Syurga di bawah tapak kaki ibu. Setiap langkah dan perjalanan kita sebagai anak sentiasa dalam doanya. Janganlah sekali kita bantah, sebaliknya dengar cakap mak, itulah sebaik-baiknya. Adalah yang baik untuk kia sebagai anaknya.

Begitu juga kalau mak-mak cakap yang tidak elok pada anak. Semua itu jadi doa. Sebab itu, sebagai mak pun kita perlu berkata yang baik-baik untuk anak.

Perkongsian daripada Khairul Anuar Basri ini diharap memberi manfaat dan pengajaran untuk kita semua. Paling penting dengar cakap mak, jangan dibantah sebab apa yang dia cakap itu adalah satu doa. Kita perlu bersabar.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Bagi Masakan Sedap, Bukan Hanya Letak Garam Gula Tapi Bacalah Doa Ini

Doa Ibu Sangat Mustajab, Jadi Mak Harus Berhati-hati dan Jangan IKUT Perasaan

Info Lebih Menarik DI SINI

Rezeki Berkat Bila Dengar Cakap Mak

Dulu masa saya Tahun 1 di Darul Quran, saya minat sangat dengan seorang senior Tahun 3 dari Singapore ni. Nama dia Faizin bin apa ntah saya tak ingat.

Ada la beberapa sebab kenapa saya minat dengan senior ni. Yang pertama sebab dia baca al Quran sedap. Kalau dia jadi imam, bunyi bacaannya macam Imam Masjidil Haram, Syeikh Saud Shuraim.

Keduanya, sebab masa tu dia jadi imam terawih di Masjid Negara (ini impian saya yang masih belum tercapai sampai ke hari ni). Petang-petang keluar dengan motor dia. Malam-malam baru balik dengan motor dia tu la. Saya duk perhati je dari jauh.

Yang ketiga, yang ni paling best. Sebab dia ada motor Yamaha TZM yang bukan saja hebat tapi ranggi sebab dia dah bikin motor tu. Sekali tengok memang akan jatuh hati.

Side miror bukak, fairing kasi bengkok ke bawah, tayar belakang sama kecil dengan tayar depan, lampu belakang tukar dengan lampu Suzuki RGV, mudguard depan tu dia tukar dengan mudguard Aprillia, cover set ada sticker Chesterfield, rim kikis bagi nampak crome, silencer ekzos pun tukar dan macam-macam lagi la.

Dengar Cakap Mak..

Bila dia tamat Darul Quran, dia jual motor tu dekat seorang senior yang lain. Saya duk ikut la jugak perkembangan motor tu serba sedikit dari jauh.

Nak dijadikan cerita, saya dengar brother senior yang beli motor tu nak jual motor tu kalau ada saper-saper yang minat. Bayar RM2,500 rasanya dan sambung bayar kedai.

Wahhh.. saya pun dengar berita tu terus berbunga hati saya. Ini peluang baik ni. Takdelah sampai nak kena beli motor baru harga lebih mahal.

Saya pun call mak saya, cakap nak beli motor tu. Saya rasa mak saya ada duit. Alaaa.. setakat RM2,500. Lepas tu sebulan dalam RM200 selama setahun dua ape de hal!

IKLAN

Tapi jawapan mak saya buat saya tersentak. Terus terbantut niat suci murni saya nak pakai motor TZM tu.

“Mama takdok pitih. Takpolah, ook sikit lagi. Kekgi ado la tu rezeki mano-mano”.

Mak saya cakap macam tu je. Nak kira sedih tu memang la sedih kan. Siapa tak sedih hajat tak sampai.

Tapi saya tak bantah mak saya. Saya ikut aje la. Dia cakap tak, maknanya tak la. Nanti lain kali Allah izin la tu kot.

Rezeki Tak Disangka

Tutup cerita nak beli motor tu… saya pun dah lupakan…

Hampir setahun berlalu, hujung tahun 1998 saya dapat berita yang sangat menggembirakan hati saya. Saya terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan Menghafaz Al-Quran di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Syeikh, enta wakil Malaysia nanti ke Dubai. Kalau dapat johan, hadiah dia boleh tanggung enta mengaji sampai habis PhD”, kata pengetua Darul Quran masa tu, Ustaz (Dato’) Wan Mohamad Abdul Aziz dalam bilik pensyarah masa dia panggil saya.

Subnallah… masa tu saya rasa seronok sangat. Itu kali kedua saya wakil Malaysia. Kali pertama masa di Tahun 1, saya masuk musabaqah hafazan di Mekah.

Dipendekkan cerita… ni pendek sungguh ye.. cerita panjang pasal saya pergi Dubai tu boleh baca dalam buku saya Travelog Huffaz : Mengapa Aku Menghafaz Al-Quran.

IKLAN

Semasa kat Dubai saya dapat la hadiah saguhati saja. Tak menang pun. Ini lebih kurang hadiahnya dalam RM ye…

Johan dapat RM250,000.
Naib Johan dapat RM200,000.

Tempat ketiga dapat RM150,000.

Keempat sampai kesepuluh dapat RM75,000 dan kesebelasan hingga terakhir (69 peserta kalau tak salah saya) dapat dalam RM38,000 begitulah. Saya dapat RM38,000 tu!!!!

Tunaikan Hajat

Balik ke Malaysia, dah dekat nak raya puasa. Sebab musabaqah di Dubai tu dalam bulan Ramadhan.

Benda pertama yang saya nak buat dengan duit tu ialah beli motor Yamaha TZM!

Saya pergi kedai motor di Kota Bharu. Lokasi kedai tu di Jalan Kuala Krai, sebelah KB Burger Bakar sekarang ni. Saya cakap saya nak beli motor TZM, siap tukar tayar belakang dan lampu belakang jadi lampu Suzuki RGV terbalik atas bawah. Hahaha…

Paling best, saya beli cash saja RM10,000. Terkejut Cina tuan kedai tu. Mungkin dia cakap dalam hati, banyak duit budak ni.

Tapi itulah dia. Saya fikir benda ni semua jadi sebab saya dengar cakap mak saya dulu suruh saya sabar (ini perintah). Nanti ada la tu rezeki (ini pulak doa).

IKLAN

Hasilnya sabar dan dengar cakap mak, saya dapat motor TZM baru.

Pesan Buat Anak

Sebab tu saya nak pesan dekat anak-anak di luar sana, bila mak cakap kena dengar dan patuh. Jangan bantah, melawan atau meninggi suara dengan mak. Macam kita tahu serba serbi.

Kena dengar dan patuh apa mak cakap. Sebab kita tak tahu apa keramat yang seorang mak boleh ada. Mesti hasilnya sangat berbaloi.

Tahun 1999 tu family kami beraya sakan dengan duit hadiah itu. Saya beli peti sejuk baru untuk mak, belikan jam tangan RADO harga RM2,000 lebih untuk ayah saya (ayah saya peminat RADO) dan beli kamera Pentax baru adik saya yang tengah belajar di UTM, Skudai.

Ada la lagi benda-benda lain saya pun dah tak ingat.

Balik ke Darul Quran, saya jadi sejarah orang kedua pernah pakai TZM di Darul Quran. Orang Malaysia pertama.

Motor TZM tu pun ada kisah yang sangat panjang. Berpindah tangan kepada adik saya.

Lepas tu tak tahu apa jadi dan kat mana dia sekarang

Itu saja kisah renungan di pagi hari ni.

Saya tinggalkan semua dengan 3 pengajaran daripada kisah saya ni :

1. Wajib dengar dan patuh perintah ibu.
2. Kena sabar dengan apa saja tegahan ibu. Tetap patuh dan taat.
3. Kita tak tak tahu apa kelebihan di masa depan yang kita akan dapat bila kita dengar cakap ibu kita. Tapi yang pastinya ia sesuatu yang sangat hebat dan tak disangka-sangka.

Satu lagi yang saya percaya ialah, rezeki akan jadi murah, berkat bila kita dengar dan percaya apa yang mak kita cakap.

MW: Percayalah, kata-kata mak itu satu doa. Tapi mak-mak kenalah cakap yang elok-elok untuk anak.

Sumber: Khairul Anuar Basri

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI