Scone ni antara menu klasik cukup popular untuk hidangan minum petang bagi orang di Eropah. Jika pernah ke kafe di tanah tinggi Cameron Highlands banyak dijual scone ni. Rasanya memang cukup sedap dan tak jemu makan.
“Scone Senang Dibuat.Okay hari ni Cik Leen kongsikan resipi paling senang nak dibuat sorang-sorang atau dengan anak-anak.Kejadiannya macam yang dijual kat cafe, tak tipu.”
1 + 3/4 cawan tepung gandum
4 camca teh baking powder
1/4 cawan gula perang
Secubit garam
5 sudu makan mentega sejuk
* Ramas dan gaul semua bahan di atas sampai jadi macam serbuk roti kasar. Ya, guna tangan je.
1/2 cawan blackcurrant kering atau kismis
* Tambahkan dalam campuran bahan kering.
1/2 cawan susu
1/4 cawan krim masam (Saya guna yoghurt je)
* Sebatikan dan tuang ke dalam adunan tepung. Kacau lebih kurang saja sampai terbentuk doh.Untuk adunan ni, boleh dapat 8 skon comel.
Susun dalam dulang pembakar.
1 biji telur
1 sudu makan susu
*Gaul rata dan sapukan di atas skon. Rehatkan 10 minit.
Panaskan dulu oven pada suhu 200•C. 15 minit.
1.Ayak tepung dan baking powder. Gaul ramas dengan butter, gula perang dan garam.
2.Sampai dapat tekstur macam ni. Masukkan buahan kering. Gaul rata.
3.Ini susu campur yoghurt.
4.Tuang dalam campuran bahan kering.
5.Kacau manja-manja guna sudu je.
6.Ketepikan sudu. Gaul guna tangan sampai dapat bentuk doh. Geli? Alahai dah siap karang basuhlah tangan tu. Kalau melekit sangat, letak sikit tepung pada tapak tangan.
7.Gini rupa dohnya. Ya, tak cun licin. Jangan risau.
8.Potong doh tu ikut saiz yang kita suka. Kalau nak besar-besar, potong 4 je.
9.Lepas tu kita susun ikut jarak sosial. Janganlah sampai 1 meter. Bila nak siap membakornya.
10.Sapu dengan campuran telur dan susu. Kalau takmo letak susu boleh je. Ni untuk kasi nampak cun berkilat, tak pucat. Rehatkan selama 10 minit. Masa ni dah boleh panaskan dulu oven.
11.Suhu oven 200•C ya. Panaskan dulu oven selama 15 minit. Lepas tu baru bakar skon anggaran 10-15 minit.Ikut mood oven masing-masing.
Ha gini rupanya lepas siap dibakar.
Kita tayang sikit rupa isi dalam skon tu ya.
Baca Lagi Di Sini: Japanese Fluffy Pancake Gebu Viral! Senang, Masak Atas Kuali Non Stick Je
MW: Senang je kan nak buat scone ni. Gaul-gaul dalam mangkuk je tak perlu guna mixer.Mudah. Ikut langkah yang dikongsikan ini satu persatu, gerenti jadi. Scone ni sedap makan dengan cream dan jem strawberi, tapi nak makan begitu saja pun boleh.
Sumber:Norleen Mohid
(Sumber: Best Scone Recipe from Allrecipes.com)