bomoh supaya taska itu ditutup. Wallahu A’lam

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI