Hiburan

Sebab Batuk, Tiga Hari Siti Nurhaliza Tidur Asing Dengan Aafiyah

Share

Keletah Siti Aafiyah Khalid ini comel betul. Walau tak dapat tidur dengan ibunya, penyanyi tersohor nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aafiyah tetap relaks dan tak meragam pun.

Dah tiga malam ibu dan anak ini terpaksa tidur berasingan. Puncanya disebabkan ibu dan ayahnya alami batuk dan selesema. Sebab tak nak bagi berjangkit, ibunya ambil keputusan untuk pisahkan tempat tidur.

 

 

Tulis Datuk Seri Siti Nurhaliza,

Dah 3 hari terpaksa tido asing dengan Aafiyah sebab ibu Aafiyah dan ayah Aafiyah pun kena batuk dan selesema.

Kakak Dayah whatsapp ibu bagitau macam-macam gelagar Aafiyah bila tido ngan Kakak.

Ni dia nak ber ‘hi five’ dengan kakak walaupun mata pejam. Aafiyah anak ibu yang soleha. Aafiyah anak ibu yang hebat.. aamin ya rabb..

 

 

Doa Untuk Anak Ibu, Siti Aafiyah..

Walaupun tidur berasingan, ibunya tak lupa menitipkan doa untuk Aafiyah agar menjadi anak yang soleha.

Perwatakan comel lagi cute Aafiyah ini sentiasa mencuit perhatian peminat ibunya. Aksinya bergambar pun boleh buat kita yang tengok senyum sendiri.

Boleh bayang kan macam mana Aafiyah nak ber’hi five’ bila tidur dengan kakak pengasuhnya. Tentu bersemut tu.

Siti Aafiyah ini satu-satunya permata hati Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dinanti selama 11 tahun bersama pasangannya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

MW : Begitulah mak ayah, akan memastikan anak-anak dalam keadaan sihat biarpun ibu dan ayah terpaksa berdepan kesukaran. Moga anak-anak lebih memahami pengorbanan ibu dan ayah,

Sumber/Foto : Siti Nurhaliza

Published by
Netty Ah Hiyer