“Saya Tak Kacau Orang…” Tinggal Bawah Tangga Kedai, Harap Rezeki Orang Beri, Takdir Hidupnya

Share

Takdir hidupnya. Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku pada mas akan datang. Kehidupan lebih baik atau sebaliknya. Semua telah diatur olehNya, terima dengan redha dan teruskan kehidupan tanpa keluh resah.

Bayangkan sejarah hidupnya membuatkan kita rasa sungguh terkesan. Terjebak dengan dadah kerana dianiaya, apatah lagi keadaan dirinya yang kelainan upaya. Itulah takdir hidupnya yang perlu dilalui.

Kisah dari perkongsian Nadia Hazmi meruntun hati. Tempat tinggalnya hanyalah di bawah tangga kedai dan makan hanya dengan pemberian ihsan orang saja. Temannya hanyalah mainan yang dibuat sendiri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Adik-Beradik Harapkan Aku Seorang Jaga Mak.’ Buat Kebaikan Tapi Berkira, Punca Rezeki Tersangkut

“Dalam Pada Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain Juga” Wawa Zainal Tak Lokek Hulur Sumbangan

Takdir Hidupnya, Insan Istimewa Yang Mengenang Budi

Bukan orang gila.. dia mungkin ‘ahli syurga’..

Hujung minggu lalu.. akak keluar seawal pagi dgn haluan ke pantai membawa sang putera menikmati indahnya alam & bermain hujan. Entah apa yang membawa kaki ke sini berhenti seketika mencari bekal kudap-kudapan di sebuah kedai serbaneka.

Dalam perjalanan keluiar dari pintu kedai, terlihat seorang lelaki tersidai di luar pintu. Terdetik hati “org kurang waras agaknya.. kesian dia..”

Tapi hati terasa nak menoleh kali kedua, dia tiba-tiba tersenyum gembira.. “Puan Nadia!!!”.. teriaknya girang.

Terkejut.. eh.. dia kenal aku??

“Puan!! Puan ingat tak saya? Kurus la puan sekarang. Dulu puan mengandung kan masa puan jaga saya.”

Masih terpinga-pinga dan cepat-cepat masukkan barang yang dibeli ke dalam kereta. Pesan kat putera berdua, mama nak jumpa kawan mama jap kat luar tu..

Semakin akak menghampiri, terdengar suara abang-abang yang sedang mengopi di gerai sebelah.. “ehh jangan dekat-dekat sangat. Itu orang gila!”

Akak tak peduli sebab wajah lelaki tu betul-betul macam pernah dikenali. Kalau masa mengandung dia boleh kenal, bermakna sudah 9 tahun berlalu lamanya.

Penjaga Semasa Pengawasan

“Awak ingat saya lagi? Nama awak siapa..”

“Norazlan puan.. puan jaga saya dulu masa saya dalam pengawasan..”

Masya Allah, awak la Azlan. Awak boleh ingat saya lagi. Kenapa duduk sini. Mana keluarga awak. Tak duduk rumah ke, sekarang kerja apa?

“Org tua semua dah meninggal puan, rumah tak ada orang lain dah ambik. Sekarang tinggal kat bawah tangga kedai. Tak ada kerja tapi saya tak hisap dadah dah puan..” ujarnya dengan wajah polos, tulus dan ikhlas..

Tersentuh sangat rasa hati. Bergenang air mata, bekas klien yang ini bukanlah macam kita. Orangnya kelainan upaya (mental) kerana sejarah hidupnya. Terjebak dadah kerana dianiaya, namun beginilah takdir hidupnya.

Awak dah mandi,gosok gigi tak? Dah makan? Macam mana nak dapat duit kalau tak kerja. Sambil memeriksa kukunya memastikan dirinya terurus.

“Baru lepas mandi puan.. duduk-duduk je kat sini, nanti ada rezeki ada orang bagi makan..” ujarnya masih dengan wajah tersenyum begitu.

“Nak ambik gambar dengan puan boleh?

Awak ada henpon ke?

“Takde.. guna henpon puan la.. Nanti puan simpan gambar saya jadi puan tak lupa saya lagi..”

Ok.. awak senyum la.. saya simpan gambar awk..

Ni apa yg awak genggam?

“Mainan saya ni puan.. saya buat sendiri.. boleh teman saya gi mana-mana.”

Azlan.. jaga diri.. jangan terus macamni.. cuba cari kerja apa yang awak mampu.. kalau tak ada makanan.. minta elok-elok kat orang yang baik hati. Jangan mencuri, jangan ganggu orang nanti orang tangkap dan pukul awk..

“Tak puan saya tak kacau orang.. saya duduk diam-diam saja. Nanti puan datang la lagi tengok saya kat sini..

Meninggalkan dia dengan sedikit bekalan dan senyuman.. akak berlalu dari situ.. bermuhasabah diri sendiri. Apalah daya nak mengatur jalan hidup semua yang pernah kita “jaga”.

Mungkin takdir hidupnya sudah begitu, moga Allah sentiasa memberi perlindungan padanya. Dunia & akhirat..

Tapi dari situ Allah juga memberi kita kebahagiaan, kegembiraan bila pernah membantu insan yang diuji dengan seikhlas hati. Bila mampu mengukir senyuman di wajah insan istimewa, nikmatnya lain. Rasa sedih namun terubat hati.. walaupun pengakhiran cerita tak semuanya sempurna.

Begitulah.. kisah klien istimewa.. mungkin ahli syurga.. kadang-kadang.. insan sebegini lebih mengenang budi dan jasa dari yang lebih sempurna..

Kita memang tak selalu bertemu orang yang baik.. tapi tetaplah jadi baik untuk setiap orang yg kita temui.

Mingguan Wanita : Moga Azlan dipermudahkan urusan. Orang baik Allah sayang.

Sumber: Nadia Hazmi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora