Sayang Biar Berpada, Susahlah Kalau Nak Jentik Anak Pun Tak Boleh

Terlalu sayangkan anak sampai apa anak buat semua betul di mata, bila orang lain tegur kesilapan anak, mak ayah tak boleh terima. Oh! Itu bahaya.

Biar hebat mana sekalipun, adab dan budi bahasa itulah tunjang kekuatan seorang insan. Jangan sampai hilang hal yang satu ini, disebabkan terlebih ‘sayang’nya mak ayah pada anak.

Ibu ini, Firda Ashaary berkongsi pesan. Semoden mana pun kalian, adab itulah yang perlu dipelihara dalam diri sendiri mahupun anak-anak.

Seawal Darjah 3, Dah Dibekalkan Smartphone

Zaman hari ni, aku pasti ramai ibubapa dan waris yang membekalkan smartfon pada anak masing-masing untuk kegunaan harian.

Adooo yang biasa-biasa, adoo yang canggih-manggih. Ikut level kemampuan lah kan, tak kisah lah yang tu. Kita hormati cara masing-masing dalam mendidik anak.

Macam aku ni mungkin old school sikit lah sebab anak-anak aku, dua-dua orang tu takdak smartfon. Baik si Kakak yang darjah6, mahupun Suffian yang darjah4. Belum sampai masa aku gitau diorang.

Nak gugel info, laptop ada kat rumah. Sila guna. Pergi sekolah, Mama hantar. Balik sekolah, Mama jemput. Jadi belum ada kepentingan untuk ada henfon sendiri. Tak perlu lagi. Itu keputusan kami suami isteri.

Okay berbalik pada topik anak-anak yang dibekalkan smartfon ni, waris sesekali perlulah pantau aktiviti anak-anak.

Apa penggunaan yang diorang explore. Sama ada diorang bukak you tube, google, instagram, FB, twitter, wechat, wassap dan sebagainya.

IKLAN

Wajib pantau!

Bukan bagi dengan sepenuh kepercayaan semata-mata. Itu pendapat aku yang old school ni lah. Maaf kalau salah.

Kadang-kadang seawal darjah 3, diorang dah ada group kelas. Kemain, habis waris lain pun di add masuk. Kita perati ja perangai sorang-sorang. Apa yang diorang sembangkan, nak tegur lebih-lebih anak orang. Susah pula. Tak tahan mata, tahan jari sebab kadang cikgu dok share homework di situ.

Ada waris yang bila kita tegur kelakuan anak diorang di wassap group, diorang akan jawap,
“ITU HAL BUDAK-BUDAK puan, tak perlulah ambil serius sangat. Nama pun budak.”

Jadi, kalau dah waris sendiri ambil mudah, anggap benda tu remeh dan tak salah, anak diorang takkan pernah rasa bersalah walaupun dengan tanpa segan silu dan kurang adabnya mesej thru waris budak lain.

IKLAN

Nampak contoh chat di atas?

Ini adalah salah satu contoh betapa kurangnya penekanan dan pemantauan dari ibubapa sehingga anak diorang yang mungkin ada henfon sendiri, menggunakan aplikasi wassap dan dengan BERANInya sound waris lain. Sikit tak takut, sikit tak risau.

Memang hal budak-budak ja sebenarnya ni. Hal sesama diorang kat sekolah, kau usik aku. Aku usik kau. Kau kenen aku, aku kenen kau. Macam kita dulu-dulu jugak, tapi bezanya kita dulu mana berani balik bagitau mak. Nak mampos kena libas!

Tapi budak-budak sekarang dibawaknya balik dan tanpa segan silu mesej sendiri pada mak rakannya.
Hah!

Alahhh budak-budak kan? Biarlah. Hurmmm,

Gais,
Sebab budak lagi lah kena tegur. Kena pantau. Nanti kalau dah jadi buluh, tak guna dah nak tegur. Silap-silap cikgu pun dia tumbok.

IKLAN

Sayang anak tu biarlah berpada, tak salah pun kalau nak tangan-tangankan. Mak ayah kita dulu ajar kita guna tangan jugak kadang tu, dan hasilnya hari ni kita jadik orang kan? Orang yang dalam erti kata tahu adab dan hormat orang lain. Susahlah kalau nak jentik anak pun tak boleh.

Baca sini : Dapat Mak Mentua Baik Pun Rezeki, Bukan Semua Menantu Dapat Rasa

Anak Depan Kita Lain, Belakang Lagilah Tak Sama

Ajarlah adab dan tatasusila cara-cara menghormati orang lain atau orang yang lebih tua. Janganlah terlalu moden hingga adab dan tatasusila tu dah makin dilupakan. Pandai mana pun, kalau adab kelaut, tak guna jugak. Biarlah anak tu best student yang score straight A+ ke, tiap-tiap tahun naik pentas ambik anugerah cemerlang ke, tapi kalau takdak adab, sedih betul.

Kita kena ingat, anak kita ni kadang depan kita lain, belakang kita lain. Tak pelik pun, kita pun kadang begitu kan? Jadi kalau ada orang tiba-tiba datang mengadu hal perilaku anak kita tu, cubalah ambil perhatian. Mungkin betul, mungkin juga salah.

Kita sebagai ibubapa selidiklah dulu, jangan terus menyebelahi anak sendiri. Jangan! Nanti anak jadi melampau, dia dah tak takut, tak kisah pun sebab dia pasti mak ayah dia pasti bekap dia.
Begitulah.

Maaflah, andai ada yang kurang setuju dengan tulisan aku ni. Ini cuma pendapat aku, dari sorang mak-mak yang old school.

#SuffianSuffiya
Sedih bila tengok anak-anak yang kurang penekanan bab adab ni. Allahu. Makin moden, adab makin ditelan arus.
Bincangkan.

Sumber/Foto : Firda Ashaary

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI