Saya tak tahu sebab diceraikan, Adibah akui sudah berusaha pertahan rumahtangga dibina 28 tahun. Ajal maut jodoh pertemuan semuanya sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi. Dengan siapa kita dijodohkan, dengan siapa kita sehidup semati juga adalah aturan Allah dalam kehidupan manusia.
Manusia itu hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Namun sebenarnya agak berat untuk menerima kenyataan bila rumahtangga dengan wujudnya insan lain di hati pasangan kita.
Inilah yang dilalui oleh Adibah Abdul Mutalib, bekas madu kepada pelakon Miera Liyana yang perceraiannya bersama suami, Rosland Othman, 50 mendapat perhatian beberapa hari lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Adibah berkata, dia reda dengan perceraian dilaluinya itu walaupun jauh di lubuk hatinya dia masih tertanya kesilapan apa sudah dilakukan terhadap bekas suami sehingga diceraikan.
Banyak laporan berita berkaitan perceraian itu dikongsikan, termasuk video Adibah yang ditemubual media ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Rahsia Cantik Datin Elvina, Amalkan Bangun Awal Pagi & Pastikan Hidup Sentiasa Ceria
Adibah berkata, dia reda dengan perceraian dilaluinya itu walaupun jauh di lubuk hatinya dia masih tertanya-tanya kesilapan apa sudah dilakukan terhadap bekas suami sehingga diceraikan.
“Saya sudah reda dengan keputusan perceraian ini kerana sudah berusaha untuk cuba mempertahankan rumah tangga dibina selama 28 tahun. Tapi, kesudahannya begini dan Allah Maha Tahu.
“Saya percaya Allah juga mahu memberikan yang terbaik untuk saya dengan semua yang berlaku ini walaupun saya tidak tahu apa kesalahan diri yang sebenarnya hingga membawa perceraian,” katanya.
Adibah yang ingin terus melangkah membina kehidupan baharu berkata, dia sedar perlu kuat semangat untuk bangkit semula.
Katanya, dia bersyukur banyak mendapat sokongan positif daripada anak-anak, keluarga dan kenalan rapat yang sentiasa bersamanya.
Khamis lalu, Adibah sah diceraikan talak satu oleh suaminya juga ahli perniagaan, Rosland di hadapan hakim Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 sudah hidup bersama selama 28 tahun dan dikurniakan lima anak perempuan berusia 11 hingga 26 tahun.
Pada 7 April lalu, Rosland memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun, Adibah menolak permohonan cerai difailkan Rosland itu kerana masih sayang dan mahu menyelamatkan perkahwinan yang sudah lama mereka bina.
Justeru, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian berkenaan.
Pada Julai 2020, Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera Leyana. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Jangan pandang sebelah mata. Bukan setakat cantik dan berbakat tapi bijak lagi. Antara selebriti wanita tanahair yang ‘Beauty With Brain’ ye.