Sayang Pada Pasangan Pun Ada Hadnya, Pastikan Pengorbanan Berbaloi, Elak Menyesal Kemudian Hari!

Share

Siapa tak sayang pasangan. Dialah orang yang kita berkongsi bantal, susah senang bersama. Tapi sayang pun kena ada hadnya. Jangan hanya isteri sayang tapi suami hanya endah tak endah saja.

Sebenarnya, hati wanita ini cukup lembut. Apabila dia berkahwin, seluruh jiwa raganya diserahkan segalanya pada pasangan. Baik buruk perangai suami, hanya isteri yang tahu. Malah, tidak keterlaluan, ada isteri yang terlalu bergantung pada suaminya.

Inilah yang membuatkan ada pasangan yang mengambil peluang. Dia tahu isteri terlalu sayang, sampai sanggup menduakan. Adilkah begitu?

Sebagai wanita dan juga isteri, sayang kena ada hadnya, kena sayang diri sendiri juga. Jangan kerana terlalu sayang, diri sendiri yang merana. Mengupas tentang artikel dalam Mingguan Wanita sebelum ini yang mana isteri sanggup merayu pada kekasih suami agar tidak merampas suaminya boleh dijadikan panduan untuk isteri di luar sana.

Malah, Marlia Ramli dalam perkongsiannya turut meminta supaya para isteri kena letak had sayang pada pasangan. Bukan tidak sayang langsung tapi biarlah sayang bersyarat. Biarlah pengorbanan yang isteri lakukan selama ini berbaloi.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Berkat Belanja RM1, Suami Tumpang Rezeki Isteri Dan Anak

Kalau Suami Jenis Yang Memahami, Isteri Diam Terus Dia Gelabah

Info Lebih Menarik DI SINI

 

Sayang Ada Hadnya, Kasih Sayang Bersyarat

Wanita, dalam perkahwinan supaya tak ralat dan tidak menyesal kemudian hari :

1) Belajar menjana wang sendiri. Mesti perlu ada ilmu menabung dan melabur. Miliki aset sendiri.
2) Disiplin kan diri menabung setiap bulan sebagai simpanan “rahsia”. Portion ini tak akan diberitahu sesiapa.
3) Berkawan dengan ramai orang lain kat luar. Pastikan kawan lelaki dan kawan wanita anda merupakan circle berilmu. Jangan terkurung hanya dalam soal rumahtangga.
4) Seawal kahwin biasakan suami dan anak-anak cuci pinggan masing-masing selepas makan. Kemas cadar, tutup plug. Ini bukan tugas berat namatey. Elak ada mindset isteri berminda pelayan. Hubungan begini memenatkan.
5) Latih suami dan anak-anak bekerjasama kemas rumah. Wujudkan suasana, sama-sama penat nanti sama-sama rehat. Kebanyakan kes curang sebab suami banyak masa lapang.
6) Letak had dalam kasih sayang. Nak pakaikan suami stokin, boxer bagai? Silakan. Tapi pastikan ia berbaloi dengan pengorbanan. Sayangi pasangan sebanyak mana dia sayangkan anda. Win-win.
7) Wanita hari ini perlu berprinsip. Kasih sayang perlu bersyarat. Selagi suami setia, tak ambik dadah, tak pukul dan bertanggungjawab. Selebihnya? Sayangi diri juga. Berhati-hati menguruskan dana persaraan diri.
8) Bersuara bila perlu. Elak lembik seperti puding jagung. Jangan lupa wali keramat iaitu ibu bapa. Tidak ada ibu bapa di dunia melahirkan anak gadis untuk menagih kasih pada sesiapa
9) Letak had. Bersedia untuk melangkah pergi bila perlu. Bersabar seumur hidup itu terlalu lama. Pasangan hanya pinjaman.

Salam sayang, LETAK HAD DARLING! Please…

MingguanWanita : Selalu kita dengar, carilah lelaki yang sayang kan kita lebih dari kita sayang dia. Betul ke? Cuba komen

Sumber: Marlia Ramli

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora