Hati-hati, sekarang ini orang jahat terutama scammer dah terdesak dan makin bijak. Macam-macam cara ‘berani mati’ yang diaorang buat semata-mata nak perdayakan orang yang lurus dan jujur.
Sebab itu, bila ada nombor pelik-pelik naik, janganlah angkat. Takut jadi macam Puan Nor Hasniza Binti Abu Zarin ini. Dah macam kena pukau masa dalam telefon pun ya. Tapi benda-benda macam ini memang tak mustahil.
Kronologi Scammer Penipu Perdayakan Mangsa
Ceritanya 2 hari lepas dalam pukul 11 pagi, tengah feeling-feeling tidurkan Hamka, dapat 1 panggilan dari 07-2212022 & diberitahu dari Mahkamah Tinggi Johor Bharu namanya MOHD SYAFIQ BIN MUSA selaku Admin mahkamah katanya. Dia tanya kenapa saya tak datang mahkamah untuk bicara harini. Dah 2 kali surat mahkamah hantar ke rumah tapi tak hadir. Tengah atas katil kot cakap pasal bicara. Mahu tak terperanjat mak..?
Katanya sebab kes hutang kredit card Public Bank berjumlah RM32,800..OMG❗? …Memang tak pernah terfikir langsunglah nak bukak kredit card sejak dari baby lagi & memang 100% saya nafikanlah.
Tambahan lagi buka kat JB. Rasanya last dulu 3 tahun lepas adalah pergi JB tu pon trip kolej ke Singapore. Takde pula sempat nak ke bank bagai. Pastu dia syak ada pihak pihak ketiga yang dah gunakan maklumat peribadi saya.
Diberitahu lagi kalau kes ni tak selesai secepat mungkin saya boleh terima waran tangkap & boleh dipenjara 5 tahun. Nak tak nak dia suruh saya pergi report di IPK JB hari ini juga. Sekarang ada kat Selangor memang tak boleh nak ke sanalah.
Nak check kat Public Bank pon tak boleh sebab hari ini Ahad bank sini cuti. Dan lagi 1 option dia suruh saya bercakap dengan polis di IPK JB minta diorang faxkan keterangan ke mahkamah sekarang juga.
Terus panggilan tu disambungkan ke IPK JB.. Pelik jugak boleh ke dari Mahkamah sambung ke IPK . Dia cakap dia ada kuasa untuk sambungkan ke sana. Ok Baiklah.
Ads
Lepas tu ada seorang lelaki jawab telefon & mendakwa dia Sarjan Chia no badan (RN14136). Dia minta saya beri keterangan tanpa ada sebarang selindung. Saya pun terangkan semua kat Sarjan tu apa yang admin mahkamah tu beritahu tadi. Dia pon semak akaun saya & mengesahkan memang ada pihak ketiga yang pakai maklumat peribadi saya.
Dan lebih terperanjat lagi dia kata saya ada jual debit card saya pada 1 orang lelaki Cina & dah terima habuan sebanyak 10% iaitu RM228,000. Dan sarjan tu cakap dalam akaun saya sekarang ada RM2.28juta dalam masa 2 bulan & dakwa ada berkomplot dalam sindiket dadah & sindiket kongsi gelap. ??
Sarjan tu pesan lagi jangan bocorkan apa-apa maklumat pada sesiapa semasa siasatan dijalankan termasuk keluarga, kawan, adik beradik @ sesiapa pun sebab boleh disabitkan bawah seksyen 8 1972 akta rasmi. Dia pesan lagi tolong bagi kerjasama untuk cari bukti lebih dalam lagi & dia tanya ada tak pakai apa-apa bank lain & beritahu dengan jujur. Baru nak jawab “ada”suami terus rampas telefon dan secara merta mertanya panggilan dari sana terus diletakkan..Tuttttttttt…..
Bermakna terbongkarlah di situ dari mahkamahlah, sarjanlah, IPK lah, semua cubaan nak mencuri duit dalam bank den…HAMPEH!! Teknik scammer terbaru.
Jangan tanya kenapa saya layan & kenapa saya percaya sebab kata-kata diorang buatkan kita akan percaya. Korang tak kena lagi jadi sentiasa beringat.Tambah lagi memang tak dinafikan saya memang mudah percaya cakap orang a.k.a lurus.. Dah jangan ditanya lagi.
Ads
Suami pun dah telefon no yang diorang buat panggilan tu dan memang betul tu no. phone Mahkamah Tinggi Johor. Diorang pun cakap dalam 2 minggu ni ramai yang report kes yang sama jalan cerita yang sama cuma amountnya berbeza. Scammer curi line mahkamah.
Dan report polis dah dibuat, polis pun dakwa bukan perempuan je yang kena, lelaki sado, driver lori, ejen hartanah, tauke kedai pun dah terkena sampai semua duit dalam bank 0. No tel Bukit Aman pon dah diorang berjaya curi. Ayat-ayat diorang memang power & lakonan menjadi. (Padahal no badan polis, segala akta-akta tu habis di kelentongnya)
Harap tak ada sapa lagi yang jadi mangsa.
Nota
Sentiasa hati-hati dengan manusia tamak nak cari duit cepat ni.Yang wanita berkerjaya tu cakap je suri rumahtangga jangan dedahkan maklumat peribadi pada orang yang call kita tak kenal. Tambahan dia dah ada alamat lengkap kita semua. Pesan juga pada mak ayah kita kat kampung jangan nanti duit tabung haji pun dikautnya.
Sedangkan menerusi perbualan video di media sosial pun pukau boleh dilakukan. Inikan pula satu panggilan telefon.
Ads
Baca Sini: Ini Cara Nak Hindari Pukau.
Kenapa Saya Kongsi Cerita Ini
Ada yang komen sepatutnya ni kes polis , tak perlu viralkan biar polis buat kerja dia. Buat yang cakap macam tu, adakah awak terlibat sama dalam kes ni? Adakah awak sarjan Chia @ Syafiq Musa yang call saya hari tu? Tahu tak apa maksud scammer?
Ni bukan kes curi motor yang kita kena senyap-senyap sampailah polis jumpa si pencurinya. Scammer ni awak duduk diam-diam pun ada yang tengah dok perati akaun awak. Kalau tak awak, nak ke kalau ada kalangan saudara mara awak kena macam saya kena?
“Macammana lah saya boleh percaya dengan orang tu, dah terang-terang penipu”.
Kalau tak ada sorang pun yang percaya, maka takkan ada terkena sampai beribu yang habis. Ni bukan kes yang pertama, dah banyak kali. Cuma bila terkena kat diri sendiri memang rasa DIPUKAU. Awak yang ada di sekelilinglah yang patut tolong .
TOLONG RAMPAS TELEFON ANDAI RASA PANGGILAN TU MENCURIGAKAN SEBAB KAMI YANG TERKENA TAKKAN SEDAR APA-APA!!..
Mungkin lepas ni manusia tu tak pakai nombor mahkamah ni, mungkin dia akan gunakan nombor yang lain. Harap semua lebih berhati-hati. Sentiasa berpesan-pesan sesama kita.
Bangga kejayaan Aina Abdul “well deserved! Teruskan berkarya, terus cemerlang! Fly high!”. Tahniah buat penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul atas kejayaan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
Persembahannya yang menyentuh kalbu menerusi lagu Terus Hidup menarik hati juri dan juga penonton.
Bangga Kejayaan AINA ABDUL
Menepati ramalan ramai, Aina Abdul telah diumumkan sebagai juara AJL ke-37. Kemenangan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul itu sekali gus melayakkan gandingan tersebut membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000 dan trofi.
Aina turut mengungguli kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi.
Sememangnya persembahan Aina cukup membanggakan, malah rakan artis turut memberikan ucapan pada akaun Instagram Aina. Antara yang memberikan kata-kata semangat merupakan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad.
“Love you! 😍 Well deserved! You are the epitomy of persistency, hard-work & pure talent ♥️ So so proud of you, Aina! 👏🏻 Terus berkarya, terus cemerlang! Fly high!”
“Mencari Ketenangan Dalam Kekuatan”
Sejurus selepas kemenangannya juga, Aina turut memberi ucapan menerusi enteri di akaun Instagramnya dan mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada para peminatnya.
“Kemenangan untuk semua peminat Terus Hidup.. ‘mencari ketenangan dalam kekuatan, mencari kekuatan dalam perpisahan’.. Terima kasih kepada peminat2 di stadium mahu pun di rumah yang menghidupkan ‘Terus Hidup’ di Ajl37. Forever grateful, Alhamdulillah 🤍”, kongsi Aina.
Naib juara dimenangi lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian SonaOne dan Joe Flizzow, ciptaan oleh Sonaone serta lirik oleh Sonaone dan Joe Flizzow membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi, manakala lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos hasil ciptaan Aliff Satar, Romeo Tam Cobain dan Efry Arwis serta lirik oleh Alif Satar, Shah Shamsiri dan Romeo pula menduduki tempat ketiga. Gandingan ini memenangi wang tunai RM30,000 dan trofi.
Sementara Shiha Zikir memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Irama, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 beserta trofi.
Bagi Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa, kemenangan berpihak kepada Khai Bahar yang menyampaikan lagu Sengsara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.
Lagu lain yang turut memberikan saingan ialah Kembali Terang nyanyian Marsha Milan, Bahagiakan Dia (Liza Hanim dan Shila Amzah), Korban (Ernie Zakri), Debu (Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi), Mainan (Naim Daniel), Irama (Shiha Zikir), Payung Pelangi (Noki & MK) dan Nang (Iman Troye).
Kesemua finalis diadili oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Acis, Altimet, Norynn Aziz, Jari, AD Samad, Khir Rahman, Damien Mikhail, LY dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.
“Tahniah LAYAK!” Komen Rakan Artis
Menerusi ruangan komen ramai rakan artis yang mengucapkan tahniah dan bangga dengan persembahan Aina.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiba-Tiba Uzur Di Mekah Tak Boleh Buat Umrah Pertama, Elfira Kongsi Ilmu Manfaat Buat Wanita. Pelakon yang juga ibu kepada dua anak, Elfira Loy baru-baru ini melakukan ibadah umrah dengan membawa dua orang anaknya.
Meninjau di akaun Instagram Elfira sering berkongsi tip sepanjang menunaikan umrah. Terbaru Elfira berkongsi tentang dirinya yang tiba-tiba uzur ketika dalam perjalanan menaiki tren dari Madinah ke Mekah.
Tiba-Tiba Uzur Di Mekah Tak Boleh Buat Umrah Pertama
Ternyata perkongsian ilmu dari pengalaman Elfira ini sangat berguna buat golongan wanita di luar sana.
Jika ada yang mengalami perkara yang sama ketika mengerjakan umrah bolehlah praktikkan nasihat dari Elfira ini.
“i nak sambung cerita , kisah umrah i haritu.
“Masa dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah , dekat train station.
“El tetiba uzur , tak boleh nak buat umrah yang pertama.
“Sedih sangat waktu. Tapi walaupun uzur , el still kena niat buat umrah dekat Miqat pertama dalam train sebab el dari Madinah .
“El cuma perlu berihram dan jaga pantang larang je sampailah boleh.
Berjaya Sempurnakan Umrah
“Alhamdulillah , masa last day tu , el dapat juga completekan my umrahh pukul 10mlm-12 lepastu , 2am terus buat tawaf wada. Pukul 4am terus get ready to go to the airport.
“Tu yang terus rasa nak demam tu.
“Tapi sekiranya el tak boleh.
“El just kena bertahlul ( gunting sikit rambut ) , lepastu takyah buat tawaf wada. Haa mcmtulah untuk yang uzur,”
Banyak Cabarannya
Menerusi perkongsian sebelum ini Elfira turut berkongsi tip menunaikan umrah dengan membawa dua anak kecil. Sememangnya melakukan ibadah umrah banyak cabarannya.
“Kena banyak bersabar & reda”
Berkongsi di akaun Instagramnya, Elfira akui pengalaman pertama menunaikan umrah bersama dua anaknya yang masih kecil mencabar kerana anak bongsunya, Aria yang berusia lapan bulan masih menyusu badan.
“Hajjah kecil ini (Aira) kalau dah tidur, baru saya boleh bernafas sikit. Saya berasa ‘part’ (bahagian) paling susah sikit sebab Aria jenis ‘melekat’ je dengan saya.
“Lepas tu ‘breastfeeding’ (menyusu badan) lagi kan, jadi mencabar sikit. Tapi sebab memang dah tetapkan dalam fikiran, ‘trip’ (perjalanan) ini untuk anak-anak, jadi saya dan suami lebih ‘chill’ (tenang) sedikit,” tulisnya.
Gementar Bawa Dua Anak
Elfira turut menjelaskan dia memang gementar untuk membawa dua anaknya bersama.
“Tapi bila kami sudah sampai di Tanah Suci, alhamdulillah, boleh dengan izin Allah,” luahnya.
“Syawal Akan Lebih Gembira Dan Tenang, Tahun Ini” itulah luahan pelakon Puteri Sarah Liyana apabila berkongsi tentang perasaanya untuk sambutan Aidilfitri ini.
Seperti yang diketahui Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah bersetuju untuk bercerai cara baik dan aman pada 18 hb April ini.
Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan prosiding kes lafaz cerai Syamsul terhadap isterinya, Puteri Sarah akan disebut pada 18 April ini.
“Syawal Akan Lebih Gembira Dan Tenang, Tahun Ini
Puteri Sarah sejurus selepas prosiding menyatakan rasa kesyukuran kerana urusan perceraiannya dipermudahkan.
“Syawal akan lebih gembira dan tenang, tahun ini,” luah Puteri Sarah seperti mana dilaporkan Berita Harian.
Puteri Sarah juga menerangkan dia tidak mahu berdendam dengan sesiapa dan hanya mahukan ketenangan.
“Apa yang penting, saya tidak mahu bermusuh dan berdendam, itu sahaja. Sebelum ini, banyak perkara yang tidak terjawab.
“Sekarang ini segala-galanya sudah terjawab, jadi saya hanya mahu ketenangan.
“Alhamdulillah, saya sudah menemuinya,”sambungnya.
Anak-Anak Tak Ada Masalah Beraya Dengan Syamsul
Berkongsi tentang sambutan Aidilfitri, Puteri Sarah menyatakan anak-anak tiada masalah untuk beraya bersama ayah mereka.
“Anak-anak tiada masalah beraya dengan bapanya.
“Jika Syamsul beri kerjasama, saya tidak akan menolak.
“Tiada apa nak bermusuh dan bergaduh. Semuanya selesai demi kebaikan anak-anak.
“Saya okay sahaja, tak nak lebih-lebih. Apa yang penting, Syamsul dapat jumpa anak-anak,” kongsinya lagi.
Berkat Ramadan Semuanya Dipermudahkan
Puteri Sarah juga memberitahu perbincangan berlaku pada saat akhir semalam dan segalanya dipermudahkan.
“Berkat Ramadan dan solat tahajud segala-galanya dipermudahkan, hari ini,” katanya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.