Allahu.. berat sungguh ujian anak lelaki bernama Ayien ini. Diuji kehilangan ibu meninggal dunia disebabkan Covid-19 tahap 5. Tiga hari kemudian, abangnya pula menghembuskan nafas terakhir juga kerana Covid-19.
Maklum Ayien, seluruh ahli keluarganya di kampung dekat Kampung Dusun Muda, Tapah positif Covid-19. Cuma ibu dan abang yang tidak dapat diselamatkan.
Manakala, kakaknya sedang koma dan dimaklumkan keadaannya semakin kritikal. Ayahnya sudah pun sembuh. “Sekarang dah potong gelang
.” kongsi Ayien lagi.Dalam video yang tular itu, sebak sekali keadaan Ayien yang berduka di atas kehilangan insan tercinta. Kongsinya,
“I lost my dear mom yesterday. While my sister still coma, abang pagi ni dikomakan, my uncle still warded. Berat sungguh ujian ni.
Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat covid stage 5, abang pulak meninggal semalam 1 Ogos (ketika status dimuatnaik pada 2 Ogos) juga disebabkan covid stage 5.
Hari ni mendapat perkhabaran kakak saya yang sedang koma, keadaan semakin kritikal. Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya tak kuat dah
.”Dalam pada itu, Ayien tidak menyangka video yang dikongsikan itu akan menjadi tular. “Allah tak sangka. Ramai yang mendoakan. Semoga ada keajaiban untuk kakak saya.
Semoga ada doa-doa yang termakbul mendoakan kesembuhan kakak. Terima kasih banyak-banyak.”
Sungguh, Covid-19 ini begitu menguji kekuatan hati sesiapa pun yang teruji.
Mingguan Wanita : Marilah sama-sama mendoakan semoga kakak Ayien dapat sembuh daripada Covid-19. Dan kembali semula ke pangkuan keluarga dalam keadaan yang sihat.
Sumber/Foto : twitter Ayien
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW