Saya tak kuat, redhakan aku ya Allah. Ibu berusia 7 tahun tertembak di kepala luah rasa rindu. Perasaan sarat menanggung rindu pada orang yang telah pergi hanya mampu dirasai oleh mereka yang pernah menerima ujian ini. Apa tah lagi pergi yang tak mungkin akan kembali lagi.
Satu perkongsian seorang ibu di Tik Toknya @Bunga Dahlia tentang rasa rindu terhadap anak sulungnya, Eddrayyan yang meninggal akibat tertembak di bahagian kepala pada kejadian 28 April lalu mengundang sebak orang ramai.
Berusia 7 tahun, Eddrayyan disahkan meninggal dunia selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri di bahagian kepala ketika bermain dengan rakannya dalam kejadian di Kampung Sosogoh Salong Pagalungan.
Kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa namun siasatan awal polis memaklumkan, kanak-kanak darjah satu ini telah terkena tembakan pump gun di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.
Apa yang menyayat hati, ibu ini meluahkan rasa rindu yang tiada penghujungnya berikutan kehilangan anak sulungnya yang disifatkan berpotensi cemerlang dalam pelajaran seperti dikongsikan oleh gurunya dari SK Kuala Salong.
@eliya061103♬ original sound – 𝑎𝑙𝑠 – 𝓪𝓵𝓼 🐼
Tambah Bunga Dahlia, apa yang membuatkan dirinya merindui anak yang sangat keletah ini, pada saat anaknya itu menghembuskan nafas terakhir, dirinya tiada di sisi.
“Saya tidak bersama anak saya buat kali terakhir semasa dia masih hidup Dapat dekat bila dia sudah tidak bernyawa lagi. Sakit yang teramat sangat, katanya memaklumkan situasi dialaminya selepas hal yang sama dikongsi oleh seorang ibu yang turut melalui situasi sama apa apabila anaknya berjuang 50/50 antara hidup dan mati.
Dalam pada itu, ibu muda ini sangat bersetuju agar senjata berbahaya ini tidak sewajarnya dibawa balik ke rumah kerana kejadian yang menimpa anaknya harus dijadikan pengajaran buat semua.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Sempat Pakaikan Baju Raya, Kenangan Terakhir Sebelum Anak Meninggal
“Ayah Minta Maaf Nak…” 4 Beranak Meninggal Dalam Kemalangan, Tak Sempat Sambut Birthday Datuk
‘The Sleeping Beauty’, Terlalu Sayang, Ayah Sanggup Awet Anak Meninggal Agar Sentiasa Hidup!
Rasa rindu yang tiada penghujungnya ini, kata Bunga Dahlia sangat perit untuk ditelan di mana dirinya mengakui tidak kuat untuk menghadapinya apatah lagi kes anaknya masih tiada jawapan pasti.
Masa yang sama, dirinya turut memuat naik antara gambar tercantik yang pernah diambil bersama arwah anaknya serta seorang lagi anaknya, Eliya yang masih tinggal dan menjadi penguat semangatnya.
@eliya061103 ya Allah bgi aku semangat utk meneruskan hidup dan menjaga amanah mu yg satu lagi #akutakkuatyaallah ♬ original sound – Pijah Mohamad – MMC MASAKMASAKCEKYANA
Bahkan dirinya berani berkongsi kisah anaknya ini selepas memperoleh kekuatan mengenainya berbanding sebelum ini.
Replying to @wanida4141 hari ni sy terbuka untuk share. Terima kasih sangat dengan sis ni. Sejuk hati saya baca komen dia. Bukan macam segelintir org tidak berhati perut. Tiada adab bila bertanya. Mohon jangan ada yang komen menyalahkan siapa-siapa dalam kes ni. Tq.
Apa pun semoga siasatan penuh dapat memberikannya satu jawapan pasti punca kematian anaknya kerana rasa sakit itu hanya dirasai oleh mereka yang pernah diuji dengan kematian. Mogar roh anaknya tenang di sana.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.