
Kakak pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan maut di Senawang, Negeri Sembilan baru-baru ini tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia atas kenyataan yang dibuat berhubung insiden terbabit.
Memetik laporan dari Harian Metro, wanita dikenali Nur Athirah Najwa mengakui kesilapannya dalam mengeluarkan hantaran yang menyinggung perasaan serta mengundang kemarahan orang ramai.
“Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najwa, kakak kepada pelaku yang terbabit dalam kemalangan di Senawang.
“Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas ‘posting’ (hantaran) dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.
Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar beberapa kenyataan dimuat naik Nur Athirah yang seolah mempertahankan adiknya susulan insiden berkenaan.
“Saya sedar saya muat naik ‘posting’ dan komen itu dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal,” katanya.
Tindakannya itu mencetuskan kemarahan warganet yang mengecam pemandu Honda Jazz terbabit kerana memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa dua individu.
Media sebelum ini melaporkan dua pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Honda Jazz di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height di Negeri Sembilan pada 6 Mac lalu.
Dalam kejadian 8.30 malam itu, penunggang dan pembonceng Modenas Kriss disahkan maut di lokasi kejadian.
View this post on Instagram
Remaja Meninggal Dirempuh Pemandu Langgar Lampu Merah
Dalam kejadian tersebut, dua remaja berusia 15 dan 16 tahun yang menunggang motosikal jenis Modenas meninggal dunia selepas dirempuh pemandu kenderaan yang tidak berhenti di Jalan Persiaran Senawang 1, dekat persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Senawang.
Berdasarkan rakaman dashcam Haziq Adli Zulkiflee yang merakam kejadian ini, kereta Honda Jazz yang dinaiki dua orang remaja berusia 18 tahun bersama penumpang lelaki berusia 17 tahun dari arah Senawang ke Paroi didakwa tidak memberhentikan kenderaan meski pun lampu isyarat bertukar merah.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu remaja lelaki itu bersama seorang penumpang dari arah Senawang menuju ke Paroi gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah dan melanggar motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki kedua-dua mangsa serta sebuah lagi motosikal Honda Vario.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berkaitan kemalangan untuk tampil membantu siasatan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI