Gara-gara tak dapat tahan emosi lelaki muda ini, panas hati dan hentak cermin kereta yang dipandu wanita dengan topi keledar. Akibat tindakannya itu menyebabkan keretakan teruk pada cermin kereta.
Rakaman dashcam itu tular di media sosial, sejak semalam polis memburu lelaki itu yang digelar ‘abang botak’ oleh netizen. Kejadian yang disifatkan sebagai pembuli jalan raya ini menemui nokhtahnya apabila abang botak berjaya diberkas. Hari ini mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan.
Secara tak langsung, abang botak terpaksa menyambut lebaran dalam penjara. Sepatutnya Ramadan inilah masa untuk gandakan sabar dan menahan marah.
Ketika ditanya punca tindakannya itu oleh Majistret, maklumnya pemandu kenderaan itu hampir melanggarnya dua kali sehingga memaksanya menghimpit semula kereta tersebut.
“Saya himpit semula sebab nak ajak berbincang. Tapi dia telah tunjuk jari kepada saya.
“Itu yang menyebabkan saya bertindak sebegitu. Saya minta maaf.”
Dalam sebak abang botak atau nama sebenarnya, Danial Abdullah Tan, 31 membuat pengakuan bersalah kerana melakukan melakukan khianat terhadap pemandu kereta Perodua Alza milik Siew Chean Boon, 58.
Kenderaan itu dipandu anak Siew Cean Boon yang berusia 22 tahun di Jalan Kasturi, Seksyen 12 Taman Bukit Serdang.
Disebabkan tindakan tanpa berfikir panjang itu, lelaki ini tak dapat sambut lebaran dengan dua orang anaknya yang masing-masing, berusia tiga dan setahun.
Semoga apa yang dialami ini menjadi pengajaran berguna buat pekerja stor ini. Dan sesiapa saja yang memandu di jalan raya. Belajarlah berhemah dan bersabar.
Jalan raya untuk dikongsi bersama, negara kita ada undang-undang dan jangan sesekali bertindak melulu kerana emosi. Kelak diri yang akan menanggung akibatnya.
Sumber/ Foto : Sinar Harian