Sayangnya Allah Pada Kita, Makan & Salin Pakaian Pun Dosa Dipadam. Ini Perkongsian UAI

Share

Sayangnya Allah pada kita, makan & salin pakaian pun dosa dipadam. Ini perkongsian Ustaz Azhar Idrus. Betapa Allah sayangkan umatNya. Di saat kita mungkin merasakan ada melakukan dosa-dosa dan sentiasa memohon keampunan dari Allah taala, sebenarnya amat mudah Allah menghapuskan dosa walau hanya di saat kita sedang makan mahupun melakukan perbuatan menyalin pakaian.

Dalam satu perkongsian oleh Ustaz Azhar Idrus di fbnya memaklumkan dosa akan terhapus sebab makan mahupun menyalin pakaian. Baca kemusykilan ditanya oleh seorang pembaca kepadanya.

Saya ada dua soalan pasal perkara yang memadamkan dosa yang telah dilakukan. Bagaimana dikatakan dosa bolih terhapus sebab makan dan pakai baju? Ada saya baca dalam satu posting dalam facebook. Adakah benar dosa diampun sebab susah hati? Jadi kalau kita susah hati sebab duit tak ada pun hapus dosa kita juga ke?

Sayangnya Allah pada kita

Jawapan :

Memang benar di antara sebab diampunkan dosa seorang mukmin itu ialah ketika dia makan dan memakai pakaian.

Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. sungguhnya Rasulullah saw telah bersabda :
مَنْ أَكَلَ طَعَامًا ثُمَّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَمَنْ لَبِسَ ثَوْبًا فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا الثَّوْبَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ

Artinya : “Barangsiapa makan akan satu makanan kemudian dia berkata : Segala puji bagi Allah yang telah memberi aku makan akan makanan ini dan merezekikan aku makanan ini dari ketiadaan upaya daripada aku dan ketiadaan kekuatan necsaya diampunkan baginya apa yang telah lalu dari dosanya dan apa yang terkemudian.

Dan barang siapa memakai ia akan satu pakaian lalu dia berkata : Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku akan pakaian ini dan merezekikan aku pakaian ini dari ketiadaan upaya daripada aku dan ketiadaan kekuatan nescaya diampunkan baginya apa yang telah lalu daripada dosanya dan apa yang terkemudian.” (Hadith riwayat Abu Daud & Tirmizi).

BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI :- (VIDEO) Ustaz Pesan, Carilah Isteri Rajin Masak Bukan Pandai Masak, Ada Bezanya!

Beza Adik Beradik ‘Betul’ Vs Tiri, Mahram Dengan Bukan Mahram, Jangan Salah faham!

“Mak Pesan Bila Meninggal, Bahagikan Harta Pada Adik,” TIDAK SAH, Tetap Ikut Faraid

Makan & Salin Pakaian Pun Dosa Dipadam

Hadith ini menerangkan bahawa siapa yang makan dari suatu rezeki yang diberikan olih Allah kepadanya lalu dia memuji akan Allah atas nikmat tersebut maka Allah akan menghapuskan dosanya yang telah lalu dan yang terkemudian.

Dan begitu juga dengan orang yang memakai akan pakaian kemudian dia memuji akan Allah atas nikmat tersebut maka dosanya yang telah lalu dan akan datang juga diampunkan oleh Allah Taala.

Dan berkenaan soalan kedua memang benar apabila seorang mukmin ditimpa kesusahan dalam hatinya juga adalah penyebab dosanya diampunkan olih Allah Taala.

Telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Rasulullah saw bersabda :

ما مِن مُصِيبَةٍ تُصِيبُ المُسْلِمَ إلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بها عنْه، حتَّى الشَّوْكَةِ يُشاكُها

Artinya : “Tiada dari musibah yang menimpa seorang Islam melainkan Allah menghapuskan dengan sebabnya daripadanya sehingga duri yang mencucuknya.” (Hadith riwayat Bukhari)

Dan lebih jelas lagi sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda :

مَا يُصِيبُ المُسْلِمَ ، مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ ، وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا ، إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Artinya : “Tiada menimpa akan seorang Islam dari kepenatan dan penyakit dan kegusaran dan kesedihan dan suatu yang menyakiti dan susah hati sehingga duri yang mencucuknya melainkan Allah menghapuskan dengan sebabnya dari segala kesalahannya.” (Hadith riwayat Bukhari)

Hadith-hadith ini menjadi dalil bahawa memuji Allah selepas makan dan minum itu menghapuskan dosa.

Dan begitu juga kesedihan yang menimpa seorang mukmin juga menjadi sebab dihapuskan dosanya olih Allah Taala dengan syarat dia sabar dengan musibah yang menimpanya dan redha dengan ketentuan Allah berlaku musibah itu atas dirinya.

Berkata Imam Al-Qastallani :

وفيه رد على قول القائل إن الثواب والعقاب إنما هو على الكسب والمصائب ليست منه بل الأجر على الصبر عليها والرضا بها فإن الأحاديث الصحيحة صريحة في ثبوت الثواب بمجرد حصولها وأما الصبر والرضا فقدر زائد لكن الثواب عليه زيادة على ثواب المصيبة.

Artinya : “Pada hadith ini menolak perkataan orang yang mengatakan pahala dan siksa hanyalah atas usaha dan segala musibah tidak termasuk usaha bahkan pahala itu ialah sebab atas sabar atas musibah itu dan redha dengan musibah itu. Maka sungguhnya sekelian hadith ini jelas pada menyabitkan pahala dengan semata-mata berlakunya musibah. Dan ada pun sabar dan redha itu maka sungguhnya yang lebih pula ia akan tetapi pahala atasnya itu bertambah atas pahala musibah.” (Kitab Irsyad As-Saari Syarah Sahih Al-Bukhari).

Ini Perkongsian Ustaz Azhar Idrus

Kesimpulan :
Setiap kali orang mukmin makan dan minum kemudian dia ingat kepada Allah dan memuji-Nya atas nikmat yang telah diberikan nescaya akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang kemudian akan tetapi disyaratkan bahawa makanannya itu dari harta yang halal.

Ada pun memakan yang haram maka yang pasti ialah semakin banyak menambah dosa.
Dan demikian juga dengan orang mukmin yang tiap kali memakai pakaian dia akan menyebut Alah dengan memuji-Nya atas nikmat tersebut nescaya diampunkan dosanya seperti itu juga.

Segala musibah yang menimpa orang mukmin daripada penyakit dan kesusahan dan kepenatan dan kesedihan dan lainnya yang dibencinya apabila dia redha dan sabar nescaya akan dihapuskan dosa dan kesalahannya sebab musibah tersebut.

Menurut jumhur ulamak dosa yang diampunkan itu ialah dosa kecil manakala sebahagian ulamak berkata segala dosa besar dan kecil.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
almaswa Haji Che Ros