Sungguh bersikap terpuji, apabila sanggup menggadai diri tanpa berfikir panjang demi menyelamatkan individu lain yang sedang berada di dalam kesusahan.
Seorang lelaki sanggup menggadai nyawa menyelamatkan tiga individu hampir lemas selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam tasik dekat Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, di sini, tengah hari tadi.
Penolong Penyelia Kilang, Suzaini Mohd Sadali, 43, bertindak demikian selepas menyedari nahas berkenaan ketika dia sedang memandu kereta berhampiran tasik terbabit.
“Saya sedang memandu kereta melalui kawasan sebelah tasik dan ternampak kereta terbabas ke dalam tasik lalu terus berhenti sebelum ternampak dua mangsa perempuan di sebelah tempat duduk pemandu dan penumpang belakang berpaut pada badan kereta sambil menangis.
Ads
“Pemandu kereta, seorang lelaki pula sudah terkapai-kapai. Bila nampak saya, dia menjerit minta tolong, saya terus terjun tanpa fikir apa-apa, tak fikir panjang kerana kasihan melihat mereka terkapai-kapai dan menjerit minta tolong,” katanya.
Berjaya Selamatkan Semua Mangsa
Katanya, dia berjaya membawa mangsa lelaki ke tepian tasik sebelum dua lelaki lain membantu menyelamatkan dua wanita berkenaan dengan menarik kedua-dua mangsa ke tebing.
“Alhamdulillah, semua berjaya kami selamatkan. Memang ini pengalaman tak boleh dilupakan, baru saya tahu, tasik ini memang dalam,” katanya.
Memang Tahu Berenang
Suzaini berkata, sebelum kejadian itu, dia bersama anak lelakinya, Muhammad Haziq Asyraf, 12, dalam perjalanan pulang ke rumah di Parit Yaani selepas anaknya mendapatkan pemeriksaan mata di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di pusat bandar.
Ads
“Saya memang tahu berenang dan tasik ini juga sering jadi lokasi saya memancing. Selepas menyelamatkan lelaki itu, baru saya tahu penat bukan kepalang dan saya memang sudah tak larat lagi untuk selamatkan dua yang lain.
“Mujur ada dua lelaki datang membantu hingga kami berjaya menarik semua mangsa ke tebing dengan menghulurkan kayu yang ada di kawasan itu,” katanya.
Kejadian terbabit tular di media sosial dengan komen-komen memuji tindakan Suziani dan mereka yang membantu menyelamatkan tiga mangsa berkenaan.
Mingguan Wanita:Alhamdulillah. Semua mangsa berjaya diselamatkan. Tahniah buat lelaki ini, sungguh bersikap terpuji sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan insan lain yang memerlukan pertolongan.
Mak-mak memang terasa bila harga bawang makin mahal. Dari beli bawang mahal-mahal, mungkin duit tu boleh beli keperluan lain. Bayangkan harga bawang India meningkat mendadak daripada RM5 sekilogram kepada RM10.93 dalam tempoh dua bulan ini berikutan gangguan bekalan dari negara pengeluar.
Kenaikan harga bawang besar dan bawang ros (bawang kecil) India berlaku secara mingguan sepanjang awal bulan September hingga penghujung tahun lalu. Memang masalah ini sangat dirasai mak-mak.
Harga bawang yang naik mendadak kebelakangan ni membuatkan ramai tukang masak dan suri rumah susah hati. Sebagai alternatif kepada bawang, boleh saja gantikan dengan beberapa bahan lain dalam masakan mengikut kesesuaian atau masak menu yang tak menggunakan bawang sebagai perencah. Antara yang boleh digunakan sebagai pengganti bawang (seperti dalam gambar):
1. Leek atau ada yang panggil bawang perai atau daun kucai cina.
2. Fennel atau dalam bahasa melayu Andas.
3. Chives atau dalam bahasa melayu kucai.
Contohnya macam dalam hidangan pasta yang dimasak (seperti dalam gambar), saya gunakan hirisan leek dan tak menggunakan bawang putih mahupun merah dalam menu pasta tu. Rasanya sedap juga, tak banyak beza pun. Sedap sesuatu masakan itu bukan bergantung hanya pada satu bahan, banyak lagi bahan-bahan lain yang boleh digunakan.
Cuba Pelbagaikan Cara Masakan
Melainkan anda berniaga makanan yang memang menggunakan bawang dalam semua menu makanan. Itu tak dapat nak elaklah. Tapi kalau untuk masakan harian di rumah, boleh saja masak menu tanpa bawang. Banyak je resipi yang tak menggunakan bawang seperti Ayam atau daging panggang, ikan bakar, masak lemak cili padi Nismilan dan banyak lagi. Gunakan bahan perapan lain untuk rasa yang berlainan.
Another alternative, start tanam bawang sendiri. Pilihan di tangan kita kan? Don’t complicate life! Dah reda nanti, dah turun harga bawang nanti, bolehlah back to normal menu. Apa susah?
MW: Jadi mak-mak jangan risau, selain bawang merah anda boleh gantikan bawang dengan pilihan di atas seperti leek, fennel dan chives. Mungkin selama ini kita agak asing dengan penggunaan tiga bahan ini, bermula hari ini pelbagaikan bahan masakan, asalkan rasa tidak lari.
Keberanian & kelantangan Kavita Sidhu dikagumi. Model dan juga penggiat dunia seni, Kavita Sidhu dilihat tiada sekelumit rasa gentar atau bimbang dalam memperjuangkan Palestin daripada ditindas. Dek kerana itu juga dirinya telah dinobat sebagai pemenang Aktivits Perjuangan Palestin.
