Bukan mudah untuk menerima hakikat dan kenyataan bahawa diri pernah membunuh insan tersayang. Pasti banyak yang tak terluah dengan kata-kata.
“Saya nak cakap satu sahaja, saya nak lawat kubur bini (isteri) saya.”
Begitulah permintaan seorang seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal kepada anggota polis mahkamah ketika dibawa keluar dari kandang pesalah Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Tertuduh, Mohamad Nizarman Hassim, 27, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya di dalam sebuah rumah di Simpang Empat, di sini pada 5 Mac lalu.
Tertuduh, bagaimanapun hanya menjawab faham selepas pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, di sebuah rumah di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, di sini.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Mac lalu sekitar jam 6.45 pagi dan 8.50 pagi.
Oleh hal demikian, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Ads
Pendakwaan dilaksanakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh memakai baju kemeja T berwarna merah dan seluar hitam, kelihatan tenang apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Nordin memohon mahkamah untuk mempertimbangkan agar tertuduh dihantar ke sebuah hospital psikiatri untuk penilaian mental selama sebulan.
Ana Rozana kemudian membenarkan permohonan Mohd Nordin dan mahkamah kemudian menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penilaian psikiatri tertuduh.
Ads
Terdahulu, tertuduh tiba di mahkamah sekitar jam 8.50 pagi menaiki trak polis sambil dikawal ketat oleh anggota polis yang bertugas.
Tembak Mati Isteri
Media sebelum ini melaporkan tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis menembak mati isterinya, Safsufarnisya Salleh, 26, yang juga suri rumah kira-kira jam 6.45 pagi di dalam bilik di kediaman keluarga pasangan terbabit di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat pada 5 Mac lalu.
Kejadian berlaku selepas suspek yang berasal dari Setiu, Terengganu itu baharu sahaja tamat syif tugasannya dan berdasarkan saksi kejadian iaitu bapa mentuanya, dia tiba-tiba mengeluarkan pistolnya jenis Walther P99 dan melepaskan lebih lima das tembakan pada jarak dekat ke arah isterinya.
Ads
Tembakan mengenai bahagian muka terutama di bahagian mata sebelah kiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan buat anggota polis ini.Jika benar bersalah semoga mendapat pembalasan setimpal dan sekiranya mempunyai masalah mental, semoga mendapat rawatan sebaiknya.
Biar Allah membalasnya, diam adalah kunci kekuatan, isteri reda dicerai lepas 2 minggu kahwin. Jika sebelum ini ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan bekas maknyah dan bekas pengkid yang mengambil keputusan berkahwin dan mendoakan agar perkahwinan mereka kekal hingga jannah.
Ini kerana lima hari berkenalan, keduanya ada perasaan untuk mendirikankan rumahtangga. Bahkan perkahwinan Danny dan Nur Azera Fatehah Abdullah 22 tahun sangat meriah. Namun jodoh keduanya tidak lama, hanya mampu bertahan dua minggu sahaja sebelum Danny dilihat membuat kenyataan akhbar dirinya sudah menceraikan Yan, isterinya itu.
Biar Allah Membalasnya, Diam Adalah Kunci Kekuatan
Dalam satu kenyataan semalam, Adam atau mesra disapa Danny berkata, dia sudah memujuk bekas isterinya tetapi dia mahu dilepaskan, jadi saya lepaskan, dakwanya dalam temubual tersebut.
Namun di sebalik kisah itu, bekas isterinya, Nur Azera memuat naik satu video penceramah yang mengatakan orang yang berbuat buat kepada kita, Allah yang akan membalasnya. Bahkan Yan turut menulis di Tik Toknya @nrazraftah.
@nrazrafthahSABAR SAYA DIAM SAYA ITU LAH KUNCI KEKUATAN SAYA UNTUK MENGHADAPI ALLAH ,BIAR LAH TAKBUR DENGAN FITNAH APA ORANG SAMPAI KAN PADA SAYA ,SAYA REDHO SUATU HARI NANTI BIAR ALLAH YANG AKAN MEMBALAS NYY AMIN ,SAYA DIAM ITU ADLH KUNCI BAGI SY BIAR ALLAH SENDIRI YANG ATUR KAN CUKUP SAYA SUJUD MINTA PADA ALLAH APA YANG TERJDI DLM HDP SAYA 🙂♬ bunyi asal – a
Isteri Reda Dicerai Lepas 2 Minggu Kahwin
“Sabar saya diam. Itulah kunci kekuatan saya untuk menghadapi Allah. Biarlah takbur dengan fitnah apa orang nak sampaikan kepada saya.
