Hari ini, bermulalah hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi beberapa negeri terpilih dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini. Iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah seperti mana dalam ucapannya dalam sidang media sebelum-sebelum ini, sekali lagi merayu kepada orang ramai untuk terus kekal berada di rumah, jangan ke mana-mana serta mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang dua minggu pelaksaan PKP ini.Bagi beliau ia amatlah penting bagi memastikan kes harian berkurangan, sekaligus dapat membendung penularan virus ini.
Memetik hantarannya di Twitter, dalam menghadapi gelombang ketiga pandemik ini orang ramai digesa untuk tidak menghadiri sebarang aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial, serta mengehadkan aktivit-aktiviti luaran yang tidak penting seperti yang digariskan dalam SOP.
Ads
Kes Harian Dijangka 8,000 Menjelang Mei
Katanya lagi, pematuhan SOP ini penting dikala trend jangkitan COVID-19 di Malaysia jelas menunjukkan peningkatan yang agresif.Diramalkan menjelang bulan Mei 2021, peningkatan kes harian boleh mencecah sehingga 8,000 kes.
Ads
Selain PKP, PKPB pula dilaksanakan ke atas 6 negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, dan PKPP di Perlis dan Sarawak.
MW: Setuju sangat dengan saranan oleh Ketua Pengarah Kesihatan ini. Sama-samalah kita tetap terus duduk di rumah dan hadkan pergerakan yang tidak perlu. Semoga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 2 minggu ini, dapat membantu mengekang gelombang ketiga pandemik COVID-19 ini di negara kita.
Sesekali buat kacang pedas rangup untuk makan sambil tengok tv, memang puas hati. Nak buat kudap-kudap untuk raya pun sesuai. Apa yang best resepi yang dikongsikan Puan Asmara Nhomusarangeo ini cuma guna 3 bahan masakan.
Apa lagi, jom cari bahan dan godek sendiri…
Bahan:
Kacang
Telur
Satu paket tepung Bestari
Cara Buat:
1. Bersihkan dulu kacang & cuci letak dalam penapis.
2. Sangrai / goreng tanpa minyak sampai kacang kering sebab tadi kita cuci.
3. Kalau anda biasa tak cuci kacang, hanya bersihkan saja, tak payah sangrai.
Ikut masing-masing puny cara ya.
4. Bila kacang dah sejuk campurkan tepung serbaguna bastari gaul-gaul dengan kacang ratakan, masukan telur 1 per 1 agak-agak dah sebati, panaskn minyak & goreng pakai api kecik je, siap!
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Doakan semoga arwah nenda ditempatkan bersama hamba Allah beriman” Aliff Aziz kehilangan insan tersayang. Salam takziah diucapkan buat selebriti popular Aliff Aziz dan keluarga yang telah kehilangan nenek tersayang.
Perkhabaran sedih itu dimaklumkan oleh Aliff menerusi akaun rasmi Instagramnya. Kehilangan neneknya, Hajah Rahmah Ismail, 82, yang disahkan meninggal dunia di Singapura pada 23 Februari cukup meninggalkan kesan buat Juara Gegar Vaganza Musim kelapan itu.
“Doakan Semoga Arwah Nenda Ditempatkan Bersama Hamba Allah Beriman”
Malah Aliff juga menyatakan, Allahyarham neneknya merupakan seorang penyayang dan banyak berkhidmat membawa Jemaah mengerjakan ibadah Umrah dan Haji ketika muda.
“Assalamualaikum kepada semua.
“Nenda saya Hjh Rahmah Binti Ismail telah kembali ke Rahmatullah.
“Saya selaku cucu yang pertama, berhajat kepada semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan juga doakan semoga arwah nenda saya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman.
“Seorang yang sangat penyayang dan juga banyak berkhidmat membawa jemaah untuk ibadah Umrah dan Haji sewaktu beliau muda.
Semoga Baba Tenang Disana
“Alhamdulillah.
“Selamat jalan, Baba. Aliff doakan semoga Allah beri perlindungan di atas segala ketakutan dan dimakbulkan segala pengharapan Baba.
“Semoga Baba tenang disana. Ameen Ya Rabbal’alameen,” luah Aliff.
Ketika ini Aliff dan isteri Bella Astillah masih lagi menjalani kuarantin selepas pulang ke tanah air beberapa hari lalu daripada mengerjakan umrah sejak 9 Februari lalu.
Menerusi ruangan komen pula, para pengikut Aliff di Instagram turut mengucapkan salam takziah.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat Aliff dan keluarga. Semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan para syuhadah.
Astro, salah satu rangkaian perkhidmatan televisyen bersatelit yang rata-rata menjadi satu kemestian yang ada di setiap rumah. Malah, dengan keadaan sekarang ini, inilah cara untuk semua orang mendapat informasi, hiburan dan sebagainya
Melalui Astro inilah penonton pasti tidak akan bosan kerana pelbagai cerita dan hiburan yang menarik mampu menepati citarasa anda. Paling penting, ia membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan berkumpul bersama-sama menyaksikan rancangan yang diminati dan digemari bersama.
Astro adalah hak milik sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro Malaysia Holdings Bhd. Perkhidmatan penyiaran Astro kini tidak hanya terhad kepada satelit berbayar, bahkan menerusi IPTV (Astro IPTV) dan penyiaran satelit percuma (NJOI) untuk semua orang menyaksikan siarannya.
Tanggal 1 Jun 2021 lalu, Astro telah meraikan ulang tahunnya yang ke-25. Sudah tentulah dengan ‘Jubli Perak’ ini, pelbagai rancangan yang menarik dan promosi menanti anda.
Astro Raikan 25 Tahun Menghiburkan Rakyat Malaysia
Selama perjalanan hiburan Astro 25 tahun untuk rakyat Malaysia, Astro berjuang dan berkembang setiap masa seiring dengan cara penyerapan informasi di kalangan pengguna TV, Radio dan Digital.
Dengan perubahan dan perkembangan baru dalam tingkah laku pengguna, Astro berusaha memberi perkhidmatan terbaik dan membawa jenama anda ke barisan hadapan pasaran, disokong oleh rangkaian pengguna besar di belakang Astro dan keseluruhan ekosistem media.
MemperkenalkanTawaran 8.8 oleh Astro Media Solutions Untuk Mambantu Anda Pulih Lebih Pantas Dan Bangkit Lebih Kuat
Di Astro, pihaknya berusaha menerokai dan mencari peluang pemasaran baharu untuk membantu memperluaskan jenama anda di kalangan pelanggan baharu.
Hampir separuh daripada penduduk Malaysia telah menerima sekurang-kurangnnya 1 dos vaksin Covid 19. Sekarang, jenama anda pula perlu membina hubungan emosi baru dengan khalayak ini sama ada memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia bersama anda dan mengenal pasti jenis pelanggan baharu anda.
Dos Berganda, Rangsangan Berganda
Sementara demam festival membeli-belah 8.8 masih hangat, pihak Astro melanjutkan Promosi 8.8 bersempana Ulang Tahun Astro Ke-25, tawaran rangsangan mega istimewa optimum yang menawarkan nilai terbaik untuk pelaburan media anda. Dengan diskaun extra 8% dan 25% spot ekstra untuk semua pakej off-the-rak di TV, Radio dan platform Digital.
Dengan kandungan yang dilokalkan di setiap platform penonton anda berada, pakej ini boleh menggandakan peluang perniagaan anda sampai kepada kumpulan sasaran. Dengan pelaburan kecil anda dapat publisiti besar dan tentunya dapat mempercepatkan pemulihan serta pertumbuhan perniagaan anda.
Contoh Tawaran: Pakej Gempak 2021
Contoh Tawaran: Pakej MyDunia Starter B
Tawaran ini terbuka kepada semua pengiklan dengan media orders baharu yang diterima pada 2 Ogos – 15 September 2021. Tertakluk kepada terma dan syarat.
#WeAreBetterTogether, hubungi team Astro hari ini di mediasolutions@astro.com.my. Klik di siniuntuk melihat kesemua pakej terbaik yang optimum untuk TV, Radio, Digital dan platform OTT. Sekiranya anda adalah SME, daftar sebagai ahli SME360 di siniuntuk lebih banyak pakej pengiklanan dengan diskaun eksklusif sehingga 90% sesuai untuk semua jenis saiz perniagaan.
Terma dan Syarat:
Tawaran ini sah untuk semua pakej Astro off-the-rak untuk TV, Radio dan platform Digital.
Hanya sah untuk media orders BAHARU yang diterima pada 2 Ogos– 15 September 2021.
Tempahan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada kekosongan inventori pada masa tempahan
Pengiklan boleh menebus 25% spots ekstra untuk mana-mana saluran yang telah ditempah dalam media order yang sama kecuali Astro Ria (6pm – 12am) dan Astro AEC (6pm – 12am).
Semua spots ekstra mesti ditebus bersama-sama dengan spots yang telah dibayar dan saluran yang ditempah dalam satu media order dan Astro tidak bertanggungjawab untuk mana-mana spots iklan yang tidak ditebus atas apa alasan sekali pun.
Semua spots hendaklah dimanfaatkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2022; tiada tempoh lanjutan akan diberikan untuk spots yang tidak digunakan.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.