Di sebalik senyum manis dan wajah tenangnya, pelakon dan pengacara Elfira Loy menyimpan kisah perjalanan hidup yang tidak ramai tahu mengenainya. Dalam satu sesi bual bicara penuh emosi menerusi podcast Wardah Heart to Heart bersama hos Dayah Bakar, Elfira mendedahkan bahawa permulaan kariernya sebagai pelakon bukanlah kerana minat… tetapi demi membantu insan paling penting dalam hidupnya — ibunya.
“Orang ingat saya suka berlakon. Tapi sebenarnya tidak. Saya masuk dunia seni sebab nak bantu ibu. Ketika itu kami sekeluarga perlu tambah pendapatan untuk tampung keperluan adik-beradik,” luah Elfira perlahan, mengimbas kembali memori remajanya.
Kali pertama dia mendapat bayaran adalah selepas menjayakan sebuah teater. “Saya masih ingat perasaan masa tu… dapat duit hasil titik peluh sendiri. Dalam hati saya cakap, ‘Oh… kerja ini boleh tolong ibu saya.’ Dari situ saya teruskan, walaupun saya sebenarnya seorang yang introvert, yang tak selesa berada di depan kamera.”
“Ibu saya pun tak tahu saya tak suka berlakon. Saya pura-pura gembira sebab saya tahu, kalau saya sedih, ibu saya akan dua kali ganda lebih sedih. Saya belajar untuk pendam perasaan sejak kecil.”
Ads
Di sebalik kepayahan, Elfira sentiasa mencari kekuatan dalam hubungan peribadinya dengan Allah SWT. “Saya dari kecil memang banyak bergantung pada Allah. Apa-apa yang saya rasa, saya cerita pada Dia. Itu cara saya tenangkan diri.”
Matang Sebelum Waktunya
Pengalaman sebagai anak sulung dalam keluarga yang melalui fasa penceraian ibu bapa menjadikan Elfira seorang yang matang sebelum waktunya. Dia sedar, jika dia lemah, adik-adiknya akan rasa lebih terkesan. “Saya tak boleh terlalu larut dengan kesedihan. Saya kena kuat untuk mereka.”
Tidak cukup dengan ujian keluarga, Elfira juga pernah melalui episod hitam dalam hidup apabila pertunangannya putus pada tahun 2018. “Saya tak sangka orang boleh buat saya macam tu. Saya tak pernah luah dekat sesiapa. Bila wartawan tanya pun, saya diam. Tapi dalam diam tu… hati saya hancur.”
Ads
Namun di sebalik kesedihan itu, dia kembali mencari cahaya, di masjid, dalam doa, dan dalam kekuatan spiritual.
“Itu titik perubahan saya. Saya kembali kepada Allah sepenuhnya. Saya nampak hikmah di sebalik semuanya. Allah bagi semula semua yang saya perlukan… cuma satu saja tak dapat,” katanya penuh makna.
Kini, Elfira bersyukur kerana penghijrahannya diterima baik oleh keluarga, rakan-rakan dan juga peminat. Dia tidak lagi terlalu memikirkan apa orang kata, tetapi lebih fokus kepada redha Allah dalam setiap langkahnya.
“Saya selalu ingat kata-kata seorang ustazah, bahawa dalam hidup ini ada dua jalan – satu untuk Allah, satu untuk manusia. Kalau kita hanya ikut jalan manusia, kita akan lupa Allah. Tapi kalau kita buat kerana Allah, insya-Allah… manusia pun akan faham akhirnya.”
Dengan penuh rendah hati, Elfira mengajak semua wanita untuk tidak takut berubah ke arah kebaikan. “Kadang kita takut nak mula… takut makan diri. Tapi percayalah, mungkin itulah amalan yang akan selamatkan kita nanti.”
Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie yang terkenal dengan melakukan kerja amal terbaru berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membantu mangsa banjir terutamanya di negeri kelahirannya, Raub, Pahang.
Norkhiriah & Pengikut Di Laman Sosialnya Kumpul Wang
Malah dia juga sangat berterima kasih kepada semua yang sudah menghulurkan sumbangan kewangan berkenaan. Menurutnya, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala kebaikan itu.
Situasi banjir di Pahang ketika ini yang mendorong Noorkhiriah tampil menghulur bantuan hasil daripada sumbangan pengikutnya di media sosial.
Difahamkan tidak sampai sejam membuat perkongsian di akaun Instagramnya, Noorkhiriah berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk membeli barangan keperluan termasuk menyediakan bahan masakan untuk hidangan yang akan diedarkan nanti.
Noorkhiriah Dibantu Adiknya, Munirah Ahmad Shapie
Menerusi sumbangan kewangan diterima itu, pelakon itu dibantu adiknya, Munirah Ahmad Shapie dan team dapat membeli beberapa keperluan utama untuk mangsa banjir di sekitar Raub seperti pakaian dalam, lampin pakai buang bayi serta penyedian makanan untuk diedarkan.
“Alhamdulillah sudah cukup untuk keperluan dan masak. “Tak mampu nak balas. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian. “Aammin. Terima kasih wok @munirahahmadshapie dan team. “Akak doakan semoga urusan dipermudahkan Allah. Terima kasih semua yang menyumbang. “Alhamdulillah #akakanakPahang #prayforPahang #takmampubantubanyak #sikitpunjadilah “Aamiin Ya Rabbalalamin. Tiada Daya dan Upaya Melainkan Dengan Pertolongan Allah,” luahnya menerusi entri di Instagramnya.
Yang Ingin Menyumbang Lagi Diharap Bersabar
Noorkhiriah juga turut memberitahu kepada mereka yang ingin menyumbang lagi diharap bersabar kerana jumlah wang diperlukan setakat ini sudah cukup untuk diguna dahulu bagi membeli barangan keperluan berkaitan.
“Cukuplah dahulu, saya gunakan apa yang ada ini (sumbangan kewangan) untuk membeli lampin pakai buang serta pakaian dalam. Esok, akan masak juga makanan untuk 500 orang,” luahnya.
Usaha murni pelakon ini dan pengikut laman sosialnya boleh dijadikan contoh yang terbaik. Malah, ada di antara pengikutnya juga turut berkongsi maklumat berkaitan barang keperluan yang sangat diperlukan mangsa banjir.
MW: Alhamdulillah Noorkhiriah merupakan seorang wanita yang cukup baik peribadinya dan suka membuat kerja amal.
Liza Hanim, ibu & 5 anak positif Covid-19, begitulah yang diluahkan oleh penyanyi popular Liza Hanim menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Kesemua mereka kini sedang menjalani kuarantin di rumah, malah Liza juga menerima takdir yang telah tersurat dan menganggap ianya sebagai ujian daripada Allah.
Liza Hanim, Ibu & 5 Anak Positif Covid-19
Liza bersama ibu dan anak-anak.
“Bismillahirrahmanirrahim
“Yang ditakuti terjadi, I am part of the statistics now
“Akak mohon doakan akak, mak akak, dan kelima lima anak akak kembali pulih dari Covid 19.
“Alhamdulillah, kami dipilih menerima ujian Allah. Semoga kami kuat.Terima kasih korang,” tulis Liza.
Mujur Suami Negatif
Menurut laporan, jangkitan disyaki berpunca daripada ahli keluarga lain yang datang menziarah anak ketiganya berkhatan.
Namun apa yang berlaku Liza sekeluarga reda dan bernasib baik kerana suaminya pula negatif.
“Mujur ada suami yang menguruskan kami semua. Dia sahaja yang negatif selepas ujian calitan. Apapun saya anggap ini sebagai ujian dan reda.
“Saya alami simptom hilang deria rasa dan bau serta deman onn off.
“Batuk dan selesema juga. Begitu juga dengan anak-anak.
“Cuma anak bongsu dan ibu sahaja tidak ada simptom yang teruk,” kongsi Liza.
Menerusi komen di akaun Instagramnya, Liza dihujani doa dan ucapan agar dirinya sekeluarga dipermudahkan dan mendapat kesembuhan segera.
iamellymazlein – Smoga smuanya dipermudahkan.. Baby Haider pun baru buat swab test.. moga cepat sembuh
rajanorashikin – Ibu yg berjaya dunia akhirat babe. He didn’t forget to thanked them. ‘Terima kasihhhhh’. Weldone Mummy ❤️ Speedy recovery ok. Hugs kaki melilit pinggang.
julie.jingjing – Semoga semua akn Baik2 sja.. Aamiin
asryn88 – Semoga cepat sembuh kak liza n family
_nurulahlina_ – Smoga dipermudahkan.. smoga cepat sembuh.. hebat la fateh.. be strong
Mingguan Wanita: Semoga Liza Hanim sekeluarga yang dijangkiti Covid-19 segera sembuh!
Saharul bawa isteri tunaikan ibadah umrah, merasai berpuasa di Mekah. Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi kisahnya yang kini sedang menjalankan ibadah umrah bersama isteri tersayang.
Kali ini Saharul membawa isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir untuk sama-sama mengambil peluang mengerjakan ibadah umrah ketika ini bagi merasai sendiri suasana berpuasa di kota suci itu.
Saharul Bawa Isteri Tunaikan Ibadah Umrah
Saharul dan isteri yang telah bernikah pada September 2016 telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 5, dan Fateema Azzahara, 2.
Namun bagi umrah kali ini Saharul terpaksa tinggalkan anak-anak. Sememangnya cukup mencabar apabila mereka terpaksa berjauhan dengan anak-anak kesayangan.
Berkongsi luahan hati seperti mana yang dipetik menerusi Mstar, Saharul akui pada awalnya isterinya agak keberatan untuk meninggalkan dua anak mereka.
“Cabaran kali ini ialah kami terpaksa berjauhan dengan anak.
Belajar Tinggalkan Anak Sekejap
“Saya sentiasa ingatkan isteri inilah masanya untuk kita belajar tinggalkan anak sekejap supaya boleh mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.”
“Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk pergi, maklumlah sebagai seorang ibu memang susah hendak tinggalkan anak untuk tempoh masa lama,” terang Saharul yang kemudiannya menempah slot untuk mengerjakan umrah.
Tak Sabar Nak Ziarahi Makam Rasulullah SAW
Saharul dan isteri akan mengerjakan umrah selama 10 hari dan mahu menumpukan sepenuhnya kepada ibadah. Dia juga mahu melipatgandakan amal ibadah lebih-lebih lagi ketika bulan mulia ini.
“Selama ini jika pergi menunaikan ibadah umrah, kita sering berharap dapat doakan sesuatu ketika di sana.
“Kali ini saya bawa rasa cinta terhadap Rasulullah.
“Selepas belajar dan mendalami tentang sirah perjuangan nabi, saya amat teruja untuk menziarahi makam baginda ketika di Madinah nanti,” jelas Saharul.
“MasyaAllah, Indahnya Pemandangan”
Menerusi ruangan komen, Saharul turut memberi kapsyen sebuah video yang dihantar dari Mekah sewaktu berbuka puasa. Ternyata ramai yang memberikan komen dan meluahkan rasa keseronokan dengan suasana yang ditontonkan oleh Saharul.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...