“Saya redha. Satu hari biar Allah yang membalasnya, amin.
Tambah Yan lagi, diam itu adalah kunci bagi dirinya. Katanya lagi, biar Allah yang mengatur segalanya. Cukup saya sujud meminta pada Allah, apa yang terjadi dalam hidup saya,” katanya.
Sensasi! Wanita miliki 4 suami! Yakin perkahwinan sebelumnya telah bubar dengan sendiri tanpa daftar ke mahkhamah. Akhirnya hanya berkahwin 2 minggu sebelum suami memfailkan faraq perkahwinan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gara-gara hobi kesayangan memang ada orang yang sanggup melakukan apa saja. Biarlah orang nak kata apa pun.Mak-mak yang ada banyak koleksi pinggan mangkuk kesayangan tu, jika risau hilang, pecah atau dicuri pernah tak terfikir nak jadikan hiasan pada dinding rumah? Memang tak dapat bayangkan pinggan mangkuk biasanya dipakai untuk kegunaan harian, dijadikan hiasan memenuhi dinding rumah.
Obses Porselin
Akibat terlampau obses dengan porselin dan punyalah sayang seorang lelaki warga Vietnam sanggup menghiasi rumahnya dengan 10,000 pinggan, mangkuk dan tembikar diperbuat daripada bahan itu.
Jadi Perhiasan Dinding Sejak 25 Tahun Lalu
Oddity Central melaporkan, Nguien Van Truong, 58, menjadikan barangan itu sebagai perhiasan di dinding rumahnya, sejak 25 tahun lalu. Dia mula menggemari perhiasan porselin selepas bersara sebagai anggota tentera dan kembali ke tanah air di kampung Kieu Son yang terletak di wilayah Vinh Phuc.
Selepas itu, Truong menjadi tukang kayu dan mengumpul pelbagai barangan antik yang diperbuat daripada porselin. Dia kemudian berjinak-jinak sebagai pengumpul sehingga sanggup menjelajah sehingga ke wilayah di utara Vietnam semata-mata untuk mendapatkan barangan berkenaan.
Lelaki itu juga terpaksa berbelanja besar bagi mendapatkan koleksi diinginkan yang sebahagian besarnya dihasilkan pada abad ke-17 dan ke-18.
Pada awalnya, Truong mahu menjual semula koleksi porselinnya, namun melupakan hasrat itu kerana terlampau sayangkan barangan itu.Bagaimanapun, hobi itu sukar diterima oleh keluarganya memandangkan dia perlu mengeluarkan belanja besar.Adakalanya, lelaki itu sanggup meminjam wang asalkan dapat membeli perhiasan berkenaan.
Truong berkata, dia menjadikan barangan porselin itu sebagai dekorasi dinding rumahnya kerana khuatir ia pecah atau dicuri. Menurutnya, dekorasi dilakukan itu juga caranya untuk memastikan koleksi porselin miliknya terus terpelihara.
MW: Kalau dah jadi hobi dan barangan kesayangan tu memang sanggup buat apa sahaja. Biarlah orang nak kata apa. Tapi kalau kita ada koleksi pinggan mangkuk banyak kat rumah pun, sanggup ke jadikan perhiasan dinding macam ni?
Pengacara dan pelawak Jihan Muse dan suami Ungku Hariz Faizal rasa lega bila anak kesayangan mereka menunjukkan riak wajah ‘selamba’ semasa melakukan ujian calitan Covid-19 di kediaman mereka baru-baru ini.
Pada awalnya Jihan dan suami cukup risau memikirkan tentang hero mereka, Ungku Arsalan Haq. Namun masing-masing menarik nafas lega bila Ungku Arsalan tidak menangis.
Wajah ‘Selamba’ Ungku Arsalan ‘Steady Saja’
Difahamkan Jihan sekeluarga melakukan ujian calitan tersebut di rumah mereka. Memandangkan usia anaknya baru saja tiga tahun sudah pasti dia dan suami berasa gundah memikirkan tentang reaksi anak lelakinya itu.
“Isnin lepas kami sekeluarga buat ujian calitan Covid-19 di rumah dengan @medi.safetest.
“Punya kami risau Arsalan tak tahan rupanya terbalik. Arsalannya steady saja. Dan semalam kami terima keputusan dan kesemuanya negatif. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT,” tulis Jihan menerusi entri akaun Instagramnya.
Malah Jihan juga berasa cukup lega bila Ungku Arsalan memberi riak wajah biasa seolah tidak berasa sakit.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...