Tahun lalu, sepasang kaki milik Rosyam Nor meredah 47.2 kilometer dari Masjid Karangkraf, Shah Alam ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
Tahun ini, pada 21 Ogos kam 10.30 pagi sekali lagi sepasang kaki itu bakal mendaki 2,200 anak tangga Menara Kuala Lumpur. Satu jam ujian mental dan fizikal itu bakal memberi satu mesej penting bukan saja untuk diri Datuk Rosyam Nor malah seluruh rakyat Malaysia.
Ianya misi kerohanian, satu kesinambungan dari promosi Walk for World#QuranHour yang dicetuskan oleh beliau dahulu. Kini diteruskan dengan misi Climb for Wold#QuranHour.
Inti pati surah Yasin jadi pembakar semangat ikon Rumah Ngaji Yayasan Warsan Ummah Ikhlas (WUI) ini. Sepotong ayat itu jelas menerangkan akan kelebihan dua anggota badan iait kaki dan tangan yang mempunyai kekuatan.
“Kaki itu adalah macam mana kita bergerak ke arah kejayaan dan tangan digunakan untuk mengangkat. Simboliknya, kita membawa bendera itu dengan tangan dan kekuatan kaki untuk memanjat.”
“Saya adalah pendosa yang ingin ke syurga. Dalam usia sebegini, hati mulai terdetik, apa sumbangan daripada seorang insan yang bernama Rosyam ini?
“Apakah nasib selepas ini? Alhamdulillah, selepas penglibatan dengan program-program kerohanian ini, karier seni bertambah baik, malah kelompok peminat semakin berkembang
.” – Datuk Rosyam NorWorld #QuranHour akan berlangsung pada 9 Zulhijah 1438 Hijrah bersamaan 31 Ogos 2017 bermula jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang, di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak, manakala Merdeka #QuranHour bermula jam 8.30 malam di Dataran Merdeka.
Sumber/Foto: Sinar Harian via Mingguan Wanita