“Saya Rindu Ibu..” Tertunggu-Tunggu Penjaga Datang Jemput, Rupanya Ibu Tidak Mampu Menjaganya Lagi!

Share

Saya rindu ibu. Anak-anak kalau sehari tak nampak mak, mesti akan mencari-cari. Sementelah yang dah besar, rindu pada pelukan, masakan dan paling penting bebelan mak-mak.

Inilah menjadi penguat semangat dan pengubat rindu anak-anak pada mak. Syurga kan di tapak kaki ibu.

Namun, ada tak mak yang tak sayang anak. Tak mustahil. Mungkin ada sebab tertentu yang seorang mak itu sanggup buat begitu. Luaran tidak suka tapi dalam hati, hanya Allah saja yang tahu betapa sayang dan kasih anak yang dikandung dan dilahirkan itu.

Bagi anak pula, mak garang, marah sekalipun, dia tetap akan mencari maknya. Apatah lagi kalau anak jauh di mata, bersekolah di asrama dan sebagainya.

Kisah yang cukup membuatkan mak-mak di luar sana menahan sebak bila mendengar luahan seorang anak, ‘saya rindu ibu’. Sebaliknya orang yang dirindui itu tidak mampu menjaganya. Allahuakbar.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Viral Drama ‘Rindu Kasih’, Banduan Boleh Jaga Anak Di Penjara Sampai Usia 3 Tahun

Jaga Anak Memang Penat, Berkepit 24 Jam, SUATU HARI Mak Ayah Pula Perlukan Perhatiannya

Saya Sayang Ibu, Tapi Ibu Tidak Mampu Menjaganya

“Mana Ada Ibu Tak Sayang Anak??”

Anak ini dibenarkan cuti bermula Khamis lepas. Dari siang hingga malam, tak ada yg jemput. Penjaganya maklumkan, ada masalah tak dapat datang. Tunda hari Jumaat.

Pagi Jumaat, anak ini tanya lagi. Setelah kami tanya penjaga, jawabnya lepas Solat Jumaat. Lepas solat Jumaat, tak ada. Menjelang maghrib, pun tak ada. Lepas solat isya’, tersengih-sengih anak ini datang tanya lagi minta kepastian.

Saya sendiri sebenarnya tak ada jawapan yg pasti. Saya hanya jawab seperti apa yg penjaganya sampaikan. Alasan-alasan yg dimaklumkan pada saya, itulah yang saya sampaikan.

Sekadar bergurau, saya tanya dia “Yang nak balik sangat ni kenapa, tak best ke duduk sini. Macam-macam benda boleh main..

Dia tersengih sambil menjawab “Sini best, tapi nak balik kejap je, SAYA RINDU IBU..”

Jawapan dia buatkan saya tersentap. Jawapan yang membuatkan saya ambil keputusan untuk hantar sendiri sampai pintu rumah.

Saya tak buang masa lagi untuk tanya penjaganya samaada jadi datang atau tidak. Terus saya minta anak ini siap-siap untuk berangkat. Saya cuma sempat bungkuskan sedikit barang keperluan dapur dan makanan untuk dia bawa bersama.

Kita faham, mungkin penjaganya berat nak jemput anak ini pulang kerana terbeban dengan makan minumnya nanti di rumah.

Perjalanan lebih kurang 100km. Macam-macam perihal keluarga dia yg sempat saya tanyakan. Memang sulit jalan ceritanya dan amat menyedihkan.

Tiada Orang Di Rumah

Setibanya dihadapan rumah, hal yg tak disangka berlaku. Rumahnya kosong tak berpenghuni. Dan ketika sudah didepan rumah itulah, baru kami dimaklumkan, yg sebenarnya.. IBU YANG DIRINDUI ITU, SUDAH TIDAK MAMPU MENJAGANYA LAGI.

‘Ibu’ yang diceritakan sejak tadi, bukanlah ibu kandung. Ibu kandung anak ini masih ada, namun lebih jauh lagi. Jauh jasmani dan rohani. Sudah berpisah dengan ayah kandung anak ini dan tinggal dengan suami di luar negeri.

Kedua-dua ‘Ibu’ ini pula pasti ada kisah dan cerita mereka sendiri. Kita pun tak tahu pasti apa yang mereka hadapi.

Iktibar buat kita yang masih punya keluarga. Berkasih sayanglah! Sementara semuanya masih ada. Apapun, sekarang kami sudah kembali ke Baitul Jannah.

Semoga anak ini kuat menghadapi hari-hari mendatang..

Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah Negeri Pahang

#kisahanakbaituljannah

Mingguan Wanita : Hargailah anugerah dan rezeki yang Allah berikan. Ada sebab tentu mak-mak sanggup lakukan sedemikian. Kita tak tahu. Tapi, jauh di sudut hati, mestilah seorang mak sangat menyayangi anak-anaknya. Pervayalah.

Sumber: Ishraaf Mazlan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora