Saya Tolak Kad OKU Sebab Nak Anak Belajar Macam Budak Normal, Rupanya Setahun Dia Jadi Mangsa Buli

Share

Tak mudah nak terima hakikat anak yang dikandung 9 bulan, istimewa sifatnya. Siapa pun akan alami kejutan dan ambil masa terima ketentuan rezeki tuhan ini. Mak ayah yang tak terima anak istimewanya itu langsung pun ada.

Mungkin mulut kata terima, tapi hati belum benar-benar ikhlas menerima kehadiran anak istimewa. Ikhlas di sini bermaksud mak ayah terima kekurangan sifat dan sikap anak lalu boleh berlapang dada dengan ketaksempurnaan itu.

Ibu yang menerima takkan memaksa anak mengikut kehendaknya. Mendesak anak menjadi seperti apa yang ada dalam fikiran mak ayah. Sebaliknya, mak ayah yang bertoleransi dan sedaya upaya memahami daya terhad anak tercinta.

Bila mak ayah masih menidakkan takdirnya, sukarlah untuk anak istimewa merasai bahagia. Perkongsian kisah daripada Puan Nurbaya Hamsan, 40 yang dianugerahkan anak istimewa, Dzarif Hasyim, 13 juga pernah melalui situasi seperti yang digambarkan di atas.

Sampai satu masa, apabila anak istimewanya itu dibuli, diejek ‘gila’ sampai hilang ceria pada si anak barulah ibu ini tersedarkan sesuatu. Betapa anak ini sebenarnya memerlukan satu kad penyelamat untuk anak-anak istimewa sepertinya, iaitu KAD OKU.

 

Perlukah Dzarif Ada Kad OKU?

Anak saya, Dzarif, berumur 13 tahun, di PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi).

Anak saya diagnosis lewat, pada umur 5 tahun, sebab mak yang kurang ilmu mengenai Autism pada masa itu walaupun seawal umur setahun dah nampak kelainannya. In denial? Yes, of course. Perkara besar sebegini, mana ada parents yang dapat terima bulat-bulat kan.

Saya tak nak jadi hipokrit. Saya mengaku saya in denial. Dan kerana sikap saya yang pentingkan diri sendiri dan terlupa sebenarnya anak saya yang patut diutamakan, dia menjadi mangsa.

Diagnosis Dzarif adalah Pervasive Developmental Disorders , rasanya dah tak ada dalam DSM lagi. Di borang masuk sekolah , psychiatrist tulis Childhood Autism.

My son is mild autism with high functioning. Nampak macam bagus je kan diagnosis ni. Dan kerana ingat anak saya mild lah, saya buat satu kesilapan. Saya tolak untuk register kad oku untuk anak saya.

Saya masukkan dia ke private school , aliran perdana.

Sebab saya ingat anak saya boleh.

Saya nak anak saya belajar dan ke sekolah seperti ‘budak normal’ yang lain. Saya nak dia jalani ‘kehidupan normal’.

Saya nak dia macam budak yang lain.

Nampak kan? Semuanya apa yang saya nak, bukan apa yang anak saya perlukan. Dan sepanjang tempoh persekolahan selama setahun darjah 1, walaupun bukan pelajar cemerlang, dia tidak menghadapi masalah dalam pembelajaran. Namun, yang menjadi masalah adalah dia menjadi mangsa buli.

Dipanggil GILA dalam van sekolah dan di sekolah hampir setiap hari.

Pernah dibuli secara berkumpulan sehingga ada yang menarik seluar nya.

Pernah dia lari ketakutan menyorok di tandas sampai pemandu van dan ayah dia cari tak jumpa.

Emotionally disturbed sampai dari seorang happy child menjadi seorang anak yang pemarah.

Dan bermacam lagi perubahan ketara yang dapat dilihat sepanjang persekolahan itu. Keluar masuk bilik psychiatrist dan psychologist adalah perkara biasa.

Dan kerana ini saya sedar, tempat anak saya bukan di situ. Its not about what I want anymore, but its about my son.

 

Kad OKU Bukan Sekadar Kad, Ia Seakan Pelindung Anak

Saya berhentikan sekolah, dan saya masukkan dia PPKI. Tapi sebelum ke PPKI, sekali lagi kad OKU menjadi masalah bagi saya.

Walaupun selepas 2 tahun diagnosis, saya tidak membuat kad OKU untuk Dzarif. Bagi saya, kalau ada kad OKU tu maka bermakna betullah anak saya itu OKU.

Betapa cetek ilmu dan pandangan saya pada masa itu. Tetapi atas nasihat psychiatrist, paeds anak, rakan-rakan di sini, guru PPKI yang saya kenal personally, saya kuatkan semangat untuk membuat kad OKU anak. Kerana saya inginkan yang terbaik untuk dia.

Dan selepas itu baru saya sedar, ia nya bukan sekadar kad. Ia seolah-olah ‘perlindungan’ untuk anak kita.

Benefits yang ada bukan hanya pada masa ini, tapi juga pada masa hadapan terutamanya jika dia berpeluang belajar ke peringkat kolej/universiti.

Bukan setakat itu, jika tidak dapat belajar pun, masih lagi berpeluang mendapatkan elaun tidak bekerja. Tetapi benefits kad oku bukan setakat elaun tetapi bermacam lagi seperti yang selalu dibincangkan di sini.

Dan kini, umur Dzarif 13 tahun di sekolah menengah PPKI. He is one happy child again dari tahun pertama di PPKI pada umur 8 tahun.

Tiada kejadian buli.

Tiada kejadian di panggil gila.

Tiada kejadian menangis balik dari sekolah.

Tiada lagi muka marah-marah setiap kali ke sekolah.

Alhamdulillah , Allah mudahkan segala urusan, dan tempat Dzarif adalah di PPKI. Dan kini dia di kelas menjahit. Tak pernah pegang benang dan jarum , tak pernah guna mesin jahit tetapi sudah pandai jahit langsir, seluar dan projek terkini skirt.

So parents , terutamanya anak yang masih kecil, please don’t give up. Dan jangan terlampau obsessed dengan diagnosis.

Anak yang mild tak semestinya mild hingga ke dewasa. Kadangkala persekitaran , keadaan dan situasi anak itu kita harus ambik kira. Sebab kita takkan selamanya bersama dengan anak. Ajal maut tiada siapa yang tahu.

Bagi saya jika kad OKU ini dapat membantu , tiada salahnya jika anak menjadi pemilik kad OKU ini. Kerana yang paling penting adalah kebajikan anak itu.

Saya minta maaf jika ada terguris perasaan sesiapa. Niat hanya berkongsi pengalaman.

Proses Saya Membuat Kad OKU

Waktu saya buat kad OKU Dzarif tahun 2012. Cuma pastikan dokumen yang dikehendaki lengkap. Saya buat di JKM KL di Seasons Hotel.

Pekerja JKM sangat membantu waktu itu. Dari proses submit dokumen sehinggalah ambil gambar. Selepas itu akan diberikan slip.

Slip itu cukuo untuk sibmit form kemasukan PPKI. Selepas sebulan dapat kad OKU anak. Collect dekat JKM.”

Kongsi ibu kepada 3 cahaya mata. Anak keduanya meninggal dunia 8 tahun lepas dan yang bongsu kini berusia 7 tahun.

Sumber/Foto : Nurbaya Khay Hamsan

 

Published by
Netty Ah Hiyer