“Saya Tak Sampai Hati Lihat Mereka Menderita,” Tukang Cuci Wakaf Mesin Dialisis RM80,000!

Share

“Tak Sampai Hati Lihat Pesakit Menderita,” Tukang Cuci Wakaf Mesin Dialisis RM80,000!. Berapa pun harta yang kita ada, jangan sesekali teragak-agak untuk sumbangkan demi ‘saham akhirat’. Ganjaran besar menanti kita sebagai ‘bekalan’ di sana kelak.

Mulianya hati lelaki ini, walaupun mengalami masalah pendengaran sejak tujuh bulan lalu, seorang pekerja pembersihan masih mampu untuk menyumbang bakti demi saham akhirat dengan menyumbang mesin dialisis untuk kegunaan masyarakat.

Begitulah murni dan luhur hati, Khalipulizan Mansur, 54, yang mengambil keputusan untuk mewakafkan dua mesin dialisis bernilai RM80,000 untuk digunakan oleh pesakit yang mendapatkan rawatan itu di Pusat Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF)-Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Kangar yang terletak di Bangunan Wakaf MAIPs berhampiran HTF, di sini.

Derma 2 Mesin Dialisis

Khalipulizan atau mesra dipanggil Kali oleh rakan sekerjanya bertugas di pusat perkhidmatan dialisis berkenaan dan dia mengambil keputusan untuk mendermakan dua buah mesin dialisis itu selepas dia mendapat hasil jualan tanah yang dihibahkan kepadanya oleh datuk dan neneknya yang sudah meninggal lebih 10 tahun lalu.

Ketika ditemui pemberita, Kali bagaimanapun sukar untuk mendengar pertanyaan spontan daripada pemberita sebaliknya dia lebih senang ditanya menerusi soalan yang dikemukakan secara bertulis kepadanya dan dia menyatakan bahawa rezekinya itu datang selepas dia menjual tanah seluas 1.007195 hektar (tiga relong setengah) pemberian datuk dan neneknya yang terletak di Jalan Semadong, Beseri pada Disember tahun lalu.

Melabur Untuk Saham Akhirat

Dia berkata, setelah mendapat pulangan hasil jualan tanah miliknya itu, dia kemudian membeli mesin dialisis itu sekitar awal Januari lalu di Pulau Pinang dengan harga RM80,000 bagi kedua-dua mesin itu.

“Hasil jualan tanah itu kemudian membuatkan saya terfikir untuk berbakti dan melabur dalam saham akhirat, saya berniat untuk mewakafkan dua mesin dialisis buatan Jerman ini untuk digunakan pesakit di pusat dialisis tempat saya bertugas ini.

“Setiap hari saya melihat ramai orang daripada pelbagai bangsa datang ke sini untuk menjalani proses dialisis disebabkan buah pinggang mereka tidak berfungsi jadi saya tidak sampai hati untuk melihat mereka menderita sebegitu, untuk menderma atau menyumbang kepada mereka setiap hari saya tidak mampu jadi disebabkan itu saya merasakan dengan menyumbang mesin dialisis di pusat ini setidak-tidaknya ia mampu memberi manfaat kepada semua yang datang.

“Selain itu juga, ini sebagai salah satu sumbang bakti saya kepada tempat saya bertugas dan ia diwakafkan atas nama datuk dan nenek saya untuk mereka terus mendapat manfaat dan syafaat limpahan pahala dan rahmat secara berterusan walaupun mereka sudah tiada lagi,” katanya ditemui di Pusat Perkhidmatan Dialisis HTF-MAIPs, Bangunan Wakaf MAIPs, hari ini.

Tinggal Seorang Diri

Datuk dan neneknya, Ibrahim Abdullah dan Rafiah Saad sudah meninggal dunia sekitar 10 hingga 11 tahun lalu ketika usia mereka 83 dan 85 tahun dan kini Kali tinggal seorang diri menguruskan diri sendirian di kediamannya di Batu 5, Jalan Kaki Bukit (Jalan Kangar-Padang Besar), Paya, Beseri.

“Sejak saya kecil, saya diserahkan oleh ibu bapa saya kepada datuk dan nenek saya untuk dijaga sehinggalah dewasa malah saya juga pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak tunggal lelaki namun apakan daya jodoh saya tidak panjang dan anak saya pula maut dalam kemalangan pada 2014 di Behor Empiang, Kangar.

“Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan kehidupan ini dengan tenang dan syukur Alhamdulillah, sudah 15 tahun saya bertugas sebagai pekerja pembersihan di pusat dialisis itu dengan pendapatan bersih RM1,300, cukuplah hendak jalani hidup ini di Perlis,” katanya.

Menurut Kali dia mula mengalami masalah pendengaran tujuh bulan lalu selepas mengalami demam panas.

Mesti Baca:Kejar Pendapatan Lumayan, Graduan Universiti Berhenti Kerja Pejabat Nekad Jadi Tukang Cuci!
Baca Lagi Di Sini:Tukang Rumah Kongsi TIP TEMBOK Cantik & Kemas, Guna Bata Merah Biasa!
Artikel Menarik:Selain Bahasa JEPUN, Makcik ‘Cleaner’ Masjid Negara Juga Fasih 4 Bahasa Lain!

Mingguan Wanita: Mulianya hati tukang cuci ini, sanggup menjual tanah dan harta yang ada untuk pelaburan ‘saham akhirat’nya. Semoga dipermudahkan segala urusannya dikala dia membantu memudahkan urusan dan kesusahan orang lain.

Sumber: Bharian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

Published by
Suhaidah Abd Wahab