“Saya nak anak-anak rasa mereka ada abah walaupun tak sama macam orang lain” Shu Sukri. Itu antara luahan Nurul Shuhada Mat Shukri atau lebih mesra dipanggil Shu Shukri yang juga bekas isteri Hafidz Roshdi tentang anak-anaknya yang sangat merindu ayah mereka.

“Saya Nak Anak-Anak Rasa Mereka Ada Abah”

Hati ibu mana juga yang tidak sedih apabila melihat anak-anak rindukan kehadiran seorang bapa. Malah anak kedua mereka juga meminta membeli robot pengganti abah.

“Ibu, belilah abah robot di Shopee,” ungkap Umar.

Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro Online, sebagai ibu dirinya tidak sampai hati melihat anak-anak merasai kekurangan kasih sayang dan berharap agar Hafidz dapat berikan komitmen dan tanggungjawabnya.

“Saya harapkan komitmen dia sebab anak-anak dia juga. Saya nak anak-anak saya rasa mereka ada juga abah walaupun tak sama macam orang lain. Sekurang-kurangnya, mereka rasa kehadiran seorang abah.

“Umar asyik cakap suruh beli roboh abah. Jenuh saya nak cari. Saya tak mahu dia ada perasaan begitu. Saya nak kita sama-sama bagi anak tak rasa kurang kasih sayang itu,” ungkap Shu yang juga sangat sedih apabila anak lelakinya itu pernah meminta ‘pinjam’ ayah daripada sepupunya.

Anak Sulung Tak Kisah, Umar Masih Kecil

Shu juga mahu Hafidz mengasihani anak-anak.

“Humairah dah jadi macam saya, dah mula tak kisah sebab dah mula membesar. Umar mungkin sebab dia masih kecil, jadi dia tengok sepupu-sepupunya ada ayah, dia macam teringin nak ada ayah.

“Pernah juga dia pergi kepada sepupu dia dan cakap nak pinjam ayah dia. Kasihanlah dekat anak-anak, kan. Kalau bercakap mengenai anak-anak, saya sensitif sikitlah,” tambahnya lagi.

“Saya Nak Anak-Anak Rasa Mereka Ada Abah Walaupun Tak Sama Macam Orang Lain” Shu Shukri

Ads

Ingatkan Anak-Anak Hormat Bapa

Walaupun antara dirinya dan Hafidz sudah tiada hubungan namun Shu sentiasa mengingatkan anak-anak agar menghormati dan menyayangi bapa mereka.

“Saya beritahu dia, saya dan Hafidz dah bercerai. Humairah dengan abah, tak boleh ubah. Kena hormat dan sayang Hafidz itu. Jadi, saya selalu ingatkan dia bahawa tak boleh ubah hakikat itu.

“Mereka berdua dah faham walaupun agak mencabar juga untuk saya jelaskan. Sebab itulah saya perlukan bantuan kaunselor sebab mereka lebih profesional untuk uruskan situasi ini,” katanya.

“Saya Nak Anak-Anak Rasa Mereka Ada Abah Walaupun Tak Sama Macam Orang Lain” Shu Shukri

Kesal Hafidz Tidak Hadir

Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri kesal apabila Hafidz tidak hadir sesi tuntutan hadanah di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Untuk rekod Shuhada dan Hafidz berumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua anak, Humairah dan Umar sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 27 Julai lalu.

Ads

Baca Disini : Shuhada Sudah ‘Terlampau Move On’, Tak Pernah Terfikir Teringat Hafidz “Patutnya Dia Membantu Senangkan Anak-Anak”

Nurul Shuhada Minta Talak 2, Mahkamah Putuskan Pasangan Ini Sah Cerai Talak Satu

Sumber : Harian Metro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ads

Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI