Nak simpan sayur agar kekal segar dan tahan lebih lama daripada biasa ada caranya yang tertentu.Cara penyimpanan sayur-sayuran yang betul, mampu membuatkan ia kekal segar, tahan lama dan tidak mudah rosak. Sekaligus menjimatkan belanja dapur dan mengelakkan pembaziran.

Lagi-lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghadkan keluar rumah. Perkongsian tip daripada Puan Rozlyn Farah Diana ini sangatlah membantu, terutamanya buat mak-mak yang jenis beli sayur banyak untuk seminggu dan tak perlu berulang alik ke pasaraya musim wabak sekarang ni.

Boleh ikut tip ini sebagai panduan;

“Macam mana simpan sayur untuk bagi tahan lama?.Ye la sayur ni kan kalau kita beli lepas tu letak dalam peti ais tahan dalam 2-3 hari je lepas mula la jadi layu di tasik madu gituu.”

“Musim-musim kena ‘Stay At Home’ sekarang tambah-tambah lagi ketua keluarga je yang boleh keluar beli barang so untuk tidak memeningkan ketua keluarga kena keluar banyak kali beli barang dapur boleh ikut tips kat bawah ni.”

“Kak kiah dah seminggu dah beli sayur ni tapi tetap dalam keadaan segar bugar lagi. Hahah. Caranya senang je.”

  1. Sebelum nak simpan sayur tu potong sayur kecik-kecil. Saya tak basuh sayur tu ye. Nak guna baru basuh.

2. Lepas tu ambik bekas kedap udara tak kisah la brand tipuware ke apa ke macam kak kiah bedal je yang mana ada dalam rumah ni tak kuasa nak keluar duit nk beli yang lain.

IKLAN

3. Dah ada bekas kedap udara, boleh lapik tisu kat dalam bekas tu lepas tu isi sayur yang dah potong-potong tadi.

4.Last sekali letak sekali lagi tisu untuk bahagian paling atas sayur tu. Tujuannya untuk menyerap wap-wap air yang akan muncul nanti.

5.Lepas tu tutup dengan penutup simpan elok-elok dalam peti ais. Selamat mencuba

Info Ekstra!

  • Untuk halia dan lengkuas boleh guna cara ni.Rendam halia/lengkuas dalam bekas yang berisi air. Rendam sampai tenggelam ya lepas tu tutup dengan penutup bekas simpan dalam peti. InsyaAllah tahan satu bulan. Rajin-rajin lah tukar air dalam bekas tu ye untuk bagi dia tahan lagi lama.

  • Selepas satu minggu masih segar lagi.

 

Baca Lagi Di Sini:‘Jangan Basuh..’ Cara Betul Simpan Sayur, Kekal Segar Lebih Seminggu

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat agar sayur-sayuran yang dibeli kekal segar, tahan lama dan tak mudah rosak. Sekaligus mengelakkan pembaziran dan jimat belanja dapur.

Sumber : Rozlyn Farah Diana