“Saya Rindu Awak” Warkah Hati Salamiah Hassan Ziarah Pusara Arwah Suami Tercinta

Share

“Saya Rindu Awak” begitulah luahan hati penyanyi evergreen Salamiah Hassan sewaktu menziarahi pusara arwah suami tercinta.

Salamiah yang baru saja melayari bahtera perkahwinan dua bulan lalu terpaksa menelan berita duka di atas pemergiaan suami tercinta, Allahyarham Gerry Hughes yang meninggal dunia di Tasmania, Australia pada 4 November lalu.

“Saya Rindu Awak”

Menerusi perkongsian di Instagram Story baru-baru ini, ternyata Salamiah begitu merindui suaminya. Gerry pergi menghadap Ilahi akibat kanser kolon.

‘I miss u’, itulah ungkapan buat arwah suami yang dirinduinya.

Arwah Gerry pergi menghadap Ilahi akibat kanser kolon. Salamiah memuat naik dua gambar kubur suaminya termasuk gambar dia di sisi kubur itu.

Hanya tinggal kenangan, sewaktu hari pernikahan Salamiah.

Atilia Temani Ibu

Pada waktu yang sama, Salamiah turut memuat naik gambar dia bersama anaknya yang juga penyanyi, Atilia Haron berserta keterangan gambar ditulis Atilia, ‘i am with my heaven @Salamiah Hassan’. Atilia kini berada di Burnie, Tasmania untuk menemani ibunya.

Untuk rekod Salamiah hidup sendirian sejak 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz pada 1986. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah.

Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.

“Salam Takziah Mama” Warganet

Ruangan komen dibanjiri ucapan takziah buat Salamiah yang telah kehilangan suami tercinta.

Baca Disini : 35 Tahun Hidup Sendirian, Jodoh Salamiah Hassan Hanya Dua Bulan. Suami Meninggal Mengejut

36 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Salamiah Bernikah Usia 71 “Semoga Allah Memberkati Segala Urusan, Buat Yang Mendoakan”  

Hanya tinggal kenangan, sewaktu majlis pernikahan Salamiah dan arwah suami.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mingguan Wanita : Semoga Mama Salamiah terus kuat ya!

Sumber : Instagram Salamiah Hassan

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh