skrub tiga bahan rahsia wajah flawless, nak buat pun senang sangat.

Raya dah nak dekat, jom kita pakat-pakat jaga kulit wajah. Kita buat scrub sendiri guna bahan-bahan dapur. Mudah nak buat,  bahan-bahan pun murah dan  scrub ini berkesan. Paling best, scrub yang kita hasilkan ni organic dan bebas bahan kimia.

Scrub organic ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Nak kulit cantik sebenarnya tak susah, kena rajin dan konsisten. Insya-Allah, memang berbaloi diamalkan. Jimat duit, muka pun flawless. Kalau buat selalu memang hasilnya, glass skin. Scrub ni pun boleh guna untuk bibir dan badan. Min dah cuba, memang puas hati hasilnya. Jom bercantik-cantik, selamat mencuba!

Scrub Madu + Minyak Kelapa + Gula Perang

Bahan-bahan:

1 sudu madu

1 sudu minyak kelapa dara

3-4 sudu gula perang / gula putih

Cara buat:

IKLAN

1.Mula-mula bersihkan muka dengan air putih. Lap muka bagi kering.

2.Kemudian, campurkan semua bahan iaitu madu, minyak kelapa dara dan gula perang. Gaul bahan-bahan ini bagi sebati. Kalau tak ada gula perang gantikan dengan gula putih. Cuma gula perang lebih lembut pada kulit.

3.Scrub muka dengan bahan-bahan ni. Jangan kasar-kasar ye, buat perlahan-lahan takut kulit cedera. Fokus pada bahagian yang bermasalah seperti tepi hidung dahi dan bahagian rahang serta dagu.

  1. Scrub ni bukan sahaja buang sel kulit mati tapi bantu buangkan blackhead pada hidung dan dagu. Amalkan dua kali seminggu, lepas scrub dah boleh rasa perubahan. Kulit jadi lembut, halus, lembap dan bersinar.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/lulur-magic-cerahkan-kulit-tanggalkan-daki-degil/

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Skrub Kopi Cerahkan Kulit

Kalau tak ada minyak kelapa dara, boleh ganti dengan minyak zaitun. Sukatan bahan sama sahaja. Bagi yang kulit tidak sekata boleh cuba skrub kopi, selain aroma kopi yang menenangkan ia juga bantu cerahkan kulit.

Bahan-bahan

1 sudu minyak kelapa dara/ minyak zaitun

IKLAN

1 sudu serbuk kopi

3 sudu gula perang/gula putih

Cara buat:

  1. Bersihkan wajah, dan lap sehingga kering.
  2. Campurkan semua bahan ini. Untuk kopi sebaiknya gunakan serbuk kopi kasar. Gaul sebati.
  3. Gosok muka perlahan-lahan, fokus pada bahagian bermasalah. Urut muka dan leher 5 ke 10 minit. Bilas wajah sehingga bersih.
  4. Skub kopi sangat sesuai untuk golongan yang berdepan dengan masalah tona kulit tidak sekata, sunburn dan kulit kusam.

Kebaikan Bahan Organik

  1. Gula perang atau gula putih membantu membuang sel kulit mati. Kalau digosok pada badan, ia dikatakan dapat membantu mengurangkan selulit.
  2. Madu membantu melembapkan kulit, membersihkan parut jerawat dan mencerahkan kulit. Jika dioles pada bibir, madu amat membantu mengatasi kulit bibir kering. Bibir akan jadi lembut dan merah semula jadi.
  3. Minyak kelapa dara berkesan mengurangkan masalah kulit kering dan bersisik. Kulit akan sentiasa lembap. Juga boleh dioles pada bibir untuk mendapatkan kulit bibir yang lembap.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI