Hari ini Malaysia diselubungi sayu, terutama rakyat negeri Kedah dengan mangkatnya sultan kesayangan ramai. Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat pada 2.30 petang semalam di Istana Anak Bukit pada usia 89 tahun.
Almarhum memerintah Kedah selama 59 tahun. Baginda satu-satunya Raja-raja Melayu yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.
Kali pertama, sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 (21 September 1970-20 September 1975) dan yang ke-14 (13 Disember 2011 – 13 Disember 2016).
Catatan cucunda Almarhum Sultan Kedah, Raja Sarina Iskandarmenyentuh hati rakyat. Almarhum Sultan Kedah mengasihi rakyat dan negerinya melebihi segala-galanya. Kerana itu adalah tanggungjawab yang perlu dilunaskan ketika hayat baginda.
Tanggungjawab Dan Rakyat
“Tanggungjawab” dan “rakyat”. Inilah dua perkataan yang Tok sering ucapkan semasa masih hidup. Bila difikirkan kembali, manakan tidaknya; inilah asas rutin hariannya bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang Sultan. Bagi Tok, apa sahaja yang dilakukannya adalah demi rakyat yang tercinta.
Ads
Tok sentiasa mencuba yang terbaik untuk memenuhi setiap jemputan acara yang diterima sebagai tanda penghargaan dan hormat; meskipun kadangkala Tok merasa lemah dan kurang sihat kerana Tok tidak mahu menghampakan mana-mana pihak. Sehinggakan kami sebagai ahli keluarganya merasakan perlu untuk menasihatinya supaya tidak memudaratkan diri terutama sekali semasa Tok memegang takhta sebagai Agong.
Walaupun selepas cubaan untuk meyakinkannya yang pihak lain pasti akan memahami hadnya sebagai seseorang yang sudah dimakan usia, tok masih tegas dengan pendiriannya.
“Tidak. Ini tanggungjawab Tok.”
Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Seperti bapanya – Tok percaya bahawa menjadi seorang Sultan merupakan suatu amanah yang besar. Sifat pemurahnya tidak terhad kepada apa yang kita lihat di media; secara senyap-senyap, Tok juga telah menaja pendidikan beberapa orang pemuda sehingga ke peringkat universiti. Melihat rakyatnya berjaya membawa sejuta kegembiraan kepadanya.
Ads
Kasihnya untuk Kedah boleh diibaratkan seperti kasih seorg bapa yang penuh dedikasi; baginya Kedah adalah seperti anak kecil yang perlu dilindungi dan ditatang sehingga dapat berdikari dan jalan dengan sendiri.
Sesuatu yang saya pelajari daripada Tok adalah untuk tidak membiarkan hidup dikawal oleh tohmahan dan hinaan daripada anasir luar. Jika kita hidup dengan berintegriti, kenapa perlu kita berasa gentar? Perasaan tersebut hanyalah untuk Allah SWT, dan Allah SWT sahaja. Al-Fatihah.
Penghormatan Terakhir
Pagi ini rakyat jelata diberi pelung memberikan penghormatan terakhir kepada sultan kesayangan rakyat Kedah, Almarhum Baginda Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah bermula jam 11 pagi ini hingga 12.30 tengah hari di Istana Anak Bukit.
Ads
Menurut aturcara yang dikeluarkan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Istiadat Kemangkatan dan Pemakaman Diraja, orang ramai diminta berpakaian rasmi dan sopan ketika hadir di Balai Penghadapan istana bagi upacara tersebut.
Istiadat Kemangkatan dan Pemakaman Diraja itu akan dimulakan dengan bersiram, mengkafan jenazah serta menabur cendana pada 8 pagi.
Ini disusuli dengan solat jenazah dan penghormatan terakhir bagi orang awam dan kenamaan di Balai Penghadapan istana.
Sejurus sebelum pengiringan jenazah ke Makam Diraja Langgar untuk pemakaman, istiadat Pengisytiharan Keputusan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja dijangka berlangsung pada 1.30 petang.
Pemakaman dijangka bermula pada 4 petang disusuli dengan majlis tahlil serta doa selamat
Sumber/Foto: Instagram Sarina Iskandar, BERNAMA via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zulin Aziz bimbang dijangkiti Covid-19, seperti mana yang diketahui ramai, pelakon, pengacara dan pelawak, Zulin Aziz baru saja pulang mengerjakan umrah baru-baru ini.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Instagramnya, Zulin berasa bimbang dijangkiti Covid-19 dek kerana kini dia hilang deria bau dan mengalami batuk serta selesema.
