Sekarang ini musim jamuan raya anak-anak sekolah. Maklum sajalah, masih lagi dalam bulan Syawal. Di negara kita ini sememangnya unik, selagi belum habis bulan raya, selagi itulah akan diraikan.
Tak salah pun sebenarnya, sebab dengan cara ini pun dapat merapatkan ukhuwah dan silaturahim. Nak-nak dah dua tahun kan tak dapat meraikan Hari Raya dengan penuh meriah.
Baik dengan kawan-kawan mahupun saudara mara.
Pernah juga terbaca, satu isu diutarakan tentang jamuan raya anak-anak ini. Bila mana, makanan yang mak bekalkan pada anak, sayangnya juadah tidak berusik.
Sememangnya boleh terjadi hal-hal semacam itu. Lagi-lagi bila setiap anak-anak, masing-masing bawa juadah. Tapi, tentunya pihak sekolah pun meneliti hal sebegini.
Kalau tidak habis, bolehlah cikgu agihkan pada anak-anak. Masukkan makanan yang tidak berusik dalam bekas makanan yang anak-anak bawa. Ini pun satu cara juga.
Baca sini : Strawberry Peanut Butter Sandwich, Menu Paling Laris Masa Potluck Sekolah Anak
Namun, apa yang menarik perhatian bila mana ibu ini Mumymaria Mohamad kreatif menyediakan juadah jamuan raya untuk anak-anaknya yang berada dalam tahun 1 dan tahun 5.
Akui ibu ini, inilah juga cara yang pernah dipraktikkan sebelum ini. Memandangkan dirinya tidak pandai memasak rendang apatah lagi membuat kuih muih.
Jadi, ibu berkreatif dengan kemahiran yang dimiliki.
Kongsinya, “jamuan sekolah.. selagi tak habis raya gini ler.. Acik memang tak pandai buat rendang, kuih muih bagai… pandai goreng bihun dengan fries je..
“Ni pun ulang teknik 4 tahun lepas… habis idea dah. Takpe lah janji menarik perhatian anak-anak kat jamuan tu nanti. Kalau tak membazir, sayang makanan..”
Sungguh.. lagi-lagi ketika ini boleh dikatakan agak sukar untuk mencari barangan makanan. Antaranya, ayam. Dalam berdepan kekurangan makanan
ini, penting untuk mendidik anak-anak agar menghargai makanan yang terhidang di depan mata.Semoga perkongsian ibu ini dapat memberi idea kepada mak-mak yang sedang berkira-kira untuk menyediakan juadah jamuan raya anak-anak di sekolah.
Cari BIHUN di sini : https://invol.co/clawu6s
Sumber/Foto : Mumymaria Mohamad