Ajal dan jodoh ketentuan tuhan,berpuluh tahun hidup bersama peluang berbakti pada pasangan sehingga ke akhir hayat ternyata beri kepuasan yang tersendiri.
“Saya puas hati dapat berbakti terhadapnya sepanjang 48 tahun perkahwinan kami.”
“Dia (Mek Habsah) ada cakap umurnya dah tak lama. Saya pun faham dan reda sebab terlalu lama dia sakit.
Demikian kata Rahamis Hamid, 72, suami kepada penyanyi dan pelakon, Habshah Bakar yang meninggal dunia pagi ini.
Habsah, 67, atau lebih sinonim dengan panggilan Mek Habsah menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat masalah paru-paru kronik pada jam 2.45 pagi.
Rahamis berkata, isterinya kritikal sejak Jumaat lalu apabila keadaan kesihatannya menurun.
“Hari-hari saya tak pernah tertinggal datang melawatnya di wad. Dia dah hilang selera makan sejak Jumaat sehingga Ahad.
“Dia tanya saya pada Jumaat itu boleh tak balik rumah? Saya kata nak balik macam mana kerana paras oksigennya menurun 30 peratus dan dia perlukan oksigen. Sabtu lalu saya datang melawatnya dan doktor beritahu suruh tunggu.
“Katanya Mek Habsah akan pergi bila-bila masa. Harapan untuk pulih dah tiada. Dia dalam keadaan tak sedar kerana doktor bagi ubat morfin untuk bagi dia tenang,”
katanya yang ditemui di Masjid Bilal Bin Rabah, di sini, hari ini.Menurutnya, anak-anak dan cucu juga sudah dibawa menziarahi Mek Habsah semasa akhir hayatnya.
“Saya akan kenang saat-saat indah sepanjang kami bersama. Kali terakhir kami keluar berdua ialah semasa hadir ke majlis perkahwinan Datuk Siti Fairuz pada 24 Jun lalu.
Allahyarham Mek Habsah meninggalkan dua anak iaitu Rosmawaty dan Rosmarina serta 10 cucu.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Mesti Baca:Pasangan Sehidup Semati, Isteri Meninggal Hanya 34 Minit Selepas Suami Dijemput Ilahi
Baca Lagi Di Sini:“Sempat Ajar Isteri Mengucap.” Sehidup Semati! Selang Sejam Setengah Suami Pula Pergi Selamanya
Artikel Menarik:“Terima Kasih Jadi Suami Saya Walaupun Hanya Untuk 2 Minggu, Tuhan Lebih Sayangkan Awak”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Hmetro