“Saya Merayu Semua Duduk Rumah, Tempoh 2 Minggu Ini Sangat PENTING Kepada Kita & Negara”

Share

Hari ini, bermulalah hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi beberapa negeri terpilih dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini. Iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah seperti mana dalam ucapannya dalam sidang media sebelum-sebelum ini, sekali lagi merayu kepada orang ramai untuk terus kekal berada di rumah, jangan ke mana-mana serta mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang dua minggu pelaksaan PKP ini.Bagi beliau ia amatlah penting bagi memastikan kes harian berkurangan, sekaligus dapat membendung penularan virus ini.

Memetik hantarannya di Twitter, dalam menghadapi gelombang ketiga pandemik ini orang ramai digesa untuk tidak menghadiri sebarang aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial, serta mengehadkan aktivit-aktiviti luaran yang tidak penting seperti yang digariskan dalam SOP.

Kes Harian Dijangka 8,000 Menjelang Mei

Katanya lagi, pematuhan SOP ini penting dikala trend jangkitan COVID-19 di Malaysia jelas menunjukkan peningkatan yang agresif.Diramalkan menjelang bulan Mei 2021, peningkatan kes harian boleh mencecah sehingga 8,000 kes.

Selain PKP, PKPB pula dilaksanakan ke atas 6 negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, dan PKPP di Perlis dan Sarawak.

Baca Lagi Di Sini:PKP: Murid Sekolah Rendah, Tingkatan Satu Hingga Empat Belajar Secara (PdPR)

MW: Setuju sangat dengan saranan oleh Ketua Pengarah Kesihatan ini. Sama-samalah kita tetap terus duduk di rumah dan hadkan pergerakan yang tidak perlu. Semoga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 2 minggu ini, dapat membantu mengekang gelombang ketiga pandemik COVID-19 ini di negara kita.

Sumber: Twitter Noor Hisham Abdullah

Published by
Suhaidah Abd Wahab