Malah diri jelitawan itu juga tidak berasa gentar walaupun disekat di media sosial, ini kerana hampir setiap hari dia menyebarkan kesedaran mengenai penindasan rakyat negara itu.
Keberanian & Kelantangan Kavita Sidhu Dikagumi
Kavita juga pernah menyertai ribuan masyarakat Malaysia berhimpun di Dataran Merdeka untuk solidariti rakyat Palestin tanpa menghiraukan panas atau hujan. Ketika itu, Kavita tampil berpakaian serba putih dan mengenakan mafla Palestin dilihat tampil berucap di hadapan khalayak sambil melaungkan keamanan.
Malah Kavita juga menyeru seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama mahu pun bangsa perlu bersatu-padu menentang keganasan rejim Israel terhadap Palestin yang dinafikan hak mereka sebagai manusia yang mempertahan tanah air sendiri.
Tegasnya, sokongan tidak berbelah bahagi kepada penduduk di bumi anbia itu perlu dilakukan sepanjang masa.
Justeru jasa dan keberaniannya, Kavita kini diangkat penerima Ikon Wanita Usanita sebagai Aktivis Perjuangan Palestin. Anugerah itu diberikan Usanita Sdn. Bhd. dan disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka baru-baru ini.
Pada yang sama, bekas menteri Kabinet iaitu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pula dipilih Ikon Wanita Usanita bagi mengiktiraf beliau sebagai contoh teladan dan ikon kepada setiap wanita di Malaysia.
Penghormatan Kepada Wanita-Wanita Hebat
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan berkata, majlis penganugerahan itu adalah penghormatan kepada wanita-wanita hebat yang telah menunjukkan keberanian dan kecekalan dalam pelbagai bidang.
Menurutnya, pengiktirafan yang diberi diharap dapat menyuntik semangat lebih ramai wanita untuk terus berdiri teguh dan jangan mudah patah semangat, walau apa jua cabaran yang dihadapi.
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penaung Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Rizalman Ibrahim yang juga pereka fesyen terkenal negara berkongsi rasa hati di laman instagramnya. Di pusat pengajian itulah anaknya, Umar Nail menimba ilmu. Bersahabat dengan anak-anak syurga ini membuatkan hati ayah ini begitu terkesan dengan kehilangan anak-anak tahfiz yang juga sahabat anaknya.
“Saya merasa amat-amat terkesan akibat kejadian ini kerana ada di antara mereka telah menjadi sahabat Umar Nail, saya sendiri dan telahpun bergelar anak-anak ‘angkat’ saya selama ini. Kerana selalu sudi memenuhi undangan saya baik di rumah atau di pejabat. ketika meraikan apa-apa majlis termasuklah majlis sambutan hari jadi saya pada tahun lepas.”
Kehadiran anak-anak ini bukan sekadar memberi ketenangan dalam majlis yang dianjurkan beliau. Malahan kekayaan doa yang anak-anak ini titipkan sampai ke lubuk jiwa.
“Kekayaan doa-doa mereka yang mereka sampaikan pada Allah, pada saya dan keluarga, ketulusan hati mereka, wajah-wajah suci mereka, pengorbanan zaman remaja menuntut ilmu Allah melalui Al Quran, perasaan hormat mereka ketika mencium tangan saya setiap kali berjumpa dan berpisah terasa dingin syurganya.”
Pesan Datuk Rizalman Lagi
√ Pada ustaz @yusufdqi yang telah berkorban menjaga kebajikan anak-anak ini hingga ke akhir hayat beliau saya hanya mampu berdoa.
√ Pada ibu bapa anak-anak ini, Allah telah memilih anda sebagai tetamuNya di syurga bermula dari sekarang kerana anda adalah yang terpilih mempunyai jiwa yang kental untuk melalui dugaan ini.
“Saya masih ingat memberi ucapan pada malam majlis hari jadi ini dan saya tujukan khas pada anak-anak ini yang berbunyi, ‘ Keindahan malam ini dengan rangkaian tetamu yang hadir berpakaian serba putih sebegini seolah-olah seperti kita semua berada di dalam syurga Allah dan begitulah kehendaknya jika di izinkan…’
“Sempat saya berpelukan dengan pengetuanya tadi, beliau berbisik ‘Maafkan saya.. ‘ Air mata kami berjuraian.
“Sanggup saya bina rumah baru kami di kawasan berdekatan madrasah ini supaya anak-anak kecil ini boleh bertandang dan bermandi manda di kolam renang di rumah ini nanti. Ternyata Allah telah menyediakan bukan kolam malah kali syurga yang mengalir lebih tenang dan indah buat mereka terlebih dahulu. Bernaunglah kalian pada naungan Arash yang akan merupakan tempat yang disediakan.”
Umar Nail
Buat Umar anakanda ku, lihatlah kebesaran Allah dan fahamilah apa itu qada dan qadar. Babah masih bisa memiliki mu dan kita semua adalah pinjaman dariNya
Inilah madrasah tahfiz anak saya Umar Nail ketika sebelum melanjutkan pelajaran beliau di STIAS. Banyak nyawa terkorban akibat kebakaran subuh pagi tadi. Semoga semua roh yang terkorban ditempatkan Allah SWT pada kedudukan yang setinggi tingginya di sisiNYA. Pada semua ibubapa serta kaum keluarga saya ucapkan takziah.
Cukup terharu kerana anak-anak inilah yang selalu saya jumpa ketika menjemput mereka ketika adanya majlis berlangsung.