Saya tak tahu sebab diceraikan, Adibah akui sudah berusaha pertahan rumahtangga dibina 28 tahun. Ajal maut jodoh pertemuan semuanya sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi. Dengan siapa kita dijodohkan, dengan siapa kita sehidup semati juga adalah aturan Allah dalam kehidupan manusia.
Manusia itu hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Namun sebenarnya agak berat untuk menerima kenyataan bila rumahtangga dengan wujudnya insan lain di hati pasangan kita.
“Saya Tak Tahu Sebab Diceraikan”
Inilah yang dilalui oleh Adibah Abdul Mutalib, bekas madu kepada pelakon Miera Liyana yang perceraiannya bersama suami, Rosland Othman, 50 mendapat perhatian beberapa hari lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Adibah berkata, dia reda dengan perceraian dilaluinya itu walaupun jauh di lubuk hatinya dia masih tertanya kesilapan apa sudah dilakukan terhadap bekas suami sehingga diceraikan.
Banyak laporan berita berkaitan perceraian itu dikongsikan, termasuk video Adibah yang ditemubual media ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Adibah berkata, dia reda dengan perceraian dilaluinya itu walaupun jauh di lubuk hatinya dia masih tertanya-tanya kesilapan apa sudah dilakukan terhadap bekas suami sehingga diceraikan.
“Saya sudah reda dengan keputusan perceraian ini kerana sudah berusaha untuk cuba mempertahankan rumah tangga dibina selama 28 tahun. Tapi, kesudahannya begini dan Allah Maha Tahu.
“Saya percaya Allah juga mahu memberikan yang terbaik untuk saya dengan semua yang berlaku ini walaupun saya tidak tahu apa kesalahan diri yang sebenarnya hingga membawa perceraian,” katanya.
Adibah Akui Sudah Berusaha Pertahan Rumahtangga Dibina 28 Tahun
Adibah yang ingin terus melangkah membina kehidupan baharu berkata, dia sedar perlu kuat semangat untuk bangkit semula.
Katanya, dia bersyukur banyak mendapat sokongan positif daripada anak-anak, keluarga dan kenalan rapat yang sentiasa bersamanya.
Ads
Khamis lalu, Adibah sah diceraikan talak satu oleh suaminya juga ahli perniagaan, Rosland di hadapan hakim Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 sudah hidup bersama selama 28 tahun dan dikurniakan lima anak perempuan berusia 11 hingga 26 tahun.
Pada 7 April lalu, Rosland memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun, Adibah menolak permohonan cerai difailkan Rosland itu kerana masih sayang dan mahu menyelamatkan perkahwinan yang sudah lama mereka bina.
Justeru, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian berkenaan.
Ads
Pada Julai 2020, Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera Leyana. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Tu dia.. sesekali bila anak Che Ta, Aaisyah Dhia melaram boleh kalah mak dia. Memang klon Che Ta betul ini. Bak kata Che Ta sendiri, bila nampak Che Ta pakai gelang, Aaisyah pun nak juga pakai gelang sama.
Macam pepatah yang Che Ta tulis ini, lucu bunyinya ’Mak borek anak rintik’.
Katanya, Jenuh la.. mak pakai handbag, dia pun nak handbag @london2kl . Mak pakai gelang, dia pun nak gelang, siap request nak cincin besaq.. mujur ada @habibjewelsofficial.”
Tengoklah sendiri.. memang besar betul gelang tangan Aaisyah ini. Mak-mak pun kalau ada duit lebih, boleh je hadiahkan gelang ke rantai ke dekat anak. Sebab bagusnya emas ini boleh jadi pelaburan kat anak tu.
Cuma kalau kecil sangat anak tu, jangan lah mak gigih pakaikan. Bukan apa, takut termakan dan tertelan. Dah satu hal nak bagi keluar dari perut pulak.
Aaisyah Tak Hairan Permainan, Suka Sangat Rantai
Kongsi Che Ta lagi, minat Aaisyah dekat gelang melebihi minatnya dekat permainan. Tak hairan pun.. tapi cuba nampak rantai.
“Bawak dia pi toys r us , tak heqan pun nak beli apa.. dia ikut kami pi @habibjewelsofficial , dia qeyau nak qantai .. mati la nak. Tak boleh keqap-keqap bawak dia pi @habibjewelsofficial #guguqbuluyangdokada.”
“By the way, kesukaan budak-budak bukan kita yang mengajaq.. dia suka , dia minat, dia mau apa yang dia nampak depan mata .. kalau dah celik mata nampak mak dia pakai gelang sampai ke siku , subang sampai ke bahu , memang tu yang dia mau !”
“So please tak payah nak dok komen macam-macam. Orang lain cara pun lain.. jangan ingat orang lain pun macam kita.. cara masing-masing berbeza.”
#takdakbendanakkomensimpanjaritu
MW : Dah rezeki Aaisyah Allah bagi lagu tu. Husnuzon je lah kan..
Pempengaruh Eyka hilang di hutan Indonesia, sah gimik demi view murahan. Bodoh tak perlu dijual beli. Dan tak perlu borong semua. Itu kata Caprice ketika mendedahkan tindakan pempengaruh Ammar Nzahan yang membuat konten menipu demi mengejar view.
Kisah kehilangan pempengaruh Eyka di sebuah hutan di Indonesia menjadi topik hangat di media sosial. Kononnya, dia hilang lebih 48 jam selepas menjalani penggambaran kandungan paranormal. Namun, segalanya terbongkar apabila pihak polis Indonesia mengesahkan bahawa ia hanyalah satu cerita palsu yang direka untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.
Pempengaruh Eyka Hilang Di Hutan Indonesia
Menurut laporan awal, Eyka dikatakan “hilang” tanpa dikesan sewaktu menjalani penggambaran di sebuah kawasan hutan yang kononnya keras dan penuh misteri. Produksi Ammar dilihat memainkan elemen suspens dengan memuat naik video kru yang cemas mencari Eyka, malah ada yang bertindak seolah-olah kejadian ini benar-benar mengancam nyawa.
Polis Indonesia Dedah Kebenaran
Laporan KumparanNews pada Khamis mengesahkan bahawa siasatan polis mendapati kehilangan Eyka hanyalah rekaan semata-mata. Menurut Kapolsek Panyileukan, Kompol Kurnia, individu yang terlibat, termasuk Ammar dan Aras, mengaku bahawa mereka sengaja mencipta kandungan palsu ini tanpa menyedari akibat undang-undang.
“Keterangan Ammar dan Aras menjelaskan mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi ‘pempengaruh Malaysia (Eykaa) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal’.”
“Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut. Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu,” jelasnya.
Tambahnya, kandungan tersebut juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, meskipun pengurus wilayah setempat telah memberi kelulusan. Akibatnya, pempengaruh terlibat telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan, seterusnya memohon maaf secara terbuka dan menandatangani kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Bodoh Tak Boleh Dijual Beli
Penipuan sebegini bukan sahaja memperbodohkan penonton, malah menjejaskan kredibiliti industri hiburan digital. Gimik murahan seperti ini mungkin mampu meraih tontonan seketika, tetapi kesan jangka panjangnya lebih buruk – hilangnya kepercayaan penonton.
Mesejnya sangat jelas, jadilah pempengaruh yang mampu membawa elemen baik. Jika mahu berjaya, buat kerja dengan ikhlas dan berikan kandungan yang berkualiti. Bukannya mencipta drama yang akhirnya menjatuhkan maruah sendiri. Hari ini, bukan saja malu di Malaysia tapi merebak ke Indonesia pula.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiada siapa menduga sejak kecil dia dan adiknya perlu menjalani liku kehidupan yang cukup memeritkan. Lebih-lebih lagi, mereka dihantar dan membesar di rumah anak yatim dengan untuk teruskan kehidupan yang lebih baik.
Sedihnya, bila kehilangan ibu bapa. Tiada lagi tempat mengadu dan bermanja seperti kanak-kanak lain. Namun, siapa kita untuk melawan takdir.
Walaupun membesar di rumah anak yatim, sedikit pun tidak mematahkan semangat dia untuk terus berjaya dan paling membahagiakan bila dapat menganggap segulung PHD, hadiah buat keluarga dan penghuni rumah anak yatim.
Inilah kisah yang dilalui olheh Dr Abdul Hadi Samsi (33 tahun) dan tiga orang adiknya yang membesar di rumah anak yatim.
Sejak dari umur 5 tahun, beliau kehilẫngan bapa tersayang kerana kansɛr tulẫng. Lebih menambahkan pɛrit, apabila dia diuji pula dengan pemergian ibu tercinta selepas 11 tahun bapanya dijemput Ilahi.
Bagaimanapun, anak yatim piatu yang menghuni di asrama anak yatim selama 13 tahun itu membuktikan bahawa dia juga mampu mengenggam ijazah tahap tertinggi, Doktor Falsafah (PhD).
Segala titik peluh dan kesungguhan Abdul Hadi itu terbalas selepas dia dikurniakan ijazah PhD dalam bidang sains polḭtik dan kerajaan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-45.
“Saya hadiahkan kejayaan ini buat keluarga dan semua guru-guru yang menjaga saya di Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor selama 13 tahun dan mendidik saya seperti anak mereka sehingga ke peringkat universiti,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan yang dihantar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM.
Imbau Kembali
Mengimbau kisah hidup, beberapa tahun selepas pemergian bapanya, Abdul Hadi dan tiga lagi adik beradiknya terpaksa ke asrama anak yatim dan berpisah dengan ibu yang hidup dalam kesṳsahan kerana bekerja kampung.
Dugaan mereka bertambah getir apabila ibu mereka meninggẫl dṳnia kerana sakit kanser perut sewaktu dia di tingkatan 4, menjadikan mereka empat beradik sebagai anak yatim piatu.
Meskipun sudah menggenggam kejayaan, Abdul Hadi sama sekali tidak melupakan jasa baik Ustaz Suhaimi Dzajuli yang merupakan pengasuhnya paling lama di asrama anak yatim kerana tidak jemu membantunya sehingga berjaya dalam pelajaran.
“Buat adik-adik yang menghuni di mana juga rumah anak yatim, janganlah merasa kekurangan tiada insan tersayang di sisi sebagai sebab untuk tidak boleh cemerlang dalam pelajaran.
“Masih ada rakan-rakan senasib di asrama dan guru-guru yang menyayangi kita seperti saudara kandung sendiri. Mari kita balas kepercayaan ini,” ujarnya.
Ketika ini beliau berkhidmat sebagai Pegẫwai Khas kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM. Dalam masa yang sama, Dr. Abdul Hadi merancang untuk menjadi pɛnsyarah di UPM tidak lama lagi.
Mingguan Wanita : Moga ia menjadi inspirasi kepada kita semua.