Zulin Aziz Bimbang Dijangkiti Covid-19
Pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz yang kini sedang menjalani kuarantin juga memaklumkan dia kini sedang menunggu keputusan ujian calitan yang dilakukan di lapangan terbang sebelum ini.
Bukan itu saja dia juga sudah melakukan kit ujian kendiri Covid-19 (RTK) air liur dan hasilnya negatif buat masa ini.
“Buat masa ini, saya masih lagi menantikan keputusan ujian calitan yang dilakukan di lapangan terbang.
“Saya ada juga buat ujian calitan sendiri di rumah tapi keputusannya negatif.
“Lebih membimbangkan, deria bau saya juga mula hilang sejak semalam.
“Namun, saya bersyukur kerana tak demam, batuk dan selsema pun sudah berkurangan,” ungkapnya.
“Doakan Saya Cepat Sembuh Ya”
Zulin yang menunaikan umrah pada 21 Disember tahun lalu dan pulang ke Malaysia, Sabtu lalu terbaru telah memuat naik status memberitahu keadaan dirinya yang sudah hilang deria bau selepas empat hari menjalani kuarantin.
“Quarantine Day-4.
“Alhamdulillah syukur tak ada demam apa ke.
“Deria bau? Haaaa ghisau.
“Tadi Nak spray pewangi raudah dekat sejadah..
“Kurang bau. Spray lagi. Bau macam tak kuat.
“Ambik perfume, spray kat badan pun sama.
“Yaaa, saya baru perasan, saya hilang deria bau. Doakan saya semoga cepat sembuh ya,” tulis Zulin.
Fail Cerai, Datin Red Akui Perpisahan Jalan Terbaik. Tiada siapa merancang untuk berkahwin dan akhirnya bercerai. Namun ia adalah perkara yang tidak mustahil untuk terjadi.
Terbaru madu kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Datin Red telahpun menfailkan perceraian terhadap suaminya Datuk Red.
Fail Cerai, Datin Red Akui Perpisahan Jalan Terbaik
Menurut Datin Red tindakannya memfailkan cerai sebelum ini bukanlah atas keputusannya. Seperti mana dipetik menerusi mStar Online, Datin Red memberitahu perpisahan adalah jalan terbaik untuk dirinya dan suami.
“Saya tak nak cakap banyak sangat, apa yang saya boleh cakap, ini bukan keputusan saya. Itu saja. Tapi saya rasa ia (penceraian) adalah yang terbaik,” ungkapnya ringkas.
Pagi tadi Datin Red berada di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor bagi sebutan kedua kes tuntutan penceraian terhadap suami.
Sebelum ini Datin Red telah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red pada penghujung Januari lalu. Selain isteri pertama Datuk Red, Adira yang juga isteri keduanya turut memfailkan penceraian pada 25 Oktober tahun lalu.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bella menang, Siti Bainun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dera remaja sindrom down. Hari ini, doa orang ramai yang bersimpati dengan nasib remaja sindrom down yang didera kejam termasuk dicurah air panas termakbul.
Ramai berjuang untuk melihat keadilan pada remaja ini kerana penderitaan dilaluinya dan hari ini, kebenaran terbukti buatnya.
Bella Menang
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali Bella.
Parut yang akan kekal sehingga ke akhir hayatnya kesan didera oleh Siti Bainun
Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.
Memetik Harian Metro, pada 9 Mac lalu, kes pembelaan Siti Bainun ditutup apabila peguamnya Mohammad Farhan Maaruf memaklumkan kepada mahkamah kesemua lapan saksi selesai memberi keterangan.
Mahkamah kemudian memerintahkan pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis pada 7 April lalu manakala 14 April bagi hujahan balas sebelum memutuskan tarikh keputusan hari ini.
Siti Bainun Dijatuhkan Hukuman Penjara 12 Tahun
Sepanjang perbicaraan itu, pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Siti Bainun yang mengaku tidak bersalah menghadapi perbicaraan bermula 30 Mac 2022 dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan termasuk mangsa iaitu Bella; pengadu, Zurianty Sudin; bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur.
Pada 24 November 2022, Siti Bainun diperintah membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!