Bukan mudah sebenarnya bagi seorang wanita melalui fasa mengandung selama 9 bulan. Kepayahan menanggung alahan, ‘membawa perut’ 9 bulan, sakit pinggang, kaki kejang dan sebagainya, namun tetap gigih bekerja serta menguruskan rumahtangga dengan sempurna. Selalu wanita mengatakan diri kuat, boleh buat semua perkara. Namun hakikatnya, kepenatan dan lelahnya hanya diri sendiri yang merasainya.

Wanita dalam keadaan sebegini cukup bertuah jika dikurniakan suami yang sangat menghargai dan memahami kepayahan isteri ketika sedang sarat mengandung.

Pelakon Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafril,31 memang diketahui sering mengusik isterinya didalam postingnya di Instagram. Namun baru-baru ini, pelakon utama drama rantaian Cari Aku Di Syurga ada berkongsi momen manis dan penghargaan buat isteri tersayang Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali Wawa Zainal, 28 yang kini sedang sarat mengandung anak ketiga mereka.

“Saya Tahu Awak Penat Walaupun Selalu Kata Kuat, Boleh Buat” Aeril

Memahamai kepayahan isteri yang sedang mengandung, sering keletihan namun tetap rajin dan gigih bekerja. Aeril mengaku dirinya tak sekuat wanita dalam menghadapi keadaan sedemikian.Pelakon ini juga turut meminta agar para peminatnya mendoakan isterinya dipermudahkan ketika bersalin tidak lama lagi.

IKLAN

“Saya Tahu Awak Penat Walaupun Selalu Kata Kuat, Boleh Buat” Aeril

Berikut perkongsian tersebut;

“Ok la ok la ni yang version sebenar..Gurau-gurau sayang.Kepada isteriku Wawa zainal saya tahu awak penat kandungkan baby selama 9 bulan.Saya tahu awak penat walaupun awak selalu kata awak kuat, awak boleh buat.. saya tahu awak penat kena pegi meeting sana sini.kerja kuat untuk bisnes kita. Saya tahu semua tu.. terima kasih sayang untuk segalanya . Ya! Kita lelaki tak sekuat wanita. Doakan Di permudahkan urusan isteri saya bersalin nanti.”

“Last… lirik lagu tu kata HANYA BIDADARI SEBAGAI GANTI.. tapi awak tiada pengganti.”

IKLAN

Memang terbaiklah, Aeril Zafril! cukup memahami pengorbanan dan kepayahan isteri yang sedang sarat mengandung. Mingguan Wanita mendoakan semoga wawa dipermudahkan urusan ketika bersalin. Semoga bertambah kebahagiaan didalam rumahtangga pasangan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya.

IKLAN

“Saya Tahu Awak Penat Walaupun Selalu Kata Kuat, Boleh Buat” Aeril

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Baca Lagi Di Sini: “Setelah 6 Tahun Kahwin Dengan Aeril, Ini Rumah Pertama Kami, Susah Senang Bersama..” Wawa Zainal

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI