Eyra Hazali dan suaminya Muhammad Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol JDT baru-baru ini telah berkongsi tentang keadaan anak mereka yang baru berusia tiga bulan dikatakan telah mengalami masalah jangkitan paru-paru atau pneumonia.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 ini telah dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq pada 14 Ogos lalu.
Eyra Hazali, Alhamdulillah Ujian Covid Negatif
Menerusi perkongsian di entri akaun Instagramnya, Eyra memaklumkan Muhammad Hayder dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas doktor mengesan masalah pada bahagian paru-paru.
“Alhamdulillah,officially turns 3 months old today !
“First of all,thank you for all your prayers and good wishes for Hayder. Hayder was admitted to the hospital due to pneumonia ( lung infection/ jangkitan paru paru) . When his doctor told me this,I was in denial at first because he is too young to face this.
“Tengok dia kena cucuk jarum,nangis kena buat covid test ( Alhamdulillah negative) , masukkan ubat,ambil gas,Allahuakbar…But he’s such a strong boy,a fighter. My fighter. After all the cries and screaming,he still managed to give us the brightest smile and his smile makes me stronger.
“Im so sorry you have to go through this sayang,Mama would do anything to take your place,your pain. May Allah ease everything,may Allah bless you with good health and long life. Mama and papa love you so much sayang. Our Strong Boy ️”
Senyuman Hayder Buat Eyra Terus Kuat
Malah ibu muda ini juga pada mulanya tidak percaya bayi sekecil Hayder perlu berhadapa dengan penyakit itu. Namun Eyra juga akui Hayder seorang bayi yang kuat, walaupun menangis dan menjerit namun selepas itu dia mampu tersenyum. Senyuman itulah yang membuatkan Eyra terus kuat.
Seperti mana yang dipetik menerusi portal Astro Gempak, Eyra juga menyatakan anaknya kini semakin pulih dan telah dibenarkan pulang semalam.
“Dia aktif tapi tak selesa sebab ada kahak. Tapi Alhamdulillah, keadaan dia kini semakin baik dan hari ini dibenarkan pulang tapi masih perlu follow up dengan doktor,” ujarnya.
Sumber: Instagram Eyra Hazali & Astro Gempak
Sumber/Sumber Foto: Instagram Eyra Hazali
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Serum Dengan Keberkesanan Yang Dinilai Tinggi Daripada Pengguna & Terbukti Di Ujian Klinikal
Serum dengan keberkesanan yang dinilai tinggi daripada pengguna & terbukti di ujian klinikal. Ada banyak serum dijual di pasaran. Sestengahnya, over claim mengatakan serum mereka selamat digunakan dan sesuai bagi semua jenis kulit. Tapi hakikatnya, bila digunakan kulit bertambah teruk, wajah muda kelihatan lebih berusia kerana kandungannya mengiritasi kulit wajah.
Nak tahu apa serum yang boleh dipercayai dan selamat untuk semua jenis kulit kenalah baca sampai habis artikel ini.
Masih Berselindung Di Sebalik Filter? Dermistry+ Beri Kesan Booster Secara Semulajadi!
Bila sebut Dermistry, ianya berasal dari gabungan “Dermatologi dan Chemistry”.Maka jadilah Dermistry+. Jenama ini berjaya menghasilkan gabungan serum dengan formula sains yang berkesan untuk menghidrat, mencerahkan, menghaluskan pori-pori dan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, kering atau kombinasi. Dengan semua gabungan itu, tak hairanlah jenama ini telah memenangi Cosmopolitan 2020 Beauty Award!
Salah satu serum Dermistry+ yang menjadi Star productnya dan paling diminati lebh dari dua juta pengguna ialah Dermistry+ Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum. Kenapa serum ini begitu disukai ramai? Inilah keistimewaannya!
Diformulasi Secara Efektif Dengan Dos Yang Tepat
Untuk menghasilkan serum yang bagus, bahan yang digunakan pada sesuatu produk itu sangat penting untuk memastikan para pengguna mendapat hasil seperti dinyata dan diinginkan. Tahukah setiap titisan booster serum Dermistry+ direka khas dengan formula sains dengan dos yang tepat menggunakan komposisi berbeza untuk mencapai hasil yang berkesan.
Antara kandungan yang terdapat dalam serum ini seperti, 0.1% Retinol, 5% Vitamin C, 5% Niacinamide dan Enzymolyzed Lecithin. Kalau korang yang cakna tentang dunia skincare ni, mesti korang tahu yang kebanyakan bahan yang digunakan dalam serum ini merupakan bahan aktif yang membantu mencerahkan tona kulit tak sekata, penuaan pramatang dan kekusaman. Bestnya!
Vitamin C berkualiti tinggi yang sangat berkesan pada kulit anda!
Terdapat banyak penjagaan kulit yang mengandungi Vitamin C. Namun terdapat banyak jenis derivatif Vitamin C dan tidak semuanya memberikan keberkesanan yang tinggi pada kulit. Untuk menguji sama ada Vitamin C benar-benar berkesan, anda boleh mengujinya dengan menggunakan Iodin. Ultra Illuminating Brightening Concentrate Booster Serum mengandungi 5% Vitamin C, ia adalah anti-oksidan yang kuat yang boleh membantu mencerahkan kulit. Titiskan beberapa titis serum ke dalam iodin dan anda akan dapati ia bertukar lutsinar dalam beberapa saat! Lebih cepat ia menjadi lutsinar, lebih baik kuasa antioksidan.
Masih tak Percaya Lagi? Ini keputusan Lagi!
Ujian klinikal membuktikan dengan penggunaan serum ini, 87% mencerahkan tona kulit dan 87%. Inilah buktinya, bukan cakap kosong semata! Dermistry+ Booster Serum memang direka khas untuk menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat dan memberikan hasil klinikal yang terbukti bagi merawat semua masalah kulit korang.
Mengikut Piawaian Farmaseutikal Selama 100 Tahun!
Wow 100 tahun? Sudah se abab lamanya. Jangan tak percaya, serum Dermistry+ ni dikeluarkan mengikut piawaian farmaseutikal selama seratus tahun dari Rohto! Antara tempat kajian dan penyelidikan terhadap kandungan di dalam serum ini dibuat adalah di Rohto Research Village Kyoto (RVK), Jepun dan Ueno Technocenter, Yokohama
Bukan itu sahaja, serum Demistry+ di hasilkan dibawah garis panduan GMP yang ketat bagi menawarkan rangkaian serum yang pekat dan komprehensif yang mampu mengatasi pelbagai masalah. Tak hairanlah, dengan pasukan R&D yang hebat, Vitamin A (Retinol) dan Vitamin C berjaya digabungkan dan mendapat hasil yang optimum di dalam serum Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum. Sebab itulah serum ini sangat best dan berkesan untuk semua jenis kulit dan korang pasti tak menyesal menggunakannnya.
Serum Ini Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
Ramai pernah tertipu, pakai serum dan memang nampak perubahannya dalam tempoh cepat.Ramai memuji tapi kemudian kulit muka bermasalah. Bila disemak, rupanya produk digunakan mengiritasikan kulit wajah. Masa tu, rasa nak menangis pun ada kerana rasa tertipu! Memang stres jadinya.
Tapi apa yang buat kami tertarik dengan Dermistry+ Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum ini adalah kerana bahan-bahan digunakan bebas daripada wangian, alkohol, pewarna, minyak mineral, silikon, dan paraben, menjadikannya sesuai kepada semua orang walaupun kulit korang sensitif. Sesuai dengan tagline “The Serum Expert”. jenama ini semestinya dapat memenuhi citarasa setiap para pengguna!
Dicuba & diuji oleh pengguna-pengguna
Ramai pengguna juga telah mencuba produk ini dan mendapati kulit mereka menjadi lebih sihat dan cerah dalam masa 14 hari.
Packaging Premium Tapi Harga Sangat Berpatutan
Dengan packaging yang agak premium, mungkin ramai menyangka produk ini mahal. Hitam itu premium! Sebenarnya, reka bentuk dan packaging Dermistry+ ini mencerminkan komitmennya terhadap kebersihan dan estetik saintifik.
Walaupun nampak premium, jangan risau! Hanya pada harga RM90 setiap botol korang boleh pilih dari kelima-lima jenis serum Dermistry+ seperti:
- Dermistry+ Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum
- Dermistry+ Pore Refining & Spot Correcting Concentrate Booster Serum
- Dermistry+ Intensive Hydrating Concentrate Booster Serum
- Dermistry+Restorative Radiance Concentrate Age Delay Booster Serum
- Dermistry+ Prebiotics Activating Concentrate Booster Serum
Tunggu apa lagi! Jom cantik bersama-sama dengan Dermistry+ di semua rangkaian Watson. Lebih mudah, beli sahaja di Shopee dan Lazada. Senang! Sila ikuti Facebook dan Instagram Dermistry+
#Dermistry
#DermistryMalaysia
#SerumExpert
#PreciseDosageBoosterSerum
#BoosterSerum
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisah KekuatanMu, KecantikanMu, Jadi Inspirasi Wanita Meneruskan Kehidupan
Secara tak langsung, rambut yang sihat dan kuat membuatkan ramai wanita di luar sana terus positif menghadapi dugaan mendatang. Menyedari bahawa kekuatan wanita datang dari dalam, Dove mengambil inisiatif berkongsi kisah wanita luar biasa menerusi Kempen KekuatanMu, KecantikanMu agar menjadi inspirasi buat wanita di luar sana.
Kali ini Dove mengambil inspriasi dua kisah wanita luar biasa ini untuk memberi motivasi kepada wanita di luar sana yang turut dibelenggu masalah yang sama. Kadang-kadang dalam masalah orang lain terselit inspirasi buat anda untuk teruskan semangat hidup.
Kedua wanita ini mendapat kekuatan dalaman apabila bebas daripada masalah rambut yang membelenggu. Ujian yang berat dihadapi ternyata tidak mematahkan semangat kedua-duanya.
“Ada ketikanya saya benar-benar sedih, rasa diri keseorangan. Kenapa saya mendapat ibu, ayah macam ni… tapi saya tak nak mengubah mereka dan saya tak mahu ibu, ayah yang lain. Saya satu-satunya peluang mereka dan saya akan memikul tanggungjawab ini.” – Ashiqeen.
Sedari kecil, Ashiqeen dibesarkan dalam suasana yang agak tertekan tidak membuatkan dia putus asa dengan hidupnya. Sebaliknya ujian dalam hidup membuatkan wanita ini bertambah kuat untuk menempuh hari mendatang dengan membuktikan dia juga mampu mengejar cita-citanya untuk bergelar seorang peguam.
Sharifah terus bangkit menguruskan empat anaknya walaupun kadangkala tewas juga dengan perasaan sendiri. Maklum sajalah perlu menjadi ibu dan ayah dalam masa serentak kerana jauh daripada suami.
“Suami terkandas di Singapura, anak mestilah kerap bertanya mana daddy, kenapa daddy tak balik. Memang rasa penat terpaksa uruskan empat anak seorang diri dan dalam masa yang sama perlu bekerja.
“Saya rasa penat, hampir putus asa dan kesannya rambut saya mulai gugur dengan banyak. Setiap kali rasa putus asa, saya bertanya pada diri, siapa lagi yang akan menjaga mereka. Pendorong dan semangat kekuatan saya sebenarnya adalah anak-anak.”- Sharifah.
Peluang Untuk Menang Hadiah
Selain meraikan dua wanita hebat ini, Dove juga memberi peluang istimewa buat semua untuk memenangi hadiah dalam meraikan insan terhebat dalam hidup kalian. Setiap orang pasti saja mempunyai individu atau idola yang menjadi sumber inspirasi atau kekuatan selama ini.
Jom sertai kempen ini dengan cara yang cukup mudah bermula 1 hingga 28 Februari ini.
Langkah 1:
Calonkan nama seorang wanita yang mempunyai kekuatan dalam hidup anda dan muat naik gambar mereka ke Instagram dengan kapsyen (kurang daripada 100 perkataan)
Langkah 2:
Jangan lupa sertakan sekali #dovemy dan tag @dovemy. (Pastikan profil anda ditetapkan kepada PUBLIC)
Langkah 3:
Jika anda terpilih, anda akan berpeluang memenangi set pengering rambut berjenama dari Dove yang bernilai RM2199.
Kekuatan Diri Datang Dari Dalam
Rambut gugur boleh menjadi satu mimpi ngeri terutama bagi golongan wanita tidak kiralah bagi yang bertudung atau tidak. Keguguran rambut sebenarnya berpunca daripada pelbagai perkaranya, antaranya:
- Tekanan fizikal
Sebarang jenis pembedahan trauma fizikal, kemalangan kereta, atau penyakit yang teruk boleh menyebabkan kehilangan atau keguguran rambut.
- Tekanan emosi
Tekanan emosi kurang berkemungkinan menyebabkan keguguran rambut berbanding daripada tekanan fizikal, tetapi ia masih boleh berlaku. Ditinggalkan seorang diri, berjauhan dengan suami juga menjadi punca kepada rambut gugur.
- Kehamilan
Kehamilan adalah satu contoh jenis tekanan fizikal yang boleh menyebabkan keguguran rambut (selain hormon). Kehilangan rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat lebih ketara selepas bayi anda dilahirkan.
- Keturunan
Rambut gugur dan makin menipis di kalangan wanita juga kadang-kadang juga berpunca daripada keturunan.
- Hormon wanita
Perubahan dalam keseimbangan hormon yang berlaku semasa menopause dan pengambilan pil kawalan kelahiran mungkin juga menjadi punca rambut gugur.
Dilengkapi dengan kalsium micellar, rangkaian syampu Dove ini mampu menyuburkan rambut, mumulihkan dan melembapkan rambut rosak daripada akar sehingga hujung seterusnya mengurangkan keguguran rambut sehingga 10 kali lebih berkesan.
Sudah tentu, dengan penggunaan produk syampu yang sesuai akan membuatkan rambut wanita bertambah kuat dan sihat. Secara tidak sedar, rambut yang sihat membolehkan wanita sentiasa tampil yakin, kuat dan cantik sama ada dari dalam atau dari luar dalam menghadapi setip ujian yang mendatang.
Oleh itu jangan ketinggalan dapatkan sebotol sebotol kekuatan anda dari Guardian hari ini & dapatkan Kapsul Vitamin Dove PERCUMA* dengan pembelian RM60 untuk produk penjagaan rambut Dove (termasuk 1 unit produk rambut Dove Micellar).
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanpa Google Tiada Masalah, Huawei App Gallery Sempurnakan Kehidupan Kita Semua
Sebelum ini tentu kita berfikir dua kali sama ada ingin meneruskan hasrat untuk membeli rangkaian telefon Huawei kerana peranti HUAWEI kini tidak lagi disertakan dengan aplikasi Google.
Sekarang, kita tidak perlu bimbang kerana HUAWEI telah memperkenalkan gedung aplikasinya tersendiri iaitu HUAWEI AppGallery untuk semua perantinya.
Jadi walaupun tanpa google tiada masalah, Huawei AppGallery akan sempurnakan kehidupan kita semua. Amat memudahkan, kebanyakan aplikasi yang sering digunakan di negara ini terdapat di AppGallery.
Dengar sahaja mungkin membuatkan anda tertanya-tanya apakah yang menarik tentang HUAWEI AppGallery? Tonton video ini membandingkan Google Play Store vs HUAWEI AppGallery :
Apa yang perlu kita tahu adalah kini pengguna tidak perlu risau lagi kerana apa saja aplikasi dan perkhidmatan Google Play Store, Huawei AppGallery juga mempunyai aplikasi dan fungsi yang serupa.
Jika Google Play Store hanya terkenal dengan aplikasi Gmail, berbeza sekali dengan aplikasi emel HUAWEI, ia mampu menyambungkan lebih daripada satu domain emel termasuklah Gmail.
Perkara ini dalam bahasa mudahnya dapat membantu pengguna mengakses emel peribadi dan pejabat dengan hanya satu aplikasi.
Di samping itu, peranti mudah alih HUAWEI AppGallery juga memiliki fungsi dan aplikasi lain yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita setaraf dengan Google iaitu:
HUAWEI Cloud
HUAWEI Cloud menyediakan kemudahan penyimpanan sehingga 50GB percuma selama setahun berbanding Google yang hanya menyediakan storan 15GB percuma.
HUAWEI Video dan HUAWEI Music
Bagi menandingi Google Play Music dan aplikasi Google Movie & TV, HUAWEI Video memberikan akses premium percuma selama tiga bulan.
HUAWEI MEETime
Biar pun kita dalam keadaan pencahayaan rendah atau keadaan rangkaian yang lemah, HUAWEI MEETime tetap memberikan prestasi audio dan resolusi video yang stabil dengan peranti HUAWEI lain.
Dalam masa yang sama, pengguna juga dapat berkongsi skrin dengan rakan bagi mendapatkan pandangan untuk membeli-belah atau membantu mak,ayah menggunakan telefon mereka dengan menunjukkan langkah demi langkah.
Selain itu, HUAWEI MEETime juga mengizinkan pengguna menikmati panggilan yang menarik, pertemuan yang produktif dan pemandangan berlainan biarpun hanya di alam maya.
Di samping itu, aplikasi HUAWEI Theme atau Member Center juga merupakan kelebihan HUAWEI AppGallery yang tidak dimiliki Google semata-mata diwujudkan bagi memenuhi semua keperluan pengguna.
HUAWEI AppGallery dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada pengguna seperti menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.
Di samping itu, aplikasi HUAWEI Theme atau Member Center juga merupakan kelebihan HUAWEI AppGallery yang tidak dimiliki Google semata-mata diwujudkan bagi memenuhi semua keperluan pengguna.
HUAWEI AppGallery dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada pengguna seperti menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.
HUAWEI telah memperkenalkan satu ciri baru iaitu Quick Apps yang terdapat di HUAWEI AppGallery yang membenarkan pengguna menggunakan mana-mana aplikasi di bahagian Quick Apps tanpa perlu memuat naik lagi.
Quick Apps ialah fungsi eksklusif yang dicipta HUAWEI di pasar aplikasi mereka, AppGallery.
Berfungsi sama seperti aplikasi lain tetapi pengguna tidak perlu membuang masa dan data untuk memuat turun aplikasi kerana ia boleh berfungsi serta merta.
Jangan ketinggalan, sebilangan besar aplikasi popular yang sering digunakan rakyat Malaysia kini terdapat di Huawei AppGallery.
Dengan kepelbagaian aplikasi yang ditawarkan AppGallery, menggunakan peranti HUAWEI pastinya akan lebih menyeronokkan dan mudah.
Dapatkan produk terbaru (HUAWEI Siri P40, HUAWEI MatePad Pro, HUAWEI Watch GT2e) di HUAWEI Online Store
Video : https://www.youtube.com/watch?v=24WHoFqNMVY&feature=youtu.be
Untuk maklumat lanjut mengenai AppGallery, layari https://consumer.HUAWEI.com/en/mobileservices/appgallery/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI